![]() |
Sumber: http://zonakaya.com/ |
Sebelum kita mengulas dengan lebih terperinci
berkaitannya, adalah lebih baik untuk kita mengetahui dengan jelas apa makna
kekayaan itu sendiri. Terdapat pelbagai definasi tentang kekayaan yang boleh
kita perolehi dari pelbagai sumber seperti melalui buku, internet dan
sebagainya.
Bagi saya, definasi paling mudah dan senang difahami
apabila kita berkata tentang kekayaan adalah mengikut formula seperti dibawah:
Pendapatan
- Pembelanjaan = Aliran Tunai Positif (Positive Cashflow)
Dengan erti kata lain, anda dikira seoarang yang kaya
sekiranya masih mempunyai baki duit ditangan selepas ditolak dengan jumlah
pembelanjaan (termasuk hutang) yang diperlukan untuk menampung kos sara hidup.
“Orang yang
mampu menyimpan adalah seorang yang kaya. Seringgit yang anda berjaya simpan
bererti kekayaan anda bertambah sebanyak seringgit”
Tahukah anda? Menjadi kaya bukan sesuatu yang sukar
untuk direalisasinya selagi anda tahu dengan jelas jalan yang perlu ditempuhi
untuk memiliki kekayaan yang diimpikan. Artikel kali ini saya kongsikan
langkah-langkah yang perlu anda ambil untuk menjadi kaya.
Penafian: Definasi kaya dalam artikel ini tidak
menyentuh kekayaan yang tidak boleh diukur dengan wang ringgit seperti kaya
ilmu, pengalaman dan sebagainya
Langkah 1:
Memperolehi Pendapatan (Gaji)
Asas kekayaan bermula dengan memperolehi pendapatan
tidak kira dari sumber pasif atau aktif. Bagaimana ingin membina kekayaan
sekiranya pendapatan pun tiada. Usaha kita selama bertahun-tahun (menuntut ilmu,
meningkatkan kemahiran dan menambah pengalaman) adalah bertujuan untuk meningkatkan
keupayaan dari supaya boleh memperolehi pendapatan yang tinggi dikemudian hari.
“Pelaburan
terbaik adalah pelaburan ke atas diri sendiri”
Langkah 2: Simpan
Kekayaan seseorang tidak dinilai berdasarkan berapa
banyak wang yang diperolehi tetapi berapa banyak wang yang berjaya disimpan.
Ketahuilah dengan menyimpan, anda akan membuka banyak peluang dimasa hadapan.
![]() |
Beli Emas Sekiranya Anda Tak Mampu Menyimpan Wang |
Robert Kiyosaki pernah mengatakan dalam buku ‘Rich Dad
Poor Dad’ bahawa menyimpan adalah untuk orang yang kalah (Saving is for
losers). Kenapa? Kerana faktor inflasi. Inflasi mengikis kuasa beli (nilai)
wang kita walaupun jumlah yang ada masih sama tidak kira sama ada wang tersebut
disimpan di dalam bank atau di simpan sendiri.
Oleh itu, penting untuk kita menyimpan duit dalam
bentuk aset seperti Emas, Hartanah, Saham dan sebagainya untuk melindungi nilai
duit daripada ancaman inflasi.
“Pelaburan adalah cara mudah untuk mengembangkan kekayaan yang ada”
![]() |
Beli Emas, Anda Menyimpan Sambil Melabur |
Langkah 4:
Pulangkan Kembali Kekayaan Pada Masyarakat
Tiada maknanya kekayaan itu sekiranya ia tidak memberi
manfaat kepada orang lain. Bagi orang islam, kita diwajibkan membayar zakat
apabila kekayaan kita mencapai nilai tertentu. Terdapat pelbagai cara yang
boleh diambil untuk membantu orang lain yang memerlukan. Contohnya ialah
melalui sedekah (derma), bantuan (biasiswa), wakaf dan sebagainya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan