Isnin, 10 Ogos 2020

Kembara Mencari Jodoh (Bahagian 2)

 

Kembara Mencari Jodoh diteruskan…

Percubaan Kali Kedua
(Feb-Apr 2017)

Terdapat tiga calon yang sudi berjumpa dengan saya pada percubaan kali kedua ini. Alhamdulillah, Ini satu kemajuan. Saya namakan calon yang ada sebagai Cik B, Cik C dan Cik D.

Kisah Bersama Dengan Cik B


Pertemuan kali pertama adalah di Taman Tasik Ampang Hilir. Terdapat sedikit masalah komunikasi antara saya dengan Cik B semasa menetapkan lokasi pertemuan. Cik B tunggu tempat lain. Saya tunggu ditempat lain. Nasib baik Cik B tidak mengalah awal, kalau tidak memang tidak jumpalah kami hari ini

Saya hanya sempat belanja Cik B sarapan sahaja hari ini (gerai terletak berdekatan dengan taman ini) atas kekangan masa. Macam tidak puas hati pula berborak dengan Cik B kali ini. Banyak yang Cik B kongsikan tentang kisahnya. Seronok dengan kisah perjalanan hidup seseorang ini.

Sayang tidak boleh meluangkan masa yang lebih dengan Cik B kali ini disebabkan saya ada temu janji lain pada waktu petang.

Dan keputusannya adalah... Saya Ditolak  

Keputusan dibuat selepas Cik B maklum ternampak saya bersama perempuan lain (Cik A) di KLCC Park di sebelah petang. Kantoi ber'dating' dengan gadis lain pada sebelah petang. Tidak sangka pula Cik B ada di tempat sama dengan saya. Kerana Cik B maklum akan ke tempat lain pada petang ini. Dah ditakdirkan begini, apa hendak buat. Dah nasib badan.

Walaupun begitu, sempat juga bertemu dengan Cik B buat kali kedua di Tesco Extra Ampang. Waktu malam pula itu. Sempat teman dia balik ke hostel lagi dari Tesco Extra Ampang. Fasa 2 sahaja yang dapat dicapai.

27/08/2017: Tesco Extra Ampang

Kisah Bersama Dengan Cik C

Pertemuan kali pertama adalah di Tesco Kuala Selangor. Sempat jugalah saya berjalan-jalan sekitar Kuala Selangor sebelum bertemu dengan Cik C pada sebelah petang. Tiada apa-apa aktiviti yang dilakukan selain berbual-bual kosong.

Pada permulaannya, saya ingat Cik C ini datang berseorangan. Rupa-rupanya datang berteman. Hanya temannya tidak ada ketika itu bagi membuka peluang kami berbicara. Kira tidak mahu kacaulah. Oleh kerana cuaca tidak mengizinkan, pertemuan ini terpaksa dipendekkan bagi mengelak saya pulang dalam hujan. Jauh lagi hendak balik ini.

Kisah ini tidak berakhir disini. Masih ada peluang kedua lagi. Pertemuan kali kedua dengan Cik C adalah semasa dijemput mengunjungi rumah kakak dia di Kajang. Ini dah sampai fasa ketiga. Macam ada peluang sahaja terutama apabila keluarga Cik B memberi restu. 

Dan keputusannya adalah... krik krik krik (Gagal Lagi)

Nota: 

Hanya selepas bertahun lamanya, baru saya dapat jawapan bahawa saya ditolak (masa itu saya dah selamat nikah pun).

Kisah Bersama Dengan Cik D

Pertemuan kali pertama adalah di Old Town White Coffee di Ipoh, Perak. Ini kali pertama saya mengembara sejauh ini semata-mata ingin bertemu dengan calon.

Sanggup korbankan sedikit masa di waktu pagi untuk berjumpa dengan Cik D sebelum mulakan pengembaraan ke Cameron Highland.


Ringkasanya adalah seperti berikut…


Lokasi:

Kali Pertama (Kali Ke 1)
Jejak Warisan Ipoh

Kali Pertama (Kali Ke 2)

Taman Rekreasi Sultan Abdul Aziz
Ipoh Parade Shopping Mall

Aktiviti:

Kali Pertama (Kali Ke 1)
Berjalan sekitar Jejak Warisan Ipoh.

Kali Pertama (Kali Ke 2)
Larian Kinta 10KRun (Sanggup korbankan larian Menara KL semata-mata ingin ikuti larian ini bersama cik D) serta bermain boling.

Kedai Makan:
Old Town White Coffee @ Ipoh (Kali Ke -1)


Keputusannya adalah.. Krik Krik Krik (Gagal Lagi)

Nota:
Hubungan ini dikira tidak berjaya sekiranya tiada jawapan diberi dalam tempoh 3 hari selepas pertemuan terakhir. Ini janji yang dipersetujui oleh kami sebelum berpisah.

Fasa kedua sahaja yang mampu dicapai. Tak sempat ke fasa tiga walaupun berpeluang ketika diajak ke kenduri keluarga Cik D di Pengkalan Hulu, Perak. Jauh hendak pergi.

Kalau maklum awal lagi bolehlah buat persediaan dahulu. Hendak terus pergi ke sana memang tidaklah. Enam jam perjalanan. Tidak larat hendak tempuhi.

14/05/2017: Ipoh Parade Shopping Center

Semua calon dalam Percubaan Kedua telah berjaya dijumpa dan keputusan pun telah diketahui. Maka bermulalah Percubaan Ketiga yang akan saya kongsikan di entri KembaraMencari Jodoh (Bahagian 3).

Tiada ulasan:

Catat Komen