Isnin, 9 Disember 2019

Perlukah Ber'Hutang'?

Perlukah Ber'Hutang'
Sumber: https://masshar2000.com/

Perlukah Ber'Hutang'? Kalau ditanya kepada orang ramai tentang persoalan ini. Pelbagai jawapan boleh diperolehi, antaranya:

Yang Menyokong...

"Hutang perlu. Kalau tak berhutang, tak merasalah"
"Hutang perlu. Supaya benda yang tak mampu menjadi mampu dimiliki"

Yang Tidak Menyokong...

"Bahayalah berhutang ini, nanti tak mampu bayar diri akan merana"
"Bahayalah berhutang ini, nanti ketagih payah"

Contoh sahajalah dialog diatas ini.

Persoalannya, perlukah berhutang? Itu bergantung kepada tahap kecelikkan anda dalam pengurusan kewangan. Ingat ya HUTANG itu ibarat sebilah pedang. Tak pandai guna boleh cederakan diri sendiri.

"Sesungguhnya HUTANG itu merompak KEKAYAAN kita pada masa hadapan. Oleh itu pastikan tindakan tersebut berbaloi dilakukan. Belajarlah seninya terlebih dahulu sebelum menggunakannya."

Berhutanglah apabila…

- Ingin memiliki aset yang mahal seperti rumah dan tanah
- Ingin membeli kenderaan seperti kereta.
- Ingin menjana keuntungan seperti pembiayaan ASBF, modal perniagaan dan sebagainya.

Jangan berhutang selain dari sebab yang dinyatakan di atas. Kalau tidak boleh elak juga, pastikan hutang berada dalam keadaan terkawal.

“Hutang Anda Adalah Aset Bagi Orang Lain”

Bagaimana nak elak daripada berhutang? Jawapannya mudah sahaja. Mula menyimpan sambil melabur wang yang ada. Simpan sebanyak yang boleh, seawal yang boleh.


“Hadkan Berhutang Hanya 2 Pekara Sahaja Iaitu Kereta & Rumah”

Tiada ulasan:

Catat Ulasan