Sumber: Yahoo Image |
Pengagihan atau lebih dikenali sebagai perbelanjaan
adalah proses menentukan dimana pendapatan yang diperolehi hendak dibelanjakan.
Ia adalah langkah kedua dalam pengurusan kewangan selepas pendapatan. Adalah
penting bagi kita untuk menguruskannya pendapatan secara berhemah dan terancang
disebabkan sumber yang dimiliki amatlah terhad.
“Orang Yang Gagal Merancang,
Merancang Untuk Gagal”
Dalam menyediakan belanjawan, adalah
penting untuk kita memberi keutamaan untuk memenuhi keperluan asas terlebih
dahulu sebelum kehendak. Keperluan
adalah sesuatu yang diperlukan oleh manusia bagi memastikan kita dapat
meneruskan hidup di dunia ini. Manakala Kehendak
adalah suatu keinginan memiliki sesuatu bagi memudahkan kehidupan kita
seharian.
Terdapat 5 keperluan asas yang perlu
diutamakan adalah Tempat Berteduh,
Makanan, Minuman, Pakaian dan
Ubat-Ubatan. Diikuti dengan keperluan lain seperti Kenderaan, Hiburan,
Simpanan dan sebagainya.
Contoh mudah untuk membezakan antara
keperluan dan kehendak adalah memiliki Kerata. Memiliki kereta menjadi suatu
keperluan bagi memudahkan kita untuk pergi dari titik A ke titik B. Manakala
jenama kereta yang ingin dibeli adalah suatu kehendak.
Belanjawan yang berhemah dan berkesan
perlu memiliki kompenan seperti berikut:
70 % Kos Sara Hidup
10 % Insurans
10 % Simpanan dan Pelaburan
10 % Penyucian Harta
“Hidup Mewah, Jangan Hidup
Dalam Kemewahan”
Apabila ditanya
“mahu jadi kaya ke tak?” majoriti akan mengatakan mahu jadi kaya. Persoalannya,
bagaimana ukuran penentu kekayaan? Adakah memiliki rumah besar? Atau memiliki
kereta mewah? Atau memiliki duit berjuta-juta dalam bank?
Mengikut catatan di blog Hidup Ringkas,
kekayaan diukur berdasarkan kriteria seperti dibawah:
Fakir :
Pendapatan < Pembelanjaan
Miskin :
Pendapatan = Pembelanjaan
Kaya :
Pendapatan > Pembelanjaan
Anda berada di posisi mana?
Diharap agar penjelasan ringkas ini dapat membantu anda dalam perancangan kewangan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan