Ahad, 29 Mac 2020

Syariah Dalam Pelaburan Emas & Perak

Syariah Dalam Pelaburan Emas & Perak


Entri kali ini saya ingin kongsikan tentang hukum jual beli Emas dan Perak. Saya juga kongsikan bagaimana urusan jual beli emas dan perak di Public Gold menepati syariah.

Dalam aktiviti jual beli, terdapat beberapa syarat yang perlu dipenuhi bagi memastikan aktiviti jual beli mengikut garis panduan yang ditetapkan (patuh syariah).

1# Transaksi dilakukan dengan ikhlas dan jujur
2# Mengambil untung tidak berlebihan
3# Barang yang dijual haruslah halal
4# Barang bukan milik orang lain
5# Tidak menyembunyikan kecacatan dalam barang

Dan sebagainya.

Bagi barang ribawi, terdapat dua syarat tambahan yang perlu dipenuhi iaitu:

1# Aktiviti jual beli dilakukan secara lani (serentak)
Urusniaga tidak boleh dilakukan secara bertangguh seperti bayar dulu, ambil kemudian atau ambil dulu, bayar kemudian.

2# Berlaku pertukaran pemilikan (taqabudh) dari penjual kepada pembeli
Barang yang hendak dijual oleh penjual mestilah wujud serta dimiliki sepenuhnya. Penjual juga mestilah berkemampuan menyerah barang kepada pembeli tanpa halangan.

Oleh kerana Emas dan Perak dikategori sebagai barang ribawi, maka hukumya sedikit ketat berbanding dengan urusan jual beli biasa. Kedua-dua syarat tersebut mesti berlaku ketika akad jual beli.

Ikuti perkongsian Ustaz Khairul Anuar Basri tentang pekara ini.

Akad jual beli ialah gabungan ijab (offer) dan qabul (acceptance). Akad yang kita faham biasa dalam bahasa ialah “Aku Jual’ dan “Aku Beli’.

Akad sebenarnya simbol kerelaan hati pembeli dan penjual bertukar barang dan harga dalam bentuk duit. Oleh itu, ia boleh berlaku dalam apa saja aksi dan gerak badan yang difahami oleh penjual dan pembeli.

Sebab itu kita boleh berjual beli dengan mesin air tin, secara atas talian (online), secara tulisan (emel dan Whatsapp dan macam-macam cara lagi tanpa lafaz “Aku Jual” dan “Aku Beli”.

Yang lebih penting, akad juga boleh berlaku dan sah walaupun dengan orang bukan islam. Jadi jangan bimbang berakad jual beli dengan Public Gold walaupun pemiliknya bukan beragama islam.

Soalan yang boleh merungkai banyak masalah ialah:
1# Bila akad berlaku?
2# Apakah makna lani (spot)
3# Apakah falsafah sebenar dari keperluan untuk bertukar pemilikan (taqabudh)

Dalam bisnes Public Gold, ada beberapa akad yang biasa berlaku seperti akad jual beli (al-bai’), akad pinjaman (qardh), akad simpanan (wadiah), akad upah (ujrah), akad sewaan (ijarah) dan lain-lain.

Dalam jual beli emas, kita mesti tahu bila akad berlaku supaya kita boleh pastikan 2 syarat khusus akad berlaku demi mengelakkan riba.

Bila kita boleh tentukan di mana akad berlaku dengan 2 syarat khusus dipenuhi, maka kita boleh menjawab pelbagai soalan tentang hukum jual beli emas.

Beli secara kunci harga.
Beli secara kena bayar dulu.
Beli segara atas talian.
Beli secara pos.

Dan macam-macam cara belian emas. Hatta beli secara ansuran pun boleh jadi sekiranya kita tahu di mana titik bermulanya akad. Akad jual beli emas, mesti wujud emas untuk jual dan beli. Jika kita serah wang dengan mengharapkan keuntungan, itu bukan akad jual beli. Itu kita panggil akad pelaburan (mudharabah).

Beli emas dengan Public Gold ada 2 kaedah saja iaitu:
1# Beli biasa ikut Barang (item)
2# Beli GAP ikut berat (gram)

Bagi belian biasa, proses pertama ialah kunci harga. Kunci harga ini menggunakan akad janji (wa’ad) iaitu kita berjanji dengan Public Gold untuk membeli emas tertentu dengan harga tertentu.

Apa saja yang jadi selepas itu dengan harga emas, sama ada naik atau turun. Kita tetap akan membeli dengan harga yang telah ditetapkan (Kunci harga).

Kunci harga bukan akad jual beli. Ia Cuma janji sahaja. Jadi pada ketika itu, tidak perlu risau tentang 2 syarat khusus ketika akad jual beli itu. Janji boleh dibatalkan oleh pembeli. Tapi biasanya bila mungkir janji, denda (penalti) akan dikenakan. Hukumnya harus atas dasar memberi pengajaran supaya tidak sewenang-wenangnya kunci harga sana sini kemudian batalkannya.

Di pihak Public Gold, apabila pembeli mula kunci harga, pihak pengurusan Public Gold sudah mula mengambil langkah-langkah perlu bagi menyediakan emas yang akan dibeli oleh pembeli.

Kalau mengikut prosedur biasa selepas kunci harga. Pembeli akan memindahkan duit secara atas talian ke akaun Public Gold. Jumlah duit tersebut sama dengan harga emas yang dikunci. Akad yang digunakan ialah wadiah (simpanan dengan jaminan).

Adakah perbuatan memasukkan duit itu menandakan ia adalah akad jual beli?

Memasukkan duit itu prosedur biasa sebagai menunjukkan kesungguhan pembeli emas untuk berurusniaga dengan Public Gold. Ia bukan akad jual beli.

Zaman sekarang orang bukan beli emas harga puluh atau ratus ringgit. Ia boleh mencecah jutaan ringgit. Pelanggan Public Gold pula bukan seorang dua yang mengunci harga dengan Public Gold. Mereka sangat ramai.

Jika tiada prosedur sebegini, maka sangat sukar untuk Public Gold menyelaraskan antara kunci harga dan penyediaan emas bagi orang yang benar-benar hendak membeli emas.

Pada bila-billa masa jika pembeli membatalkan kunci harga, Public Gold mesti memulangkan balik duit yang dimasukkan tadi. Bayaran denda kerana mungkir janji setelah mengunci harga boleh ditolak dari duit yang telah dimasukkan.

Bila emas yang dikunci harga telah sedia untuk diambil di mana-mana cawangan Public Gold, pembeli akan pergi bersama bukti pembayaran (slip bayar atau sebagainya) yang telah dimasukkan ke akaun Public Gold. Pada ketika itulah baru akan berlaku akad jual beli. Emas telah sedia, slip pembayaran sebagai bukti duit dalam akaun Public Gold pun sudah ada.

Maka berakad jual beli lah antara pembeli dengan Public Gold yang berwakilkan staf di cawangan.

Emas dan harga pada ketika itu akan bertukar secara lani (spot). Pemilikan emas pula bertukar secara sebenar daripada Public Gold kepada pembeli. Bukti akad diterjemahkan dalam bentuk dokumen yang ditandatangani oleh pembeli dan staf Public Gold.

Alhamdulilah, Selesai akad jual beli secara patuh syariah.

Kadang-kadang ada pembeli emas Public Gold yang mewakilkan kepada ‘Introducernya’ untuk mengambil emas di cawangan Public Gold.

Akad yang digunakan ialah akad wakalah. Bila berakad jual beli nanti, ‘introducer’ akan bertindak bagi pihak pembeli. Akad jual beli ini juga sah.

Public Gold menawarkan jaminan belian balik semua produk emas dan peraknya. Dari sudut shariah, hukumnya harus. Tambah menarik, ia tidak terhad kepada produk keluarannya sahaja. Public Gold menerima emas keluaran syarikat lain dalam bentuk jongkong, syilling dan barang kemas.

Jaminan yang diberikan oleh Public Gold untuk membeli balik setiap emas dan perak keluarnya dari pemilik asal, bukan bermaksud pemilik tersebut mesti menjual balik hanya kepada Public Gold. Pemilik emas dan perak bebas menjual kepada sesiapa sahaja. Bukan itu sahaja, ia juga bebas untuk digadaikan (Rahnu).

Setiap pemilik emas yang menjual balik emasnya kepada Public Gold dan menyerahkan emasnya sebelum pukul 4 petang, maka Public Gold akan memindahkan wang harga belian ke dalam akaun banknya pada keesokan harinya.

Jika penyerahan emas berlaku selepas pukul 4 petang, maka Public Gold akan memindahkan wang harga belian ke dalam akaun banknya pada hari lusanya.

Ini adalah lani (spot) dalam konteks ini.

---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Untuk memahami secara lebih lanjut, anda boleh membeli buku yang bertajuk Emas & Syariah yang ditulis oleh Khairul Anuar & Mohd Daud Bakar di PG Mall. Buku ini akan mengulas secara lebih terperinci berkaitan isu shariah dalam urusan jual beli emas.

Di Mana Hendak Beli Buku Tersebut?

1# Daftar sebagai pengguna baru di SINI atau log masuk.


Daftar Atau Log Masuk

2# Taip ‘Emas Dan Shariah’ di ruang Pencarian (Search)

Pilih Dan Beli

Mudahkan caranya.


Yang menulis,

Mohd Faiz bin Abdul Manan
Dealer Public Gold


Tiada ulasan:

Catat Ulasan