Selasa, 25 Ogos 2020

Plan Simpanan Jangka Masa Panjang HARMONI @ Etiqa

Jadual Harmoni

Tawaran Istimewa Khas Untuk Anda:

Miliki 0.5 Gram emas Public Gold dengan menyertai mana-mana plan simpanan atau 1 Gram emas Public Gold apabila bersetuju membayar bagi tempoh setahun (bagi tahun pertama).

Jangan Lepaskan Peluang Ini. Tawaran berakhir 31 Disember 2020.


HARMONI

Pengenalan

Harmoni ialan pelan takaful yang menyediakan simpanan patuh shariah dan perlindungan komprehensif bersama dengan manfaat Kad Medikal dengan harga yang berpatutan.

Harmoni memberi ketenangan minda serta fleksibiliti dalam pengurusan kewangan anda tanpa menjejaskan perlindungan Takaful anda.

Ciri-Ciri Utama 


Siapa Layak Menyertai?

Warganegara Malaysia

Umur Kelayakan

Akaun Persendirian

18 Tahun sehingga 60 Tahun


Akaun Perkongsian (Join Account)


Pemilik Sijil (Peserta)

14 Hari sehingga 60 Tahun

Pembayar
19 Tahun sehingga 60 Tahun

Tempoh Matang
10 tahun ke atas (sehingga berumur 88 tahun)

Jumlah Yang Dilindungi
Minimum: RM 10,000.00
Maksimum: Tanpa Had (Tertakluk kepada simpanan tahunan)

Kaedah Pembayaran
Bulanan. Suku Tahun, Setengah Tahun atau Tahunan

 

Nota:

Terdapat dua jenis caruman yang ditawarkan bagi pelan simpanan Harmoni ini iaitu:

 

Caruman Sebanyak RM 100 Sebulan

Berumur antara 19 sehingga 39 tahun

 

Caruman Sebanyak RM 120 Sebulan

Berumur antara 40 sehingga 45 tahun

 

Manfaat Utama
Manfaat Matang

Sekiranya pemegang sijil masih hidup sehingga tarikh matang plan simpanan. Jumlah Simpanan dan Jumlah Dividen akan dibayar terus (dalam bentuk cek) kepada pemegang sijil.

Contoh:

Nama: Ali bin Abu
Umur: 26 tahun (Mengikut tarikh lahir akan datang)
Jantina: Lelaki
Jenis Akaun: Persendirian
Pelan Simpanan: Harmoni
Jumlah Simpanan Bulanan: RM 100 (Simpanan + Manfaat Takaful)
Tempoh Simpanan: 20 tahun
Waris: Aisyah bin Kamaruddin
Manfaat yang diperolehi oleh Ali selepas 20 tahun.

Pekara

RM

Jumlah Simpanan

16,659.00

Jumlah Dividen (4%)

8,885.00

Jumlah Keseluruhan

25,544.00

*Ilustrasi adalah berdasarkan anggaran sahaja

Nota:

1. Jumlah caruman yang dibuat setiap bulan akan dibahagi kepada dua bahagian iaitu bahagian simpanan dan takaful.

2. Caruman untuk simpanan semakin rendah dan caruman untuk takaful akan semakin tinggi mengikut menambahan usia. Jantina juga menjadi penentu selain dari usia.

3. Dalam kes Ali, caruman untuk simpanan adalah sebanyak RM 69.41. Manakala caruman untuk takaful adalah sebanyak RM 30.59

Perlindungan Komprehensif


Manfaat Kematian

Sekiranya berlaku kematian terhadap pemegang sijil sama ada faktor semulajadi atau akibat kemalangan. Pembelanjaan Pengebumian, Jumlah Simpanan dan Jumlah Dividen akan dibayar terus ke waris sekaligus.

Contoh:

Ali meninggal pada tahun ke 10 sijil berkuatkuasa. Aisyah sebagai waris akan memperolehi pampasan sebanyak RM 102,685.00.

Nota:

1. Manfaat kematian hanya akan diberi sehingga pemegang sijil berusia 88 tahun.

2. Jumlah maksimum pampasan mencecah RM 120,000.00 dalam tempoh masa 20 tahun bergantung kepada usia dan jantina pemegang sijil.

Manfaat Hilang Upaya Menyeluruh Dan Kekal (HUMK)

Sekiranya HUMK berlaku terhadap pemegang sijil dan hilang upaya tersebut berterusan sehingga 6 bulan. Jumlah Simpanan dan Jumlah Dividen akan dibayar terus ke waris secara sekaligus.

Nota:

1. Manfaat HUMK hanya akan diberi sehingga pemegang sijil berusia 65 tahun.

2. Jumlah maksimum pampasan mencecah RM 120,000.00 dalam tempoh masa 20 tahun bergantung kepada usia dan jantina pemegang sijil.


Manfaat Elaun Hospital

Elaun penginapan hospital sebanyak RM 50 sehari akan di bayar sehingga 120 hari dalam tempoh setahun.

Contoh:
Ali disahkan menghidap virus covid-19 dan ditahan dihospital selama 30 hari. Ali boleh menuntut elaun hospital selama 30 hari duduk di hospital.

Manfaat Penyakit Kritikal

Apabila anda disahkan menghidap salah satu dari 36 jenis penyakit kritikal. Pampasan sehingga RM 20,000 akan diberi secara terus kepada anda bergantung usia dan jantina semasa polisi diambil.

Manfaat Pengecualian Dari Sumbangan Untuk Penyakit Kritikal

Anda juga akan memperolehi manfaat pengecualian caruman bulanan sepanjang tempoh aktif sijil selepas disahkan menghidap penyakit kritikal. Ini bererti sijil akan terus aktif sehingga tarikh matang.

Perlindungan Tambahan

Pemegang sijil boleh membuat bayaran tambahan (bayaran hangus) ke atas simpanan bulanan bagi mendapatkan perlindungan dengan pilihan Rider.

Berikut adalah pilihan Rider yang ada:

01. Rider Manfaat Kematian dan Hilang Upaya Akibat Kemalangan
02. Rider Indemniti Kemalangan
03. Rider Penyakit Kritikal
04. Rider Pengecualian Sumbangan bagi Penyakit Kritikal
05. Rider Manfaat Tunai Hospital
06. Medical Plus
07. Rider Bertempoh
08. Rider Tambah Nilai Tetap
09. Rider Pengecualian Sumbangan bagi kematian dan HUMK (Pembayar)
10. Rider Manfaat Pendapatan Keluarga

Contoh:

Ali menyimpan secara tetap sebanyak RM 100 sebulan dengan tambahan sebanyak RM 30 sebulan untuk perlindungan tambahan (pilihan Rider). RM 30 yang dibayar oleh Ali tidak dikira sebagai simpanan. Ia adalah bayaran bagi tambahan perlindungan.

Nota:

RM 30 yang dibayar oleh Ali hanya sebagai contoh sahaja. Jumlah sebenar pembayaran bergantung kepada jenis Rider yang diambil.

Sebarang pertanyaan lanjut atau untuk set temujanji untuk berjumpa, boleh hubungi saya melalui maklumat seperti di bawah. Saya sentiasa bersedia membantu anda.



Tiada ulasan:

Catat Komen