Khamis, 4 April 2019

Booth Marketing Workshop 2.0


Lokasi:
Public Gold Cawangan Ampang

Alamat:
12-G, Jalan Dagang,
1/1A, Taman Dagang,
68000 Ampang Jaya, Selangor.

Masa Seminar:
8.00 pagi - 4.00 petang

Yuran Pendaftaran:
RM 50

Tarikh Seminar:
12 Ogos 2018

Booth Marketing Workshop 2.0 yang dianjurkan khas bagi Dealer Public Gold yang menghadiri Award Recognition Night 2018 yang diadakan pada 11 Ogos 2018 menjadi bengkel yang saya hadiri pada hari ini.

Di bengkel ini juga, Dealer Public Gold diberi pendedahan tentang teknik dan kaedah mendapatkan pelanggan melalui pembukaan gerai jualan (booth).

Ia merangkumi peralatan yang diperlu disediakan, teknik menarik pelanggan singgah di gerai jualan serta panduan am untuk menukar prospek kepada pelanggan. Kesemua panduan yang dikongsi adalah berdasarkan pengalaman penceramah itu sendiri.

12/08/2018: Kata-Kata Aluan Daripada Mentor Encik Mohd Zulkifli Shafie
12/08/2018: Ucapan Ringkas Daripada Dato’ Wira Louis
12/08/2018: Ucapan Ringkas Daripada Encik Syukor Hashim
12/08/2018: Sebahagian Dari Peserta Yang Hadir Pada Hari Ini
12/08/2018: Dan Bermulalah Kelas Untuk Hari Ini
Secara keseluruhannya, saya amat bersyukur kerana diberi kesempatan untuk menghadiri bengkel kali ini. Pada asalnya, syarat untuk menghadiri bengkel ini adalah perlu mendaftar sekurang-kurangnya 10 orang pelanggan baru pada bulan julai 2018.

Bagi mengalakkan Dealer Public Gold menghadir majlis makan malam di Award Recognition Night 2018. Pihak menganjur telah menetapkan syarat baru iaitu perlu menghadiri jamuan makan malam yang diadakan semalam baru layak menghadiri bengkal pada hari ini.

Diharap pada masa hadapan akan ada banyak lagi siri bengkal sebegini untuk membantu Dealer Public Gold memperolehi kejayaan dimasa hadapan.

Mohd Faiz bin Abdul Manan
Catatan Seorang Kembara

Tiada ulasan:

Catat Ulasan