Selasa, 16 April 2019

Public Safe

Public Safe

Lokasi:
Public Safe

Alamat:
88E, Ground Floor,
Jalan Tun Dr. Awang, Bukit Jambul,
11900 Bayan Lepas, Penang.

Waktu Operasi:
9.30 pagi - 5.30 petang (Isnin - Sabtu)
Tutup (Ahad)

Alamat Sesawang:
http://www.publicsafe.com.my/

Tarikh Lawatan:
15 Disember 2018

Setelah menjamu selera di Ilyana Cafe, perjalanan diteruskan menuju ke destinasi seterusnya iaitu Public Safe. Kali ini nak melawat peti simpanan pula.

Kebiasaannya, hanya pelanggan sahaja yang dibenarkan memasuki kawasan simpanan peti besi. Tetapi para peserta yang mengikuti PGGT diberikan pengecualian. Bukan sahaja dapat masuk ke kawasan larangan, bahkan diberi taklimat secara percuma daripada kakitangan Public Gold tentang kemudahan yang ada disini.

Tahukah anda? Terdapat dua pintu besi yang memisahkan peti simpanan dengan ruang hadapan kedai. Kedua-dua pintu tersebut tidak boleh dibuka serentak. Hanya boleh buka satu dalam satu masa. 

15/12/2018: Ini Adalah Peti Simpanan Saiz Paling Kecil
15/12/2018: Sesak Dibuatnya
15/12/2018: Contoh Peti Simpanan



15/12/2018: Kecil Sahaja Kotaknya
15/12/2018: ‘Harta Karun’ Saya
15/12/2018: Berehat Sebentar Sebelum Ke Tingkat Satu
Selepas selesai melawat peti simpanan, perjalanan diteruskan menuju ke tingkat satu. Melawat Public Gold Relau pula.


Mohd Faiz bin Abdul Manan
Catatan Seorang Kembara

Tiada ulasan:

Catat Ulasan