Isnin, 28 Jun 2021

Faktor Mempengaruhi Caruman Takaful

Kemaskini pada 02/10/2021

Berikut adalah faktor yang mempengaruhi kadar caruman takaful peribadi seseorang ketika menyertai pelan Takaful.
 
 
1. Umur
 
Umur memainkan peranan penting dalam menentukan jumlah caruman sesebuah pelan Takaful. Lagi muda usia, lagi murah harganya. Jumlah pampasan yang diterima juga lebih tinggi walaupun jumlah caruman adalah sama.
 
Pengecualian diberi kepada pencarum yang berusia di bawah lima tahun. Jumlah pampasan tidak diterima sepenuhnya atas faktor risiko yang tinggi ketika dalam julat usia tersebut.

2. Jantina
 
Jantina peserta juga mempengaruhi jumlah caruman sesebuah pelan Takaful. Wanita membayar caruman lebih rendah berbanding dengan lelaki kecuali dalam julat usia tertentu. Biasanya ketika usia muda.
 
Perbezaan caruman atau pampasan antara lelaki dan wanita akan menjadi makin ketara ketika usia semakin lanjut (tua). Ini menjadi kelebihan bagi wanita dalam melanggan pelan takaful.
 
Maklumlah wanita secara puratanya hidup lebih lama dari lelaki.
 
 
3. Kesihatan
 
Tahap kesihatan seseorang itu amat penting dalam menentukan jumlah caruman atau pampasan yang diterima. Jumlah caruman menjadi lebih rendah ketika masih sihat. Masih tidak menghidap penyakit atau pernah dimasukkan ke hospital.
 
Ambillah pelan takaful ketika masih sihat. Caruman menjadi lebih rendah atau pampasan menjadi lebih tinggi pada ketika itu. Bergantung polisi pelan takaful yang diambil.
 
 
4. Gaya Hidup
 
Sihat sahaja tidak mencukupi. Pencarum perlulah mengamalkan cara hidup yang sihat.
 
Cara yang paling mudah dalam menentukan gaya hidup pencarum adalah melalui ukuran jisim (berat) serta tabiat merokok (merokok ke tidak).
 
Kawal berat badan dan jangan merokok. Itu rahsianya. Supaya kita dapat pampasan yang lebih tinggi dengan caruman yang lebih rendah.
 
 
5. Tempoh Masa
 
Mencarum bagi tempoh yang panjang juga meningkatkan jumlah caruman atau merendahkan jumlah pampasan.
 
Oleh itu, waktu terbaik mencarum ketika mula melangkah kaki ke alam pekerjaan sehingga pencen. (18 sehingga 60 tahun).
 
Inikan tujuan utama Takaful. Menyediakan pampasan sekiranya kita ditimpa musibah ketika berada dalam usia yang mampu bekerja. Kudrat masih kuat. Pemikiran masih tajam.
 
 
6. Jumlah Pampasan
 
Jumlah pampasan juga mempengaruhi secara langsung jumlah caruman yang perlu dibuat oleh peserta.
 
Lagi tinggi pampasan, lagi besar carumannya. Seimbangkan antara jumlah pampasan yang diingini dengan kemampuan membayar secara konsisten sehingga tempoh matang. Takaful inikan satu komitmen yang lama.
 
 
7. Pekerjaan
 
Jenis pekerjaan juga diambil kira ketika menentukan pampasan atau caruman bulanan dalan pelan Takaful. Terdapat beberapa kategori pekerjaan telah ditetapkan merujuk tahap risiko.
 
Lagi tinggi risiko kemalangan atau menghidap penyakit ketika bekerja, lagi rendah pampasannya, bahkan kemungkinan permohonan ditolak lebih tinggi walaupun umur muda atau tahap kesihatan memuaskan.
 
Walaupun permohonan berjaya sekalipun, caruman akan menjadi lebih tinggi dari biasa atas risiko yang terpaksa ditanggung oleh pengendali Takaful ketika menerima permohonan.

Berikut adalah kategori pekerjaan mengikut risiko:
 
Kelas
Jenis Pekerjaan
1
Pekerjaan professional seperti doktor, peguam, pekerja dalam bidang pentadbiran & pengurusan. Pekerjaan yang melibatkan pentadbiran yang bekerja dalam pejabat atau kawasan selamat.
2
Apa-apa jenis pekerjaan professional, pengurusan, pentadbiran dan kerani yang melibatkan bahagian jualan dan perlu membuat perjalanan dan pekerja di tapak binaan seperti kontraktor, jurutera dan sebagainya.
3
Pekerjaan yang melibatkan penggunaan mesin dan peralatan seperti Foreman dan sebagainya.
4
Pekerjaan yang melibatkan penggunaan mesin dan peralatan yang berat dan besar. Pekerja yang terlibat dalam industri melibatkan pencemaran seperti pemandu lori atau pemandu kren.
 
Nota:
Risiko paling rendah adalah pada kelas 1 dan risiko paling tinggi adalah pada kelas 4.
 
 
Penentuan caruman atau pampasan dalam pelan Takaful ditentukan berdasarkan kombinasi semua faktor yang telah dikongsi di atas.
 
Waktu terbaik mencarum dalam pelan Takaful adalah ketika masih muda, ketika masih sihat dan ketika bujang. Fungsi utama takaful adalah bagi menguruskan risiko yang tak pasti dalam kehidupan dengan cara menyediakan sedikit pampasan untuk diri atau waris terdekat.
 
Jadi kaya itu penting tetapi tidak jatuh miskin adalah jauh lebih penting.   
 
Sebarang pertanyaan lanjut atau untuk set temujanji untuk berjumpa, boleh hubungi saya melalui maklumat seperti di bawah. Saya sentiasa bersedia membantu anda.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan