Khamis, 12 Mac 2020

Muzium Penjara Malaysia

Muzium Penjara Malaysia

Lokasi:
Muzium Penjara Malaysia

Alamat:
Jalan Parameswara,
Kampung Bandar Hilir,
75000 Melaka.

Masa Lawatan:
9.00 pagi - 5.00 petang (Selasa - Ahad)
Tutup (Isnin)

Harga Tiket:
Warganegara
RM 3 (Dewasa)
RM 1 (Kanak-Kanak)
Bukan Warganegara
RM 6 (Dewasa)
RM 3 (Kanak-Kanak)
Percuma (OKU & Kanak-Kanak Bawah 6 Tahun)

Tarikh Lawatan:
05 Mac 2020

Muzium Penjara Malaysia menjadi destinasi persinggahan seterusnya selepas mengunjungi Portuguese Settlement. Mengikut rancangan asal, tempat ini tiada dalam senarai lokasi untuk dikunjungi atas sebab tidak mengetahui kewujudannya sehinggalah ternampak ketika dalam perjalanan menuju ke Kubu St. John.

Sebelum memulakan lawatan, penjaga tiket memaklumkan kepada saya tiada larangan untuk mengambil gambar dalam Muzium Penjara Malaysia kecuali di seksyen SEBATAN dan HUKUMAN GANTUNG. 

05/03/2020: Tiada Pancutan Air Hari Ini
05/03/2020: Waktu Operasi
05/03/2020: Akhirnya, Dapat Juga Melawat Penjara
05/03/2020: Pengenalan
05/03/2020: Terasa Bagai Kena Masuk Penjara
05/03/2020: Pengalaman Baru Bermula
05/03/2020: Cantik Lukisan Ini
05/03/2020: Pencapaian Dalam Sukan
05/03/2020: Kemudahan Bagi Tahanan ISA
05/03/2020: Baca Ayat Penjara Pun Sudah Seram
05/03/2020: Bengkal Pertukangan
05/03/2020: Naik Ke Tingkat Satu
05/03/2020: 'Sampel' Tembok Penjara
05/03/2020: Pameran Pulau Jerejak
05/03/2020: Pakaian Seragam Pengawai Penjara
05/03/2020: Buku Rekod Banduan
05/03/2020: Pangkat Pegawai Penjara

05/03/2020: Boleh Gila Kena Kurung Di Sel Tunggal Ini
05/03/2020: Model Penjara Taiping
Perjalanan diteruskan menuju ke bahagian Hukuman Rotan dan Bunuh (Tiada Gambar).

Bagi hukuman rotan, hukuman akan dijalankan di kawasan terbuka dan punggung akan dilibas berdasarkan jumlah sebatan yang dikenakan. Selepas hukuman selesai. Luka dibahagian punggung akan dirawat. Sampai terkoyak kulit punggung dibuatnya.

Bagi hukuman bunuh. Hukuman gantung sampai mati menjadi pilihan utama. Terdapat prosedur yang perlu diikuti. Banduan akan dipindah ke sel penjara yang terletak berdekatan dengan bilik hukuman selepas tarikh hukuman ditentukan. Banduan akan dimaklumkan dalam tempoh 3 hari dari tarikh hukuman. 1 hari sebelum terikh hukuman, banduan akan diberi peluang bertemu dengan ahli keluarga buat kali terakhir. Banduan juga diberi 1 permintaan terakhir. Pada hari kejadian, banduan akan dibawa ke bilik hukuman dengan kepala di tutup sepanjang masa sehingga ke tali gantung.

Selesai prosedur gantung, jasad akan diserahkan kepada ahli keluarga untuk upacara perkebumian. Semua barang milik banduan diserahkan kepada ahli keluarga. Barang akan dilupuskan sekiranya tiada tuntutan dilakukan. Di seksyen ini juga, pelawat didedahkan teknik bunuh yang diamalkan sepanjang zaman oleh pelbagai tamadun.

05/03/2020: Baju Khas Untuk Banduan Yang Pernah Melarikan Diri
05/03/2020: Setiap Warna Memberi Maksud Yang Berbeza (Tempoh Hukuman)
05/03/2020: Rehat Sebentar
05/03/2020: Di Ruang Lapang
05/03/2020: Hasil Seni Banduan
05/03/2020: Bahagian Dapur
05/03/2020: Koleksi Kunci
05/03/2020: Bersama ‘Mereka’
05/03/2020: Ruang Mandi
05/03/2020: Bahagian Jahitan
05/03/2020: Ruang Perjumpaan Dengan Ahli Keluarga
05/03/2020: Di Penghujung Perjalanan
Selesai sudah pengembaraan secara solo di Melaka pada hari ini. Sebelum pulang ke Kota Damansara, singgah sebentar Masjid Al-Azim.

Mohd Faiz bin Abdul Manan
Catatan Seorang Kembara

Tiada ulasan:

Catat Komen