Rabu, 19 Ogos 2020

Me’nate Steak Hub @ Setapak

Pintu Hadapan Me’nate Steak Hub @ Setapak

Lokasi:
Me’nate Steak Hub @ Setapak
 
Alamat:
C-01-02 & C-01-03 StarParc Point,
Jalan Taman Ibu Kota,
53300 Kuala Lumpur.
 
Waktu Operasi:
11.00 tengah hari - 11.00 malam (Sabtu - Khamis)
3.00 petang - 11.00 malam (Isnin)
 
Alamat Sesawang:
https://menate.com.my/
 
Tarikh Lawatan:
19 Ogos 2020
 
Me’nate Steak Hub @ Setapak menjadi lokasi makan malam yang dipilih khas bagi sambutan ulangtahun kedua perkahwinan saya. Sudah lama teringin menjamu selera disini tapi asyik tertangguh sahaja.
 
Alang-alang hendak sambut, kita makan mewah sikit malam ini. Sekali setahunkan. Bagi peluang menikmatinya berdua. 


19/08/2020: Meja Kena Tempah Awal-Awal, Takut Penuh

19/08/2020: Jom Pilih Hendak Makan Daging Apa Dan Bahagian Yang Mana

19/08/2020: Maklumat Tentang Bahagian Daging

19/08/2020: Salah Satu Impian Terlaksa Akhirnya

19/08/2020: Kenangan Bersama Pelanggan Dipamerkan



19/08/2020: belek Sahaja Menu Tambahan. Tidak Mampu Hendak Makan Semua Sekali

19/08/2020: Suasana Dalam Kedai Makan

19/08/2020: Menu Malam Ini. Nampak Sikit Tetapi Semput Hendak Habiskan

19/08/2020: Bergambar Dulu Sebelum Menjamu Selera
 
19/08/2020: Dengan Lafaz Bismillah

Secara keseluruhannya saya amat berpuashati dengan layanan, makanan dan paling penting minuman percuma. Siap boleh tambah banyak kali lagi. Siap boleh dapat mata ganjaran lagi yang boleh ditebus dengan makanan tambahan yang ada sekiranya mencukupi.
 
Masa untuk pulang. Sudah lewat sangat ini.
 
 
Mohd Faiz bin Abdul Manan
Catatan Seorang Kembara

Tiada ulasan:

Catat Komen