Rabu, 17 Jun 2020

Ada Gaji Hendak Buat Apa? (5 Tahun Kemudian)

waktu petang di tepi pantai seorang wanita di atas buaian

Selepas 5 Tahun Bekerja, Anda Sepatutnya Telah Pun Memiliki...

1# Dana Kecemasan yang mencukupi sekurang-kurangnya 6 bulan gaji kasar semasa.

2# Memiliki perlindungan (takaful) secukupnya sekurang-kurangnya 10 tahun gaji semasa (pampasan yang diperolehi oleh ahli keluarga).

3# Bebas dari segala jenis hutang jahat iaitu hutang yang memiskinkan kita. Hadkan hutang jahat hanya kepada dua pekara iaitu rumah dan kenderaan. Tinggalkan hutang yang baik sahaja.

4# Memiliki pengetahuan, pengalaman dan kemahiran (sekurang-kurangnya yang asas) bagi meningkatkan nilai diri sendiri.

Sekiranya masih tidak mampu, teruskan usaha anda sehingga berjaya.

Bagi yang berjaya memenuhi matlamat seperti di atas dalam tempoh masa 5 tahun bekerja. Anda sepatutnya dalam proses...

1# Simpan Dan Kembangkan (Melabur) Duit Simpanan Bagi Memenuhi Impian.

Teruskan menyimpan sebanyak yang mampu (sekurang-kurangnya 10% dari gaji kasar) sambil mencari peluang melaburkan duit simpanan yang ada bagi tujuan memenuhi impian seperti Berkahwin, Melancong, Menunaikan Haji, Beli Rumah dan sebagainya.

Pada ketika ini, anda digalakkan untuk cuba melabur sedikit duit simpanan ke instrument yang berisiko tinggi tapi memberi pulangan yang lumayan (Pulangan melebihi 10%). Dengan syarat, guna lebihan duit yang anda sanggup kehilangannya. 2 tahun pertama adalah sesi pembelajaran. Melabur secara konsisten dalam keadaan tenang.


2# Menyimpan Dan Kembangkan (Melabur) Duit Simpanan Yang Ada Bagi Membina Dana Persaraan.

Pada peringkat ini, tumpuan anda seterusnya adalah untuk membina Dana Persaraan sendiri supaya tidak bergantung sepenuhnya dengan KWSP. Dengan erti kata lain, ubah dari pendapatan aktif ke pendapatan pasif.

Pastikan simpanan yang penting seperti Dana Kecemasan, Dana Impian dan Dana Persaraan diletak di pelaburan berisiko rendah seperti Komoditi (Emas dan Perak), PNB (ASB, ASB2 dan sebagainya), Tabung Haji dan sebagainya. (Pulangan antara 5-10%)


3# Teruskan Melabur Sedikit Duit Dan Masa Atas Diri Sendiri

Teruskan usaha memperuntukkan sedikit duit dan masa untuk dilaburkan ke atas diri sendiri. Belajar untuk menjana pendapatan sampingan serta tingkatkan lagi ilmu dalam pelaburan.

Pastikan anda memiliki 3 pekara ini sebelum bersara iaitu memiliki sekurang-kurangnya sebuah RUMAH yang selesa, sebuah KENDERAAN untuk pengangkutan dan DUIT tunai yang secukupnya untuk menampung kos kehidupan seharian sehingga ke hujung usia.



Youtube Channel:

Tiada ulasan:

Catat Komen