Ahad, 9 Ogos 2020

Kembara Mencari Jodoh (Bahagian 1)

 Iklan Cari Jodoh tilljannah.my

Kembara Mencari Jodoh bermula…

Percubaan Kali Pertama
(Sept 2016 - Jan 2017)

Hanya seorang calon sahaja yang sudi berjumpa dengan saya pada percubaan kali pertama. Syukur ada jugalah calon. Maklumlah ini kali pertama mencuba. Saya panggilan calon ini dengan gelaran Cik A. Lokasi pertemuan pertama adalah di Kajang. Datang sini pun sebab hendak makan sate Kajang.

Ini pengalaman kali pertama saya bertemujanji dengan anak dara orang. Berdua-duaan pula itu. Maklumlah saya ini seorang pemalu dan tidak terkenal. Mana nak dapat pengalaman begini. Nikmatilah ia sebaik mungkin.

Dan keputusannya adalah…

Fikir Dulu

Sementara itu, sesi pertemuan lain diteruskan bagi membina keserasian, keselesaan dan sebagainya. Sebanyak 7 kali pertemuan berjaya dibuat dan melibatkan sehingga ke Fasa 3. Sebelum keputusan terakhir diambil.

08/01/2018: The Mines Shopping Mall

Ringkasanya adalah seperti berikut…

Aktiviti:
Menonton wayang, berjalan di taman, mengunjungi expo dan galeri dan memanjat dinding.

Lokasi:

Kali Pertama (Kali Ke 1)
Komuter Kajang
 
Kali Kedua (Kali Ke 2)
Mid Valley Megamall
 
Kali Kedua (Kali Ke 3)
The Mines Shopping Mall
 
Kali Ketiga (Kali Ke 4)
Galeri Petronas
KLCC Park
Petrosains
Suria KLCC
 
Kali Keempat (Kali Ke 5)
KL Central
Nu Central

Kali Kelima (Kali Ke 6)
Mid Valley Megamall
Taman Cabaran @ Putrajaya

Kedai Makan:

Sate Kajang (Kali Ke 1)
Kedai Magnum (Kali Ke 2)
Foodcourt @ Suria KLCC (Kali Ke 4)
Kelly Rogers (Kali Ke 5)
Foodcourt @ Mid Valley Megamall (Kali Ke 6)

09/02/2017: Petrosains
29/07/2017: Taman Cabaran @ Putrajaya

Oleh kerana pada ketika ini, keputusan masih belum lagi dibuat. Maka bermulalah sesi Percubaan kali kedua yang akan saya kongsikan di entri dibawah.

Kembara Mencari Jodoh (Bahagian 2)


Tiada ulasan:

Catat Komen