Kemaskini
pada 29/11/2020
Kunjungi
cawangan Public Gold yang terdekat dengan anda dan pilih produk yang berkenan
dihati dan sesuai dengan bajet yang ada (kedalaman poket). Tak nak pegang
fizikal? Boleh, beli dan masuk dalam akaun GAP. Untuk mengetahuan anda, atas
sebab keselamatan transaksi tunai di kaunter hanya boleh di lakukan sehingga RM
3,000 sahaja bagi seorang pelanggan pada hari yang sama.
![]() |
Gold Accumulations Program (GAP) |
Ada
Duit Tunai Tapi Tidak Mencukupi?
Jangan risau. Anda boleh membeli emas secara
ansuran melalui kemudahan EPP. Khas untuk produk berharga RM 500 dan keatas. Anda
boleh membayar secara ansuran sebanyak 4 kali dengan sedikit caj tambahan.
Manakala pembayaran secara ansuran sebanyak 10 kali hanya diberi sekiranya anda
membeli produk emas berharga RM 5,000 dan ke atas sahaja.
Ada
masalah untuk membuat pembelian secara konsisten pada setiap bulan? Anda boleh
membeli setiap bulan secara konsisten melalui kaedah Arahan Tetap (Standing
Intruction) dari akaun bank anda. Rujuk bank anda untuk pertanyaan lanjut
berkaitan SI.
![]() |
GAP Monthly Standing Instruction Campaign |
Ada
Duit Tapi Tiada Tunai Di Tangan?
Tiada
masalah, anda boleh membayar secara tunai melalui kaedah pemindahan tunai
(online transfer). Ia tidak terhad di kaunter sahaja bahkan boleh dilakukan
atas talian di alamat sesawang (website) Public Gold. Hanya proses pembelian
ini perlu dilakukan secara manual iaitu resit pembayaran perlu diserah di
kaunter semasa proses mengambil produk. Bagi pembelian melalui akaun GAP, resit
perlu dimuatnaik semasa proses pembelian dilakukan dalam sistem GAP.
Tidak
yakin dengan kaedah pemindahan tunai? Anda boleh menggunakan kemudahan FPX yang
tersedia di alamat sesawang Public Gold sama ada untuk belian runcit atau akaun
GAP. Bagi pembelian secara runcit, anda hanya perlu kunjungi cawangan terdekat
bagi proses pengambilan emas. Jangan lupa bawa sekali resit pembelian serta
invois.
![]() |
FPX Online Payment |
Tiada
masa nak ambil? Senang sahaja, anda boleh memilih menggunakan perkhidmatan pos
terus ke rumah melalui kemudahan GIT. Risau barang tak sampai? Jangan risau,
setiap barang yang di pos di lindungi oleh insurans sehingga RM 5,000. Pihak
Public Gold memberi jaminan akan mengganti balik emas yang hilang (dengan emas
baru) semasa proses penghantaran dilakukan. Hanya terdapat sedikit caj tambahan
yang dikenakan semasa menggunakan perkhidmatan tersebut (GIT dan FPX).
Financial
Process Exchange (FPX)
RM
1 bagi setiap transaksi yang berjaya.
Gold
In Transit (GIT)
RM
20 untuk 1 gram pertama. Tambahan RM 2 bagi setiap gram.
![]() |
Gold In Transit (GIT) |
Tiada
Duit Nak Beli?
Anda
boleh membuat pembayaran melalui kredit kad (caj 3% dikenakan) atau debit kad (sekiranya ada tunai
di akaun bank).
Adakah
Urusan Beli Dan Jual Ini Patuh Shariah?
Jangan
ragu-ragu dan risau. Semua urusan pembelian disahkan patuh shariah.
Yang menulis,
Mohd Faiz bin Abdul Manan
Dealer Public Gold
Mohd Faiz bin Abdul Manan
Dealer Public Gold
Tiada ulasan:
Catat Komen