Khamis, 14 Disember 2017

11 Kelebihan Produk Public Gold

Kemaskini pada 13/07/2022
11 Kelebihan Produk Public Gold

1. Harga Yang Murah Dan Berpatutan
 
Harga bagi produk emas (jongkong, syiling dan dinar) dianggap murah dan berpatutan, sekiranya berbezaan antara harga premium dengan harga emas semasa adalah tidak begitu jauh.
 
Berikut adalah formula yang digunakan untuk menyemak adalah emas harga yang ditawarkan oleh Public Gold murah dan berpatutan.
 
Formula Premium Over Spot price dalam % adalah seperti berikut:
 
(Harga Jualan RM/g - harga Spot Gold RM/g) /(Harga Spot Gold RM/g) x100
 
Panduan umum
Jika premium over spot < 5% = sangat berbaloi beli
Jika premium over spot < 10% = berbaloi
Jika premium over spot > 10% = tak berbaloi beli

Harga Emas Public Gold Pada 07 Disember 2017

Harga Emas Dunia Pada 07 Disember 2017 Bagi 1 gram

Harga Jongkong Emas 10 gram Public Gold = RM 1808
Harga 1 gram = RM1808/10 = RM 180.80
 
Formula:
(180.8-165.33)/165.33 x100 = 9.36%
 
Ulasan: Berbaloi


     2. Susut Nilai Yang Rendah

Senarai Kadar Susut Nilai Bagi Emas Public Gold Bermula 1 Januari 2017



    
3. Stok Yang Tiada Had

Pihak Public Gold memberi jaminan bahawa pelanggan boleh membeli emas mengikut harga semasa pada bila-bila masa 24 jam sehari, 7 hari seminggu. Stok dijamin dapat.
 

4. Cawangan Di Seluruh Malaysia & Indonesia
 
Dengan adanya 17 cawangan Public Gold di seluruh Malaysia tidak termasuk 6 cawangan di Indonesia, proses pembeli dan jual balik menjadi lebih mudah serta selamat.
 

5. Jaminan Beli Balik Dari Public Gold
 
Public Gold memberi jaminan akan membeli balik emas walaupun dalam keadaan kemek, tercalar atau terbuka dari sarung kekal selagi berat emas masih sama. Hanya kadar susut nilai akan meningkat ke 10%.
 

6. Transaksi Jual Beli Atas talian 24 Jam
 
Semua produk Public Gold boleh dibeli pada bila-bila masa dan dimana-mana sahaja selagi ada rangkaian internet dan sistem yang stabil.
 

7. Pengiktirafan Antarabangsa (LBMA)
 
Dengan membeli emas berstatus LBMA, anda tidak perlu risau emas akan kualiti produk tersebut. Selain itu, dengan memiliki pengiktirafan antarabangsa, produk emas keluaran Public Gold mudah untuk dijual diseluruh dunia.

Nota:
1. Bermula tahun 2021, Public Gold tidak lagi mengeluarkan edisi LBMA (Import dari Turki) dan diganti dengan edisi biasa yang dicetak di Malaysia.
2. Syarikat emas seluruh dunia yang mendapat pengisytiharan dari LBMA tidak lagi dibenarkan mencetak lambang LBMA pada produk emas mereka.



8. Pajakan Di Ar-Rahnu
 
Produk Emas yang mendapat pengiktirafan antarabangsa dan dari jenama yang dikenali amat mudah diterima untuk pajakan berbanding dengan jenama yang kurang dikenali.
 
Untuk pengetahuan anda, kini emas Public Gold boleh dipajak di Pos Arrahnu atau Tekun Nasional tanpa perlu melalui proses penilaian ketulenan emas.
 

9. Produk Emas & Perak Bebas GST

 

Untuk pengetahuan anda, Kerajaan Malaysia telah melaksanakan GST mulai April 2015. GST telah memberi impak yang besar terhadap industri emas. Ini kerana emas juga tertakluk kepada GST 6%.
 
Namun begitu, kita bernasib baik kerana kerajaan telah mewartakan beberapa jenis emas sebagai ‘Investment Precious Metals’ atau Logam Berharga Pelaburan. Emas yang tertakluk di dalam kategori investment precious metals ini dikecualikan daripada bayaran GST.

 

Membeli produk emas tanpa bayaran GST dapat mengurangkan kos pembelian. Untuk tujuan pelaburan ia amat penting untuk memastikan proses mendapatkan keuntungan menjadi lebih cepat. Untuk makluman, bagi pelaburan komuniti seperti emas, keuntungan diperolehi melalui perbezaan harga jualan dengan harga belian.
 
Nota:
Bermula Mac 2018, cukai GST dimansuhkan dan diganti oleh cukai SST. Komoditi seperti Emas dan Perak di kecualikan dari cukai SST.
 

10. Pelbagai Pilihan Produk

 

Terdapat pelbagai pilihan produk yang tersedia untuk dibeli bermula dari sekecil 0.5 gram sehingga 1kg bagi jongkong emas dan 250g sehingga 5kg bagi jongkong perak. Sila tekan Produk Public Gold untuk melihat produk yang ada.
 

11. Patuh Shariah

Segala urusniaga dengan Public Gold telah disahkan patuh shariah oleh Amanie Advisor Sdn. Bhd. selaku pihak yang dilantik oleh Public Gold dalam mengaudit operasi sedia ada.

Pengauditan dilakukan setiap tahun bagi memastikan semua urusan mematuhi SOP yang ditetapkan.
   

Inilah 11 sebab kenapa anda perlu memilih emas jenama Public Gold. Anda bagaimana?
 
 
Yang menulis,
 
Mohd Faiz bin Abdul Manan
Dealer Public Gold

Tiada ulasan:

Catat Ulasan