Isnin, 30 Disember 2019

Rumah Kelahiran Mahathir Mohamad

Rumah Kelahiran Mahathir Mohamad

Lokasi:
Rumah Kelahiran Mahathir Mohamad

Alamat:
No. 18, Lorong Kilang Ais Sekolah Kebangsaan Jalan Pegawai,
Jalan Seberang Perak, Taman Pesisiran Tanjung Chali,
05000 Alor Setar, Kedah

Waktu Operasi:
10.00 pagi - 5.00 petang (Sabtu-Khamis)
Tutup (Jumaat)

Harga Tiket:
Percuma

Tarikh Lawatan:
20 Disember 2019

Rumah Kelahiran Mahathir Mohamad menjadi lokasi persinggahan seterusnya selepas mengunjungi Muzium Padi. Ini antara tempat yang diminta untuk dilawati pada hari ini. Maklumlah tak sempat nak kunjungi semasa kali pertama menjejak kaki di Alor Setar atas sebab masih diubahsuai pada waktu itu.

Nasib baik kenal orang dalam. Kalau tidak melepas nak kunjungi tempat ini. Dahlah jumaat Kedah cuti. Dalam keadaan biasa muzium ini tak buka pun.


20/12/2019: Turun Kereta Nampak Beca
20/12/2019: Jom Terokai Rumah PM 4 & 7
20/12/2019: Melawat Rumah Dulu
20/12/2019: Mencabar Nak Kayuh Basikal Ini
20/12/2019: Tak Rajin Nak Baca
20/12/2019: Nostalgia Zaman Silam
20/12/2019: Comel Katilnya
20/12/2019: Ruangan Dapur
20/12/2019: Sungguh Ringkas Kelengkapan Dapurnya
20/12/2019: Nak Masak Apa Hari Ini?
20/12/2019: Nampak Katil Rasa Nak Tidur Pula
20/12/2019: Mencabar Nak Pakai Ini
20/12/2019: Kenal Sangat Alat Ini
20/12/2019: Tebalnya
20/12/2019: Koleksi Peralatan Doktor
20/12/2019: Di Arena Politik
20/12/2019: Macam Kenal Arca Ini
20/12/2019: Galeri Pameran
20/12/2019: Jumpa Kilang Ais
20/12/2019: Jumpa Dah
20/12/2019: Di Perkarangan Muzium
Hari ini istimewa sikit, maklumlah bos besar ada. Masih boleh melawat tempat ini walaupun  tutup hari jumaat. Disini juga saya berpeluang melihat pokok manga harum manis yang ditanam dipersekitaran kediaman ini.

Perjalanan diteruskan menuju ke Menara Alor Setar.

Mohd Faiz bin Abdul Manan
Catatan Seorang Kembara

Tiada ulasan:

Catat Komen