Rabu, 8 Januari 2020

Chang Puak Camp @ Hatyai

Chang Puak Camp @ Hatyai

Lokasi:
Chang Puak Camp @ Hatyai

Alamat:
Nam Noi,
Hat Yai District,
Songkhla 90110, Thailand

Waktu Operasi:
8.00 pagi - 5.00 petang (Setiap Hari)

Harga Tiket:
Percuma (Masuk)
500 Baht (Elephant Riding)
500 Baht (ATV Driving)
300 Baht (Monkey Show)
100 Baht (BB. Gun)
150 Baht (Archery)

Alamat Sesawang:
http://changpuakcamp.com/en/changpuak-camp-thailand/

Tarikh Lawatan:
22 Disember 2019

Chang Puak Camp, lokasi lawatan seterusnya selepas mengujungi Big Bee Garden. Matlamat utama kali ini adalah untuk merasai pengalaman menaiki gajah buat kali pertama dalam hidup. Itu yang mahal. Aktiviti yang lain itu boleh dinikmati masa pulang ke Malaysia nanti.


22/12/2019: Mahal Juga Harga Nak Naik Gajah

22/12/2019: Ramai Juga Orang Hari Ini
22/12/2019: Sesi Bagi Makan Gajah
22/12/2019: Dalam Perjalanan Ke Pertunjukan Gajah
22/12/2019: Lokasi Menembak
22/12/2019: Menantian Suatu Penyeksaan

22/12/2019: Sebelum Bertolak
22/12/2019: Akhirnya, Selepas Sejam Menunggung
22/12/2019: Laluan Penuh Mencabar
22/12/2019: Melalui Kawasan Tandus. Nasib Baik Dibekalkan Payung Tambahan
22/12/2019: Melalui Kawasan Penempatan Pekerja
22/12/2019: ‘Monkey Show’
22/12/2019: Bergambar Bersama Singa Putih


Oleh sebab masa yang diperuntukan hanya sekitar 1 jam 30 minit sahaja. Hanya satu aktiviti sahaja yang berjaya dilakukan iaitu menaiki gajah. Setelah menunggu sehingga hampir sejam, tiba giliran kami menaikinya. Nasib baik hari ini ada 14 ekor gajah yang sedia untuk dinaiki. Kalau tidak, lama lagilah nak tunggu.

Perjalanan mengambil masa lebih kurang 30 minit untuk menamatkan satu pusingan. Melalui laluan yang berlumpur dan berpaya. Agak sukar untuk berkomunikasi dengan pembawa gajah disepanjang masa. Terasa bagaikan itik bercakap dengan ayam sahaja.

Di pertengahan jalan, kami juga dapat saksikan bagaimana gajah dimandikan walaupun ketika pelawat masih berada di atas gajah. Maklumlah cuaca tengah panas ini. Kesian pula gajah kepanasan sepanjang laluan.

Walaupun begitu, ia suatu pengalaman yang penuh berharga yang sukar untuk dicari ganti. Di penghujung jalan, kami ditawarkan untuk membeli rantai yang diperbuat dari tulang gajah.

Selepas selesai sesi menaiki gajah, setiap pelawat berpeluang membeli gambar sebagai kenangan. Setiap pembelian akan diberi sedikit tembikai secara percuma.

The Central Mosque Of Songkhla, lokasi persinggahan seterusnya. 


Mohd Faiz bin Abdul Manan
Catatan Seorang Kembara


Tiada ulasan:

Catat Komen