Kemaskini
pada 10/08/2020
Entri kali ini saya ingin kongsi
kaedah menuntut emas yang di simpan dalam akaun GAP sekiranya berlaku kematian
kepada pemegang akaun.
Berikut adalah langkah yang perlu
diambil oleh waris bagi menuntut emas yang berada dalam akaun GAP.
Langkah 1: Sediakan Dokumen Sokongan
Berikut adalah dokumen yang perlu disediakan oleh waris
1# Salinan Sijil Kematian/ Laporan Polis/ Permit Kubur
2# Salinan Sijil Perkahwinan (Suami/ Isteri) Atau Surat Beranak (Anak)
3# Salinan Kad Pengenalan Waris
4# Surat Mahkamah/ Kuasa Tadbir Pusaka
Nota:
Pastikan semua Salinan dokumen telah disahkan oleh pegawai berkuasa
Langkah 2: Hantar Dokumen Ke Cawangan Public Gold Terdekat
Serahkan semua dokumen yang ada ke cawangan Public Gold yang terdekat bagi
proses pindah milik. Sekiranya si mati ada membeli emas atau perak melalui kaedah pembayaran secara
berperingkat (EPP) dan belum menyelesaikan pembayaran sepenuhnya, pewaris boleh
menuntut emas dengan cara menyelesaikan baki pembayaran yang ada sebelum
menuntut emas tersebut.
Sekiranya pewaris tidak mampu membayaran segala baki pembayaran yang ada. Pewaris boleh mambatalkan transaksi pembelian terdahulu. Semua pembayaran yang telah dilakukan akan dipulangan kembali keada waris selepas ditolak 5% caj penalti dari harga keseluruhan emas tersebut.
Contohnya:
Ali membeli 10g emas
dengan harga RM 3,020 (RM 300 segram + RM 10 (Caj EPP) + RM 10 (Caj Premium) menggunakan
kemudahan EPP sebanyak 10 kali (promosi FBLive Public Gold). Ali telah membayar
selama dua bulan (RM 620) sebelum meninggal dunia.
Waris tidak mampu
untuk meneruskan baki pembayaran selama 8 bulan dan meminta akan transaksi ini
dibatalkan. Pubic Gold memulangkan kembali duit sebanyak RM 589 selepas caj 5%
dikenakan (RM 31).
Diharap agar pembaca dapat mengetahui dengan jelas cara menuntut emas si mati sebagai pewaris di Public Gold.
Nota:
1. Tertakluk kepada Terma & Syarat (T&C) dari Public Gold International Berhad.
2. Kaedah ini juga terpakai bagi waris menuntut perak dalam akaun SAP.
3. Pewaris ada dua pilihan untuk mendapatkan emas tersebut iaitu dengan cara memindahkan emas tersebut ke akaun GAP sendiri atau menjual terus kepada Public Gold. Duit tersebut akan dikreditkan ke akaun pewaris.
Yang menulis,
Mohd Faiz bin Abdul MananDealer Public Gold
Youtube Channel
1. Tertakluk kepada Terma & Syarat (T&C) dari Public Gold International Berhad.
2. Kaedah ini juga terpakai bagi waris menuntut perak dalam akaun SAP.
3. Pewaris ada dua pilihan untuk mendapatkan emas tersebut iaitu dengan cara memindahkan emas tersebut ke akaun GAP sendiri atau menjual terus kepada Public Gold. Duit tersebut akan dikreditkan ke akaun pewaris.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan