Rabu, 19 Disember 2018

Glow Night Run & Camping 2017

Glow Night Run & Camping 2017

Lokasi:
Taman Botani Negara Shah Alam

Aktiviti:
Berlari + Berkhemah

Bayaran:
RM 90

Jarak Larian:
5 km

Tarikh:
31 Ogos 2017 - 01 Januari 2018

Glow Nigt Run & Camping 2017 yang diadakan di Taman Botani Negara Shah Alam menjadi larian terakhir yang saya sertai untuk tahun 2017. Larian kali ini amat istimewa disebabkan ia bukan semata-mata berlari sahaja. Ia termasuk aktiviti berkhemah semalaman serta sambutan diambang tahun baru 2018. Ia juga menjadi lokasi terakhir yang disinggahi selepas melawat Muzium Sultan Alam Shah.

Sedikit mengecewakan apabila tiada pingat larian diperolehi atas masalah teknikal. Ditambah dengan terjejasnya sambutan diambung tahun baru atas sebab hujan turun dengan lebat menyebabkan kegagalan untuk menyala unggun api yang kebasahan.

31/12/2017: Sebelum Larian Bermula
31/12/2017: Masuk Lorong Bercahaya
31/12/2017: Gelapnya Laluan
31/12/2017: Kumpulan Larian Saya Untuk Malam Ini
31/12/2017: Melalui Laman Kelulut
31/12/2017: Di Penghujung Larian
31/12/2017: Tak Sampai 4km Pula Larian Kali Ini
31/12/2017: Selepas Sambutan Ambang Baru 
31/12/2017: Layan Barbeku Sebelum Tidur
31/12/2017: Berkhemah Di Tepi Kolam Sahaja Hari Ini
31/12/2017: Geng Berkhemah Untuk Hari Ini
Sebelum berangkat pulang, kami singgah di Rumah Iklim Sederhana Empat Musim @ TBNSA untuk sesi lawatan secara percuma tajaan tuan rumah.


Mohd Faiz bin Abdul Manan
Catatan Seorang Kembara