Rabu, 5 Ogos 2020

Apa Yang Perlu Anda Tahu Tentang Hibah

Kemaskini pada 17/04/2021

hadiah dalam kotak
Sumber: https://asiapacificinitiative.org/finding-the-right-gift-for-your-childs-teacher/

Entri kali ini saya ingin berkongsikan sedikit sebanyak maklumat tentang HIBAH yang perlu anda tahu.
 
Pengenalan
Hibah ialah memberi milik harta yang dipunyai oleh penghibah ketika dia masih hidup secara sukarela Tanpa Balasan.
 
Pemberian secara langsung penghibah kepada penerima semasa hayat melalui aqad, sukarela tanpa balasan berharga. Harta hendaklah halal dan hukum hibah adalah SUNAT.


Rukun Hibah
 
1. Deklarasi pemilik/ pemberi yang menunjukkan berlakunya satu pemberian iaitu "bahwa saya telah memberikan..."
2. Disempurnakan oleh pemilik/ pemberi
3. Penerimaan diperlukan untuk menunjukkan bahawa harta tersebut sudah di dalam pemilikan penerima
 
1. Pemberi
- Pemilik sah, waras, baligh
- Tidak dihalang dari menguruskan harta
- Mampu melakukan transaksi ke atas harta (tabarru)
- Penjaga/ wali/ trustee/ ejen tidak berkemampuan memindahkan harta kepunyaan pelanggan mereka
- Sukarela tanpa unsur paksaan atau sakit kronik, hilang ingatan, gila, nyanyuk dll.
 
2. Penerima
- Tiada syarat tertentu
- Waras/ tidak waras - wali
- kanak-kanak bawah umur - Wali/ Penjaga
Agama bukan syarat tetapi yang boleh dihibah kepada bukan islam terhad sehingga 1/3 dari keseluruhan harta yang dimiliki 
 
3. Harta
- Dimiliki oleh pemberi
- Boleh diserah/ dipindah milik
- Halal/ Dibenarkan/ harus
- Bernilai dan boleh dijual & dibeli
- Wujud ketika hibah berlaku
 
4. Sighah (Ijab & Kabul)
- Ijab (offer) dan qabul (acceptance) adalah suatu kemestian
- Penerimaan boleh secara terus/ tidak langsung
- Harta yang diberi diserahkan atau dianggap telah diserahkan (bukti penerimaan diperlukan)
 
5. Terma
- Tidak boleh di kait dengan sebarang syarat.
 
Contoh:
"Jika kamu mati dahulu, harta ini kembali kepadaku"

- Kesannya hibah adalah sah, tetapi syarat yang ditetapkan terbatal @ gugur.
- Penyerahan secara segera jika di tangguh kuatkuasa selepas kematian, tertakluk kepada wasiat dan persetujuan waris.
 
Kesan Hibah
 
Hibah oleh ayah/ ibu kepada anak ATAU datuk/ nenek kepada cucu sebelum harta diserahkan/ diterima.
 
Bapa Boleh Menarik Balik Hibah Dengan Syarat:
- Harta itu masih miliknya
- Anak belum berkahwin
- Harta itu belum lagi di jual
- Harta belum rosak, kalau rosak kos terlibat lebih/ kurang
 
Jika Harta Bertambah
- Hanya nilai asal boleh dituntut
- Beza antara bilangan/ Untung menjadi milik penerima hibah
 
Jenis-Jenis Hibah
 
1. Hibah Bersyarat
 
Hibah bersyarat bermaksud pemberian harta kepada sesiapa yang dikehendaki tanpa persetujuan penerima hibah. Pemberi hibab boleh menukar nama penerima hibab pada bila-bila masa selagi kedua-duanya masih hidup. Harta yang dihibahkan akan dikembalikan semula kepada pemberi hibah sekiranya penerima hibab meninggal dunia terlebih dahulu.
 
Pemberi hibah boleh memanfaatkan harta yang telah dihibah selagi masih hidup. Harta yang diberi hanya lengkap serahannya kepada penerima hibah selepas kematian pemberi hibah.  

Digunapakai dalam sijil takaful di mana pampasan dari perlindungan sijil takaful tersebut dihibahkan kepada "penama" melalui kaedah hibah bersyarat. Berbeza sekiranya pemegang sijil takaful tu letak penama sebagai wasi, penerima pampasan tersebut perlu membahagikan wang pampasan mengikut undang-undang shariah (wasiat atau faraid).
 
Kenapa kalau hibah bersyarat tak perlu melalui proses pembahagian harta pusaka?
 
Sebabnya...

Hibah bersyarat adalah bukan sebahagian dari harta pusaka si mati, jadi ia tidak tertakluk kepada pembahagian harta pusaka.
 
Rujuk Akta Pengurusan Kewangan Islam 2013
 
Jadual 10 (Seksyen 142)
3 (2) Suatu penamaan oleh peserta takaful menurut subperenggan 2(1) bagi seorang penama untuk menjadi seorang benefisiari di bawah hibah bersyarat hendaklah walau apa pun mana-mana undang-undang bertulis, mempunyai kesan memindahkan pemilikan dan hendaklah memindahkan pemilikan manfaat takaful yang kena dibayar itu kepada penama itu atas kematian peserta takaful itu dan manfaat sedemikian yang dipindahkan tidak menjadi sebahagian daripada harta pusaka peserta takaful yang mati itu atau tertakluk kepada hutangnya.
 
2. Hibah Amanah
 
Hibah amanah bermaksud pemberian harta kepada sesiapa yang dikehendaki dengan persetujuan penerima hibah. Pemberi hibab boleh menukar nama penerima hibab pada bila-bila masa selagi kedua-duanya masih hidup dengan syarat perlu dapatkan persetujuan penerima hibab yang terdahulu. Pemberi hibah diamanahkan untuk pastikan harta yang telah dihibah diserahkan kepda waris mengikut faraid sekiranya penerima hibab meninggal dunia terlebih dahulu.

Konsep hibah amanah adalah sama dengan hibah bersyarat. Bezanya, Hibah Amanah kita kehilangan sebahagian dari kawalan terhadap harta yang diberi kecuali kepada anak dan cucu.
 
Contohnya:
Suami memberi hartanya secara hibah kepada isterinya. Isterinya bersetuju menerimanya. Sekiranya suatu hari nanti suaminya ingin memberi harta yang telah diberi kepada isterinya kepada orang lain (atas sebab-sebab tertentu). Suami tersebut perlu meminta izin dari isterinya terlebih dahulu.
 
Diharap agar entri ini dapat memberi pendedahan awal kepada anda tentang Hibah.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan