Jumaat, 18 Januari 2019

2 Langkah Mudah Menukar Emas Anda Kepada Emas Jenama Public Gold


Tahukah anda? Semua jenis emas tidak kira barang kemas, jongkong emas atau syilling boleh ditukar kepada jongkong emas jenama Public Gold.melalui kempen ‘Upgrade Your Gold Now!’. Tertakluk kepada syarat dan peraturan.

Public Gold juga memberi jaminan menerima emas jenama lain tanpa syarat tidak kira dalam keadaan apa pun sekali seperti patah, bengkok, putus dan sebagainya asalkan ia berketulenan 18 karat (750) dan ke atas. Kesemua emas yang ditukar akan dimasukkan terus ke dalam Gold Accumulation Program (GAP).

Artikel kali ini saya kongsikan 2 langkah mudah untuk menukar emas anda kepada emas jenama Public Gold.

Langkah 1: Bawa Emas Anda Ke Cawangan Public Gold Yang Terdekat

Apa yang anda perlu lakukan hanyalah membawa semua emas yang ingin tukar ke cawangan Public Gold yang terdekat.

Tidak pasti dimana cawangan yang terdekat? Sila tekan pautan di bawah untuk melihat senarai cawangan yang ada di Malaysia, Singapura dan Indonesia beserta dengan waktu operasi.

31/12/2018: Emas Yang Ingin Di Tukar Pada Hari Ini, Sebentuk Cincin & Sekeping Syilling
Langkah 2: Semak Kembali Semua Butiran Sebelum Pengesahan Dilakukan

Setiap emas yang ingin ditukar akan diuji keberatan dan ketulenan terlebih dahulu menggunakan mesin penimbang yang dikenali sebagai Densimeter. Setelah keberatan dan ketulenan disahkan, emas tersebut akan dinilai mengikut harga semasa (setelah ditolak kadar susutnilai) berdasarkan ketulenan emas tersebut.

Cincin emas yang dibawa pada hari ini ditimbang bagi mendapatkan bacaan tepat akan beratnya sehingga 4 titik perpuluhan. Manakala syilling emas pula dibuka sarungnya terlebih dahulu sebelum diuji ketulenannya dengan cara mengemekkannya.

Untuk mengetahuan anda, emas adalah logam yang lembut terutama yang berketulenan 24 karat (999). Oleh itu ia amat mudah dibengkokkan. Bagi cincin pula, keberatan yang ditimbang adalah tepat kerana tiada objek lain seperti batu permata atau belian yang akan mengurangkan beratnya. Kerana pertukaran ini hanya melibatkan emas sahaja.

31/12/2018: Bahagian Hadapan Syilling Emas
31/12/2018: Bahagian Belakang Syilling Emas
31/12/2108: Resit Rasmi Selepas Proses Pengesahan Dilakukan
Dalam kes ini, harga keseluruhannya yang diterima adalah sebanyak RM 264.00 iaitu bersamaan dengan 1.4347 gram (Harga emas pada hari ini adalah RM 184 segram) dan ia dimasukkan terus ke akaun GAP.

Begitulah proses yang perlu ditempuhi setiap kali ada emas yang ingin ditukar oleh pelanggan. Mudahkan prosesnya. Anda bagaimana? Ada emas yang ingin ditukar? Dapatkan emas berkualiti tinggi dengan hanya menukar emas sediada anda (bukan jenama Public gold). Sebarang pertanyaan lanjut boleh hubungi saya melalui komen dibawah.

Berminat Mengetahui Lebih Lanjut Tentang Pelaburan Emas? Tekan Pautan Di Bawah:

Tiada ulasan:

Catat Ulasan