Jumaat, 27 Mac 2020

8 Kategori Ilmu Tentang Pelaburan Emas Yang Perlu Anda Ketahui

Kemaskini pada 29/03/2020

8 Kategori Ilmu Tentang Pelaburan Emas Yang Perlu Anda Diketahui


Jika anda berhasrat untuk mendalami ilmu tentang Emas. Carilah ilmu sebanyak mungkin dari pelbagai sumber mengikut kategori seperti berikut:

1# Ilmu Kepentingan Memiliki Dan Menyimpan Emas

Ilmu ini membantu kita memahami akan kepentingan menjadikan emas sebagai salah satu dari portfolio kewangan peribadi. Ia juga memberi motivasi kepada kita untuk menyimpan secara konsisten emas mengikut kemampuan.

Entri Berkaitan:

Emas aset yang mudah alih. Ia adalah aset mudah terdedah kepada ancaman seperti hilang atau kecurian. Oleh itu, pemilik emas perlu memiliki ilmu menyimpan emas dengan cara betul bagi mengurangkan risiko.

Entri Berkaitan:

2# Ilmu Fungsi Dan Kegunaan Emas

Ilmu ini memberi pendedahan kepada kita akan kepelbagaian fungsi dan kegunaan emas. Ia bukan sekadar alat kewangan untuk menjana keuntungan semata-mata.

Entri Berkaitan:

3# Ilmu Sifat Dan Ciri-Ciri Emas Terbaik

Terdapat pelbagai jenis, kualiti dan jenama emas yang boleh didapati dipasaran pada hari ini. Oleh itu, ilmu ini penting untuk membantu kita mengenalpasti jenis, kualiti dan jenama terbaik yang boleh diperolehi dengan harga yang berpatutan.

Entri Berkaitan:

4# Ilmu Teknikal Dan Spesifikasi Emas

Ilmu ini penting bagi mengelakkan diri dari ditipu ketika berurusan (beli emas) sama ada secara individu atau syarikat. Walaupun ia bukan satu jaminan, tetapi sekurang-kurangnya kita dapat mengurangkan risiko tertipu ke tahap minimum.

Entri Berkaitan:

5# Ilmu Analisa Harga Emas

Ilmu ini membantu kita meramal harga emas di masa hadapan dengan melihat corak pergerakan harga pada tahun-tahun sebelumnya. Ia juga membantu kita mengenalpasti masa yang sesuai untuk membeli dan menjual emas bagi memaksimumkan keuntungan. Ia ilmu yang wajib dikuasai oleh para pelabur.

6# Ilmu Posisi Dan Sikap Pembeli Emas

Ilmu ini penting terutama bagi usahawan emas untuk mengenalpasti sikap pembeli emas berdasarkan posisi tertentu. Dengan ini, kita dapat memberi nasihat yang terbaik sambil menjana keuntungan dalam setiap urusan jual beli emas.

Entri Berkaitan:

7# Ilmu Menjana Keuntungan Dengan Emas

Ilmu ini penting terutama bagi para pelabur emas. Terdapat pelbagai kaedah menjana keuntungan selain dari beli murah, jual mahal.

Entri Berkaitan:

8# Ilmu Halal Dan Haram Dalam Jual Beli Emas

Ilmu ini penting terutama bagi orang muslim supaya kita dapat menghindari diri dari terlibat dengan riba dalam urusniaga barang ribawi seperti emas. Ilmu ini merangkumi segala sudut dalam proses jual beli (muamalat).

Entri Berkaitan:

Kesemua kategori ini tidak disusun mengikut keutamaan. Hanya setiap kategori sangat penting dan saling berkaitan antara satu sama lain.

“Bukan Emas Menjadikan Kita Kaya, Tetapi Dengan Ilmu Tentang Emas”


Yang menulis,

Mohd Faiz bin Abdul Manan
Dealer Public Gold


Youtube Channel:

Tiada ulasan:

Catat Komen