Isnin, 14 Januari 2019

Public Gold Golden Tour (PGGT) Ke-68

Public Gold Golden Tour (PGGT)

Lokasi:
Pulau Pinang

Waktu Lawatan:
09.00 pagi - 8.00 malam (Sabtu)
10.00 pagi - 4.00 petang (Ahad)

Harga Tiket:
RM 540 @ 3 gram (Twin Pakej)

Tarikh Lawatan:
15 - 16 Disember 2018 (Sabtu & Ahad)

Lokasi Persinggahan:

Pada 15-16 Disember 2018, saya dan isteri berpeluang mengikuti Golden Tour (PGGT) kali ke-68 yang dianjurkan oleh Public Gold. Disini kami dapat melihat dengan lebih dekat segala kemudahan yang ada termasuk melawat pejabat induk Public Gold.

Atas sebab peserta yang hadir kali ini melebihi 30 orang, pihak Public Gold telah menyediakan pengangkutan (bas) sepanjang lawatan termasuk pergi dan balik dari Sunway Mentari ke Pulau Pinang. Kebiasaanya bas hanya disediakan sepanjang lawatan di Pulau Pinang sahaja. Pengangkutan pergi balik ke Pulau Pinang adalah atas tanggungjawab sendiri.

Berikut adalah tentatif lawatan pada minggu ini:

Hari 1: 15 Disember 2018 (Sabtu)

12.00 am: Berkumpul Dihadapan MacDonalds Sunway Mentari
12.15 am: Bertolak dari Sunway Mentari menuju ke Pulau Pinang
04.00 am: Singgah R&R Gunung Semanggol
                 - Mandi & Solat Subuh
07.00 am: Bertolak menuju ke PGGBC
09.00 am: Berkumpul di Public Gold Global Business Center (PGGBC)
                 - Sarapan & Terima Cenderahati
                 - Sesi penerangan tentang produk emas dan perak Public Gold serta PG Mall
                 - Dream Car Tour (Rolls Royce & Mercedes)
12.00 pm: Makan Tengah Hari (Ilyana Cafe)
02.00 pm: Solat (Masjid Al-Huda Sg Ara)
03.00 pm: Jeruk Madu Pak Ali (Cenderahati)
04.00 pm: Melawat Aurora Italia Outlet @ Gurney Mall
06:00 am: Public Safe Tour
07.00 pm: Makan Malam (Nasi 7 Benua)
08.30 pm: Daftar Masuk (Eastin Hotel)

Hari 1: 16 Disember 2018 (Ahad)

09.00 am: Sarapan (Eastin Hotel)
10.00 am: Daftar Keluar (Eastin Hotel)
10.30 am: PG Gold Museum
                 - Ucapan dari Dato’ Wira
                 - Melawat Muzium Emas
                 - Majlis Penyampaian Sijil
                 - Cabutan Bertuah
12.00 pm: Makan Tengah Hari (Restoran Kapitan)
01.00 pm: Solat (Masjid Kapitan Keling)
03.00 pm: 1921 Art Gallery & Travel Lodge
03.30 pm: Pulang Ke Sunway Mentari

01.00 am: Sampai di Sunway Mentari

15/12/2018: Tentatif Lawatan PGGT 
15/12/2018: Tarikh Lawatan Bagi Tahun 2018
15/12/2018: Mulakan Perjalanan Dengan Lafaz Bismillah
15/12/2018: Sampai Juga Akhirnya
15/12/2018: Kita Sarapan Dulu
15/12/2018: Cenderahati Dari PG Mall
15/12/2018: Mendengar Taklimat Serta Promosi Dari PG Mall
15/12/2018: Peserta Kali Ini
15/12/2018: Jom Naik Kereta Mewah
15/12/2018: Melawat Sekitar Pejabat Public Gold
15/12/2018: Jambatan Kedua Pulau Pinang
15/12/2018: Menu Tengah Hari, Mee Udang
15/12/2018: Jeruk Madu Pak Ali
15/12/2018: Singgah Sini Sekejap
15/12/2018: Aurora Italia Outlet @ Gurney Mall
15/12/2018: Public Safe Tour
15/12/2018: Makan Malam Disini
15/12/2018: Beginilah Rupanya Nasi 7 Benua
16/12/2018: Sebelum Daftar Keluar Hotel
16/12/2018: Lawatan Bermula Disini Untuk Hari Kedua
16/12/2018: Bersama Dato’ Wira Louis
16/12/2018: Rezeki Hari Ini
16/12/2018: Majlis Penerimaan Sijil Penghargaan
16/12/2018: Lepas Makan Tengah Hari, Ke Masjid Kapitan Keling Pula
16/12/2018: Bersiar-siar Disini Dahulu Sementara Menunggu Bas Diperbaiki
16/12/2018: Tak Sempat Nak Lawat Tempat Ini
16/12/2018: Dalam Perjalanan Pulang
Sedikit terkilan apabila ‘Heritage City Tour’ yang dijadualkan bermula pada pukul 2.30 petang terpaksa dibatalkan atas sebab cuaca tidak mengizinkan (hujan).

Disebabkan terdapat masalah teknikal pada bahagian tayar bas, perjalanan pulang terpaksa ditangguh sehingga pukul 3.30 petang supaya pembaikian dapat dilaksanakan. Saya dan isteri mengambil kesempatan membuat lawatan singkat di 1921 Art Gallery & Travel Lodge pada pukul 3.00 petang selepas hujan berhenti.

Secara keseluruhannya, perjalanan kali ini amat menyeronokkan walaupun ia meletihkan fizikal dan mental.

Mohd Faiz bin Abdul Manan
Catatan Seorang Kembara

Tiada ulasan:

Catat Ulasan