Khamis, 25 November 2021

Jangan Malu Menjadi Kaya

Jangan Malu Menjadi Kaya

 
Berimpianlah untuk menjadi seorang yang kaya. Kerana kekayaan itu memberi kita lebih peluang untuk memilih.
 
Apa Itu Kekayaan?
 
Anda dikira orang yang kaya sekiranya mampu berbelanja kurang dari pendapatan yang diperolehi setiap bulan.
 
Memiliki pendapatan sebanyak RM 2,000 setiap bulan. Berbelanja sebanyak RM 1,800 sebulan. Kekayaan anda bertambah RM 200 pada setiap bulan.
 
Ini adalah maksud yang paling mudah untuk mentafsirkan kekayaan dari sudut kewangan.

Entri Berkaitan:
4 Langkah Mudah Membina Kekayaan
 
 
Jangan Malu Menjadi Kaya...
 
1. Kerana kekayaan itu dapat menyempurnakan dua rukun islam iaitu pembayaran zakat serta menunaikan haji. Rukun islam yang memerlukan sejumlah wang yang banyak untuk ditunaikan.
 
Berikut adalah anggaran kos yang perlu disediakan:
 
Haji & Umrah: RM 12,000
Zakat: RM 20,299 bagi tahun 2021
 
Entri Berkaitan:
Bagaimana Emas Membantu Memenuhi Impian Anda (Pendahuluan)
 
 
Jangan Malu Menjadi Kaya...
 
2. Kerana kekayaan itu dapat membantu ramai orang melalui zakat, wakaf dan sedekah. Zakat adalah ibadah wajib ke atas orang yang berkemampuan. Wakaf dan sedekah pula hanyalah ibadah sunat sahaja (bukan wajib).
 
 
Jangan Malu Menjadi Kaya...
 
3. Kerana kekayaan itu dapat menyempurnakan tanggungjawab yang diamanahkan terhadap diri sendiri serta orang lain terutama di bawah tanggungjawab kita.
 
Memiliki rumah yang selesa untuk berteduh. Cukup makan dan minum. Memiliki pakaian yang sempurna dan sebagainya adalah asas dalam keperluan hidup.
 
 
Jangan Malu Menjadi Kaya...
 
4. Kerana kekayaan mampu membahagiakan orang tersayang lebih dari kebiasaan. Sekiranya anda menggunakan kekayaan yang ada dengan cara yang betul.
 
Boleh membeli barang yang diingini tanpa kekangan. Dapat melancong ke tempat menarik dan sebagainya adalah contoh bagaimana wang membantu kita menikmati kebahagian yang ada.
 
 
Jangan Malu Menjadi Kaya...
 
5. Kerana kekayaan yang ada dapat membantu kita menyumbang terhadap negara tercinta melalui pembayaran cukai.
 
Kaya itu mulia. Jangan malu mengejarnya selagi tidak melampaui batasan yang ditetapkan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan