Ahad, 22 Mac 2020

Pembiayaan ASB: Berbaloi Ke Tidak?

Kemaskini pada 18/05/2020

Pembiayaan ASB: Berbaloi Ke Tidak?

Pembiayaan ASB @ ASB Loan, Berbaloi ke Tidak? Ia menjadi perkara utama yang perlu dipertimbangkan secara mendalam sebelum membuat keputusan memohon pembiayaan tersebut di bank yang terpilih (Ejen PNB)

Sebelum bercerita secara lanjut tentang persoalan tersebut, mari kita fahami terlebih dahulu apakah itu pembiayaan ASB. Ia suatu kemudahan pinjaman yang disediakan oleh bank bagi tujuan pelaburan di unit amanah yang diuruskan oleh PNB.

Sehinga entri ini ditulis, pembiayaan tersebut hanya ditawarkan bagi unit amanah di ASB dan ASB2 sahaja. Berikut ringkasan maklumat berkenaan pembiayaan ini.

Jumlah Pembiayaan:
RM 10,000 sehingga RM 200,000
Tempoh Pembiayaan*:
5 Sehingga 20 tahun @ sehingga berumur 65 tahun (Yang mana terlebih dahulu)
Jenis Pembiayaan**:
Sijil

Nota:
*   Bergantung kepada tawaran yang diberikan oleh bank
** Sijil tersebut akan dilaburkan terus ke unit amanah yang dipilih.

Sijil tersebut hanya boleh ditebus kembali selepas pembayaran terakhir selesai dilakukan. Pihak bank berhak untuk membatalkan sijil tersebut atas permintaan peminjam atau sekiranya peminjam gagal menjelaskan pembayaran bulanan.

Oleh kerana pembiayaan tersebut diberi dalam bentuk sijil, peminjam tidak boleh mengusik duit tersebut sehingga tempoh matang. Ini bererti pembiayaan tersebut tidak akan direkod dalam penyata biasa (kecuali penyata tahunan). Tetapi dividen yang diperolehi dikira berdasarkan unit sedia ada ditambah dengan unit yang ada dalam sijil. Beza tahu kiraannya.

Berikut adalah contoh berkenaan pembiayaan ASB.

Nama: Ali bin Abu
Pembiayaan: RM 50,000*
Simpanan Semasa: RM 10,000**
Jumlah Dividen:
RM 60,000*0.07 (7%) *** = RM 4,200.00

Nota:
*    Sekiranya pembiayaan bermula dari bulan januari
**  Simpanan yang ada dari bulan januari sehingga disember (tidak diusik)
***Bergantung kepada prestasi tahun semasa

Mari kita tengok pula apa kelebihan dan kekurangan pembiayaan ASB.

Kelebihan:
1. Membantu kita menyimpan secara konsisten dengan cara membayar hutang.
2. Pembiayaan paling mudah untuk lulus. Tidak memerlukan dokumen yang terperinci.
3. Boleh menjadi dokumen sokongan untuk pembiayaan rumah. (Dikira sebagai aset).
4. Sesuai untuk dijadikan sebagai contoh bagi mewujudkan rekod kewangan di CCRIS.
5. Membantu menambahkan simpanan dalam tempoh masa yang lebih singkat berbanding menyimpannya dengan sendiri.

Kekurangan:
1. Menambahkan komitment kewangan.
2. Ia merugikan sekiranya tersalah langkah ketika membuat pembiayaan ASB.

Berbalik kepada soalan asal. Berbaloikah membuat pembiayaan ASB? Bagi saya, ia sesuatu yang berbaloi sekiranya anda dapat memenuhi beberapa syarat seperti dibawah.

1. Kadar dividen yang diterima lebih tinggi dari kadar bunga (interest) yang dikenakan
2. Dividen yang diperolehi tidak diusik langsung sepanjang tempoh pembiayaan
3. Minimum pembiayaan sebanyak RM 50,000
4. Tempoh masa pembiayaan yang panjang (sekurang-kurangnya 10 tahun dan ke atas)

Jangan lupa ambil insuran sekali tahu, terutama bagi tempoh masa yang lama. Ini untuk mengelakkan waris dari terpaksa membayar baki pembiayaan yang ada sekiranya terjadi apa-apa ke atas kita (kematian dan keliatan kekal). Waris juga akan menerima kesemua unit yang ada termasuk dalam bentuk sijil selepas insuran menyelesaikan baki hutang yang ada.

Mari kita lihat berbezaan antara menyimpan RM 300 sebulan secara konsisten dengan membayar RM 300 sebulan bagi pembiayaan berjumlah RM 50,000 dalam tempoh masa 25 tahun.

Tempoh Masa: 25 Tahun
Dividen: 5 % setahun (secara purata)

Simpan RM 300 sebulan
Simpanan Terkumpul:
RM 177,889.66

Bayar RM 300 sebulan
Simpanan Terkumpul:
RM 190,669.62

Berbezaan:
RM 12,779.96

Untungkan membuat pembiayaan ASB. Tetapi ingat, ia tidak mudah seperti disangkakan. Banyak pantang larang perlu diikuti. Kalau tidak, untung yang dikejar tidak dapat, kerugian yang diperolehi.

Tips Tambahan
Jangan sesekali guna dividen untuk membayar hutang pembiayaan kecuali terpaksa dan sekurang-kurangnya selepas lima tahun pembiayaan berjalan. Guna dividen mengikut jumlah yang diperlukan sahaja dan tidak melebihi jumlah yang perlu dibayar.


Youtube Channel:

Tiada ulasan:

Catat Komen