Ahad, 8 Mac 2020

Air Rider Indoor Skydiving

Air Rider Indoor Skydiving

Lokasi:
One Utama Shopping Centre

Alamat:
Level 2, S601, 1 Utama E, One Utama Shopping Centre,
1, Lebuh Bandar Utama, Bandar Utama,
47800 Petaling Jaya, Selangor.

Masa Lawatan:
10.00 pagi - 10.00 malam (Ahad - Khamis)
10.00 pagi - 10.30 malam (Jumaat & Sabtu)

Harga Tiket:

Isnin - Jumaat
2 Flights (RM 89)
Sabtu & Ahad
2 Flights (RM 99)

Lain-Lain Kos
RM 35 (Tambahan Flight)
RM 15 (Highride)
RM 50 (Gambar)
RM 55 (Video)
RM 90 (Gambar & Video)

Alamat Sesawang:
www.airrider.my

Tarikh Lawatan:
03 Mac 2020

Air Rider Indoor Skydiving menjadi aktiviti luar yang disertai pada waktu petang selepas mengunjungi Taman Tasik Teratai di sebelah waktu pagi.

Tempahan tiket telah dibuat atas talian bagi dua orang seminggu sebelum itu. Slot yang diambil adalah pada pukul 2.30 petang. Sebelum bermula, kami perlu mengisi borang secara atas talian bagi mengesahkan tahap kesihatan dan pengecualian menanggung liabiliti oleh Air Rider sekiranya berlaku sesuatu yang tidak diingini semasa melakukan aktiviti ini.

Kemudian, kami diberikan kelengkapan (baju, topi, penutup telinga dan cermin mata) serta taklimat ringkas dari segi keselamatan serta kaedah untuk terbang ke udara (simulasi) secara betul. Setiap peserta akan dibantu secara langsung oleh jurulatih bertauliah sepanjang masa. Oleh kerana ruang yang terhad, hanya seorang sahaja yang dibenarkan dalam satu masa.

Tidak lama pun tempoh masa yang diberikan, Sekitar 5 minit untuk satu ‘flight’. Oleh kerana kami mengambil keputusan untuk merasai pakej tambahan (Highride). Kami dibawa oleh jurulatih terbang naik ke atas dengan kelajuan yang amat tinggi pada ‘flight’ kedua. Pening kepala dibuatnya selepas itu.

03/03/2020: Menanti Penuh Sabar
03/03/2020: Nak Satu?
03/03/2020: Pelbagai Saiz Baju Ada Disini
03/03/2020: Bersedia Untuk Terbang
03/03/2020: Barang Letak Sini
03/03/2020: Terbang Dalam Terowong Angin
03/03/2020: Bagi Dia Terbang Dahulu

03/03/2020: Terapung Berterbangan

03/03/2020: Misi Selesai

Berakhirlah sesi terbang untuk hari ini. Tiba masa untuk pulang. Berbaloi jugalah walaupun harga yang perlu dibayar amat mahal. Demi secebis pengalaman, saya rela berkorban masa dan wang. Sekali seumur hidup sahaja pun.
                            

Mohd Faiz bin Abdul Manan
Catatan Seorang Kembara

Tiada ulasan:

Catat Ulasan