Hendak
menjadi kaya dimasa hadapan? Henda hidup selesa dimasa hadapan? Hendak mencapai
impian yang diingini dimasa hadapan? Hendak jadi seorang dermawan dimasa
hadapan?
Bertindak
sekarang. Asing dan simpan sebahagian pendapatan yang diterima sekarang untuk
dibawa ke masa hadapan.
Apakah
Yang Dimaksudkan Dengan Seorang Penyimpan Yang Berjaya?
Apabila anda tiada masalah untuk mengasingkan sedikit duit yang ada bagi tujuan simpanan dan mampu mempertahankan simpanan yang ada sehingga mencapai impian yang ditetapkan.
Nampak
mudahkan tipsnya tetapi hakikatnya ia amat sukar untuk dilaksanakan atas sebab-sebab
berikut iaitu:
1.
Keseronokan Berbelanja
2.
Duit Dipinjam Orang
3.
Salah Labur
Bagaimana
ingin mengatasi masalah ini? Ikuti tips dan panduan yang saya kongsikan ini.
Insha Allah, anda mampu melakukannya.
Entri Berkaitan:
Tips
1: Simpan Dan Lupakannya
Pegang
perinsip ini ketat-ketat. Nampak mudahkan. Tetapi kebanyakkan orang gagal
mempertahankan prinsip ini secara istiqamah (konsisten).
Penyelesaiannya?
Simpan duit di instrumen kewangan yang mudah simpan tetapi sulit untuk
keluarkannya. Contohnya seperti ASB, SSPN dan sebagainya.
Masih
tidak mampu lupakan simpanan yang ada? Simpan di instrumen kewangan yang
mengikat kita (komitmen menyimpan setiap bulan, hanya boleh dikeluarkan dalam
keadaan dan tempoh tertentu sahaja) seperti pelan simpanan Karisma dan Mabrur
oleh Etiqa Berhad, pelan simpanan hari tua seperti PRS, KWSP dan sebagainya.
Tidak
suka akan sekatan terhadap simpanan sendiri? Beli Emas dan Perak. Anda dapat
menyimpan sambil memenuhi naluri berbelanja. Dalam masa yang sama dapat
mencegah diri dari tersalah labur. Dan paling penting dapat elak dari duit dari
dipinjam orang.
Tidak
percaya? Cubalah. Anda akan rasa perbezaannya.
Entri Berkaitan:
Tips 2: Jadi Penyimpan Yang Bermatlamat
Pengembaraan tanpa destinasi akan menyesatkan
kita. Begitu juga dalam proses menyimpan. Tanpa matlamat yang jelas, proses
menyimpan menjadi amat sukar. Lagi mencabar apabila ingin pertahankan simpanan
tersebut bagi tempoh masa yang lama.
Oleh itu, tetapkan matlamat dengan jelas saat
anda mula menyimpan. Matlamat yang jelas akan memberi motivasi yang tinggi
(pembakar semangat) semasa dalam proses menyimpan. Maklumlah menyimpan duit itu
menentang fitrah. Fitrah manusia dengan duit adalah berbelanja.
Tidak tahu hendak letak matlamat apa? Mudah
sahaja. Ada 3 sebab utama orang menyimpan duit iaitu:
1. Untuk Dana Kecemasan
2. Untuk Memenuhi Impian
3. Untuk Dana Persaraan
2. Untuk Memenuhi Impian
3. Untuk Dana Persaraan
Tulis dengan jelas matlamat yang ingin dicapai
dan pastikan berapa banyak duit yang diperlu bagi mencapai impian tersebut.
Ingatlah, memiliki duit yang mencukupi itu hanyalah separuh dari impian sahaja. Separuh lagi datang dari tindakan yang diambil
Entri Berkaitan:
Bagaimana Emas Membantu Memenuhi Impian Anda(Pendahuluan)
Bagaimana Emas Membantu Memenuhi Impian Anda(Pendahuluan)
Tips 3: Berhutang Untuk Menyimpan
Secara jujurnya, saya tidak galakkan menggunakan
kaedah ini kecuali apabila tiada cara lain lagi untuk menyimpan secara
konsisten. Kaedah ini sesuai bagi orang yang displin membayar hutang.
"Prinsip Asas
Pelaburan Adalah Menggunakan Lebihan Wang Yang Tidak Digunakan Dalam Tempoh
Masa Yang Panjang"
Bagaimana caranya? Kini terdapat pelbagai instrumen kewangan yang menyediakan kemudahan berhutang untuk menyimpan.
Antaranya kemudahan yang ada adalah...
1. Pembiayaan ASB & ASB2 (ASBF & ASB2F)
Pinjaman khas dari bank terpilih (Ejen PNB)
untuk melabur dalam skim ASB & ASB2. Pinjaman diberi dalam bentuk sijil.
Pelaburan antara 10 ribu sehingga 200 ribu. Tempoh masa pembiayaan antara 5 tahun sehingga 30 tahun (bergantung kepada bank).
2. Easy Payment Purchase (EPP)
Skim pembayaran secara berperingkat yang
diperkenal oleh Public Gold untuk membeli emas dan perak. Kemudahan ini diberi
sekiranya anda ingin membeli emas dan perak serendah RM 500 dalam satu resit.
Tempoh masa yang diberi adalah selama 4 bulan (RM 500 ke atas), 6 bulan (RM 5000 ke atas dan khas untuk barang kemas sahaja) dan 10 bulan (RM 5000 ke atas).
3. Pembayaran Menggunakan Kemudahan Kredit (Kad
Kredit)
Kad kredit sekiranya digunakan dengan cara yang
betul dapat membantu anda untuk menyimpan @ memiliki aset.
Contohnya seperti berikut....
Contoh 1#
Mencarum dalam pelan simpanan jangka masa panjang Karisma dan Mabrur menggunakan kad kredit.
Mencarum dalam pelan simpanan jangka masa panjang Karisma dan Mabrur menggunakan kad kredit.
Contoh 2#
Membeli emas secara berperingkat di PG Mall menggunakan kad kredit CIMB (6 bulan dan 12 bulan).
Amaran Keras: Jangan sesekali membuat pembiayaan peribadi untuk pelaburan. Ia berisiko tinggi dan tidak berbaloi diambil.
Cukuplah dengan 3 tips mudah ini. Diharap agar tips dan panduan yang diberi dapat membantu anda untuk mula menyimpan bermula sekarang.
Entri Berkaitan:
Tiada ulasan:
Catat Komen