Jumaat, 4 Disember 2020

Perlindungan Asas Dalam Takaful


Entri kali ini saya kongsikan kepada anda maklumat berkaitan perlindungan asas dalam Takaful. Terdapat 4 kategori perlindungan iaitu:
 
1. Kematian
2. Hilang Upaya Menyeluruh Dan Kekal (HUMK)
3. Penghospitalan
4. Penyakit Kritikal

Perlindungan 1: Kematian
 
Kematian boleh dibahagi kepada dua kategori iaitu (1) Kematian Semulajadi dan (2) Kematian Mengejut.
 
Kematian Semulajadi merujuk kematian akibat sakit tua atau sebarang penyakit yang boleh meragut nyawa.
 
Kematian Mengejut merujuk kematian yang berlaku secara tiba-tiba seperti dibunuh, kemalangan jalan raya, dihempap objek berat dan sebagainya.
 
Manfaat Kematian
Pembayaran pampasan mengikut jumlah yang ditetapkan diberi kepada penama (waris) apabila pemegang sijil meninggal dunia.
 
Bagi pemegang sijil berumur 5 tahun ke bawah. Pembayaran pampasan adalah mengikut peratusan seperti di bawah. Terhad kepada Jumlah Dilindungi sahaja.
 

Umur Pada Hari Lahir Berikut

Peratusan Jumlah Agregat Yang Dilindungi

1

20%

2

40%

3

60%

4

80%

5 dan ke atas

100%

 
Risiko-Risiko Yang Dikecualikan Bagi Kematian Akibat Kemalangan
Pengendali Takaful tidak akan membayar Manfaat kematian akibat kemalangan jika kematian berlaku disebabkan oleh mana-mana daripada yang berikut:
 
1. Penyertaan dalam apa-apa perbuatan jenayah, rusuhan, kekecohan awam, pemberontakan, perang (sama ada diisytiharkan atau tidak, revolusi atau apa-apa operasi perang, tindakan musuh luar, apa-apa tindakan keganasan dan perang kimia.
2. Terlibat dalam apa-apa sukan atau hobi berbahaya seperti (tetapi tidak terhad kepada) perlumbaan kuda berhalangan, polo, berlumba kuda, menyelam bawah air, berburu, perlumbaan kenderaan bermotor, mendaki gunung atau aktiviti kembara gua.
3. Penyertaan dalam apa-apa bentuk penerbangan (kecuali sebagai penumpang yang membayar tambang atau anak kapal dalam perjalanan biasa yang dikendalikan oleh sistem penerbangan komersil), atau sukan udara seperti (tetapi tidak terhad kepada) terjun udara, sukan payung terjun, terjun bungee, luncur gantung dan aktiviti menaiki belon.
4. Kecederaan diri yang disengajakan atau bunuh diri atau cubaan bunuh diri, kecuali dibuktikan tidak siuman.
5. Kecederaan atau penghospitalan akibat penagihan dadah, atau semasa di bawah pengaruh alcohol.
6. Provokasi fizikal dan ganas oleh mana-mana Orang Dilindungi, membawa kepada tindak balas yang sama yang membawa kepada kecederaan fizikal atau kematian.
7. Sakit atau apa-apa jenis penyakit yang disebabkan oleh jangkitan bakteria atau pembentukan nanah, selain daripada apa yang berlaku melalui kemalangan sewaktu memotong atau luka.
8. Penyedutan racun, gas atau asap sama ada secara sukarela atau dipaksa
 
Notis Tuntutan Akibat Kematian perlu disertakan secara bertulis kepada pengendali Takaful dalam tempoh 30 hari dari tarikh kematian.
 
 
Perlindungan 2: Hilang Upaya Menyeluruh Dan Kekal (HUMK)
 
Hilang Upaya Menyeluruh Dan Kekal (HUMK) boleh didefinasikan sebagai salah satu daripada berikut:
 
1. Hilang upaya yang menyebabkan orang dilindungi tidak berupaya melakukan apa-apa kerja, pekerjaan atau profesion untuk mendapatkan upah, pampasan dan keuntungan, semata-mata disebabkan oleh kemalangan, penyakit atau sakit, sepanjang hidup orang dilindungi.
 
2. Hilang upaya yang menyebabkan orang dilindungi tidak berupaya melakukan sekurang-kurangnya 3 daripada 6 aktiviti kehidupan harian seperti dalam jadual di bawah.
 

Beralih Tempat

Keupayaan untuk duduk dan bangun dari kerusi tanpa memerlukan bantuan fizikal.

Pergerakan

Keupayaan untuk bergerak dari satu bilik ke satu bilik tanap memerlukan apa-apa bantuan fizikal.

Kontinens

Keupayaan untuk mengawal secara spontan fungsi usus dan pundi kencing untuk menjaga kebersihan diri.

Memakai Pakaian

Keupayaan untuk memakai dan menanggalkan semua pakaian yang perlu tanpa memerlukan bantuan fizikal daripada orang lain.

Mandi / Membersihkan Diri

Keupayaan untuk membersihkan diri atau mandi tanpa memerlukan bantuan fizikal daripada orang lain.

Makan

Keupayaan untuk memasukkan makanan ke dalam mulut tanpa memerlukan apa-apa bantuan fizikal, setelah makanan disediakan.

 
3. Berdasarkan Andaian.
Apabila orang dilindungi, tanpa mengambil kira umur atau keupayaan memperolehi pendapatan, mengalami mana-mana kehilangan seperti di bawah.
 
Hilang penglihatan kedua-dua belah mata secara menyeluruh dan tidak dapat pulih; atau
Hilang dua anggota badan atau lebih, setiap satunya sebelah atas pergelangan tangan atau pergelangan kaki; atau
Hilang penglihatan sebelah mata secara menyeluruh dan tidak dapat pulih dan hilang satu anggota badan pada atau sebelah atas pergelangan tangan atau pergelangan kaki.
 
Tarikh HUMK ialah tarikh orang dilindungi mula mengalami hilang upaya menyeluruh dan kekal, seperti yang dinyatakan mengikut definisi di atas.
 
Notis Tuntutan HUMK perlu disertakan secara bertulis kepada pengendali Takaful selepas enam bulan dari tarikh kejadian menyebabkan HUMK.
 
Pengecualian
Pengendali Takaful tidak akan membayar Manfaat HUMK atau mengetepikan apa-apa sumbangan jika HUMK berlaku disebabkan oleh:
 
1. Penyertaan dalam apa-apa perbuatan jenayah, rusuhan, kekecohan awam, pemberontakan, perang (sama ada diisytiharkan atau tidak, revolusi atau apa-apa operasi perang, tindakan musuh luar, apa-apa tindakan keganasan dan perang kimia.
2. Terlibat dalam apa-apa sukan atau hobi berbahaya seperti (tetapi tidak terhad kepada) perlumbaan kuda berhalangan, polo, berlumba kuda, menyelam bawah air, berburu, perlumbaan kenderaan bermotor, mendaki gunung atau aktiviti kembara gua.
3. Penyertaan dalam apa-apa bentuk penerbangan (kecuali sebagai penumpang yang membayar tambang atau anak kapal dalam perjalanan biasa yang dikendalikan oleh sistem penerbangan komersil), atau sukan udara seperti (tetapi tidak terhad kepada) terjun udara, sukan payung terjun, terjun bungee, luncur gantung dan aktiviti menaiki belon.
4. Kecederaan diri yang disengajakan atau bunuh diri atau cubaan bunuh diri, kecuali dibuktikan tidak siuman.
5. Kecederaan atau penghospitalan akibat penagihan dadah, atau semasa di bawah pengaruh alcohol.
6. Jangkitan Virus Kurang Daya Tahan Penyakit Manusia (HIV), Sindrom Kurang Daya Tahan Penyakit (AIDS) dana apa-apa keadaan yang berkaitan dengan AIDS.
7. Melakukan atau cuba melakukan apa-apa tindakan yang menyalahi undang-undang.
 
Bagi pemegang sijil berumur 5 tahun ke bawah. Pembayaran pampasan adalah mengikut peratusan seperti di bawah. Terhad kepada Jumlah Dilindungi sahaja.
 

Umur Pada Hari Lahir Berikut

Peratusan Jumlah Agregat Yang Dilindungi

1

20%

2

40%

3

60%

4

80%

5 dan ke atas

100%

 
 
Perlindungan 3: Penghospitalan
 
Manfaat Penghospitalan adalah manfaat yang disediakan oleh pengendali Takaful kepada pemegang sijil dalam bentuk bayaran bil hospital dan elaun wad bergantung had yang ditetapkan,
 
Had Penghospitalan terdiri kepada dua jenis iaitu Had Tahunan dan Had Seumur Hidup.
 
Had Tahunan adalah had maksimum pembayaran bil hospital oleh pengendali Takaful dalam tempoh setahun. Had ini akan diperbaharui setiap tahun sepanjang sijil aktif.
 
Had Seumur Hidup adalah had maksimum pembayaran bil hospital oleh pengendali Takaful sepanjang hidup pemegang sijil. Pemegang sijil tidak akan dapat menggunakan kemudahan ini lagi apabila peruntukan telah mencapai tahap ditetapkan.
 
Elaun Penginapan Hospital adalah elaun yang diberi oleh pengendali Takaful mengikut bilangan hari pemegang sijil menetap dalam wad hospital. Terhad sehingga 120 hari sahaja dalam setahun.
 
Perlindungan 4: Penyakit Kritikal
 
Apabila pemegang sijil disahkan menghadapi salah satu dari Penyakit Kritikal (mengikut jadual yang ditetapkan). Pengendali Takaful akan membayar pampasan kepada pemegang sijil mengikut jumlah yang ditetapkan.
 
Senarai 36 penyakit kritikal yang dilindungi oleh pelan Etiqa:
 
01. Alzheimer's Disease/ Severe Dementia                 
02. Angioplasty and other invasive treatments for coronary artery disease
03. Bacterial Meningitis - resulting in permanent inability to perform Activities of Daily Living
04. Benign Brain Tumor – of specified severity                    
05. Blindness – Permanent and Irreversible              
06. Brain Surgery                   
07. Cancer – of specified severity and does not cover very early cancers
08. Cardiomyopathy – of specified severity              
09. Chronic Aplastic Anemia - resulting in permanent Bone Marrow Failure
10. Coma – resulting in permanent neurological deficit with persisting clinical symptom    
11. Coronary Artery By-Pass Surgery                       
12. Deafness – Permanent and Irreversible               
13. Encephalitis – resulting in permanent inability to perform Activities of Daily Living
14. End-Stage Liver Failure               
15. End-Stage Lung Disease             
16. Fulminant Viral Hepatitis            
17. Heart Attack – of specified severity
18. Heart Valve Surgery
19. Kidney Failure – requiring dialysis or kidney transplant             
20. Loss of Speech                 
21. Major Head Trauma – resulting in permanent inability to perform Activities of Daily Living   
22. Major Organ / Bone Marrow Transplant              
23. Medullary Cystic Disease            
24. Motor Neuron Disease – permanent neurological deficit with persisting clinical symptoms      
25. Multiple Sclerosis             
26. Muscular Dystrophy                    
27. Occupationally Acquired Human Immunodeficiency Virus (HIV) Infection                
28. Paralysis of limbs             
29. Parkinson's Disease – resulting in permanent inability to perform Activities of Daily Living
30. Primary Pulmonary Arterial Hypertension – of specified severity                      
31. Serious Coronary Artery Disease             
32. Stroke – resulting in permanent neurological deficit with persisting clinical symptoms 
33. Surgery to Aorta              
34. Systemic Lupus Erythematosus With Severe Kidney Complications                 
35. Terminal Illness                
36. Third Degree Burns – of specified severity
 
Tempoh Bertenang bagi manfaat penyakit kritikal adalah dalam tempoh 30 hari. Ini bererti sebarang tuntutan yang dilakukan kurang dari 30 hari tidak akan diluluskan dengan anggapan penyakit itu telah wujud sebelum sijil berkuatkuasa.

Entri Berkaitan:
Pelan Simpanan Jangka Masa Panjang
 
Sebarang pertanyaan lanjut atau untuk set temujanji untuk berjumpa, boleh hubungi saya melalui maklumat seperti di bawah. Saya sentiasa bersedia membantu anda.



 

Tiada ulasan:

Catat Komen