Isnin, 30 November 2020

Dari Penyimpan Ke Usahawan Emas

Dari Penyimpan Ke Usahawan Emas

Pelaburan emas suatu pelaburan yang unik. Ia boleh dibahagikan kepada tiga peringkat iaitu penyimpan, pelabur dan peniaga emas.

Setiap peringkat dinilai berdasarkan potensi keuntungan yang boleh diperolehi dalam tempoh masa yang singkat. Lagi tinggi peringkat, lagi masyuk potensi keuntungannya dan lagi pendek tempoh masa menjana keuntungan.

Berikut adalah peringkat yang boleh dicapai dalam pelaburan emas:

Peringkat 1: Penyimpan Emas
Keuntungan paling rendah. Tempoh masa paling panjang. Tahap kesukaran paling rendah.

Peringkat 2: Pelaburan Emas
Keuntungan sederhana. Tempoh masa agak panjang. Tahap kesukaran sederhana.

Peringkat 3: Peniaga Emas
Keuntungan paling tinggi. Tempoh masa paling pendek. Tahap kesukaran paling tinggi.

Mudah sahaja hendak capai peringkat ketiga ini. Asalkan ada duit ditangan sudah memadai. Lagi banyak duit, lagi cepat anda sampai ke peringkat ketiga.

Kalau tidak memiliki duit yang banyak bagaimana? Jangan risau. Ada jalan lain yang boleh kita diikuti. Perjalanan yang jauh dan penuh dengan rintangan serta cabaran.

Mari kita ikuti perjalanan epik ini. Perjalanan seorang Penyimpan Emas Ke Usahawan Emas.

Kisahnya Bermula...
Ini Kisah Ali (bukan nama sebenar)
 
Seorang Penyimpan Emas
 
Ali memiliki kesedaran yang tinggi dalam pengurusan kewangan peribadi. Semenjak dari kecil lagi Ali telah didedahkan dengan ilmu pengetahuan serta amalan daripada keluarga. Ali sedar menyimpan sahaja tidak mencukupi tanpa melabur simpanan yang ada. Maka Ali pun mencari pelaburan yang sesuai dengan jiwanya.
 
Ali menilai setiap pelaburan mengikut garis panduan yang ditetapkan. Berikut adalah ciri-ciri yang dicari.
 
Ciri-Ciri:
1. Pelaburan berisiko rendah dengan pulangan yang memuaskan
2. Pelaburan yang mudah difahami dan diurus.
3. Pelaburan dengan kadar kecairan yang tinggi.
4. Pelaburan dengan kos permulaan yang rendah.
5. Pelaburan yang sesuai dengan jiwa.
 
Setelah menilai semua jenis pelaburan yang ada. Akhirnya Ali memilih melabur dalam emas.
 
Cabaran seterusnya adalah memilih jenama emas yang sesuai. Maklumlah terdapat pelbagai jenama yang ada dipasaran. Hasil pencarian mendapati emas jenama Public Gold adalah yang terbaik dari pelbagai segi.
 
Entri Berkaitan:
Faktor-Faktor Yang Perlu DipertimbangkanSebelum Membeli Emas
 
Ali sasarkan untuk membeli emas 1 gram setiap bulan. Ada dua pilihan untuk membeli emas di Public Gold. Sama ada melalui akaun GAP atau beli secara terus (runcit). Ali memilih membuat simpanan emas melalui akaun GAP kerana beberapa faktor.
 
Faktor:
1. Harga pergram yang jauh lebih murah
2. Emas disimpan secara percuma oleh Public Gold
3. Ali boleh memilih produk emas yang diingini dikemudian hari
4. Urusan jual beli lebih mudah dan selamat
 
Maka Ali pun secara rasmi menjadi seorang penyimpan emas. Menuju ke peringkat seterusnya. Pelabur Emas.
 
Seorang Pelabur Emas
Ali secara rasmi telah pun menjadi penyimpan emas saat mula membeli emas Public Gold walaupun hanya sekadar RM 100. Tapi dalam cerita ini, Ali memilih membeli 1 gram sebulan. Ini bagi memastikan simpanan gram emas dalam akaun GAP Ali genap (tiada titik perpuluhan).

Ali seorang yang berfikiran jauh. Ali ingin menjadi seorang pelabur emas yang merdeka. Ali meluangkan masa membaca buku tentang emas seperti buku Wang Emas karya encik Zulkifli Shafie, Menyingkap Rahsia Pelaburan Emas karya encik Syukor Hashim & beberapa buah buku berkaitan topik ini.

Melalui pembacaan. Ali mendapati terdapat dua pilihan yang boleh diambil iaitu melabur dalam jangka masa pendek atau melabur dalam jangka masa yang panjang. Jangka masa pendek merujuk dalam tempoh setahun. Jangka masa panjang merujuk dalam tempoh lebih dari setahun.

Melabur dalam jangka masa pendek menuntut strategik yang berbeza berbanding melabur dalam jangka masa panjang. Ia memerlukan modal yang besar & waktu sesuai bagi memastikan pulangan maksimum diterima dalam tempoh masa yang paling singkat. Waktu sesuai bermaksud membeli emas ketika harga diparas terendah, menjual kembali pada ketika harga diparas tertinggi.

Melabur dalam jangka masa panjang pula menuntut pembeli membeli secara konsisten tidak kira ketika harga naik atau pun turun. Dengan mengamalkan strategik ini. Pelabur emas dapat memastikan purata harga emas yang dibeli berada diparas pertengahan. Tidak terlalu mahal.

Oleh kerana Ali tidak memiliki modal yang banyak. Maka Ali memilih untuk melabur dalam tempoh masa yang panjang. Ali mengamalkan teknik pemurataan harga. Dengan teknik ini Ali dapat mengetahui dengan jelas ketika harga emas mahal atau pun murah.
 
Beli emas ketika harga mahal. Borong emas ketika harga murah. Teknik ini juga membantu Ali mengenalpasti waktu yang sesuai untuk menjual kembali emas yang dimiliki tanpa rugi.

Ali hanya menjual kembali emas yang dimiliki ketika matlamat tercapai atau ketika ingin membeli aset lain seperti rumah atau tanah.

Ke peringkat terakhir. Usahawan Emas.
 
 
Seorang Usahawan Emas
 
Ali menyedari bahawa menjadi usahawan emas jauh lebih menguntungkan berbanding menjadi penyimpan atau pelabur emas.
 
Perbezaan antara penyimpan, pelabur & peniaga terletak pada kepantasan menjana keuntungan melalui prinsip beli murah jual mahal. Walau pun begitu, tahap kesukaran menjana keuntungan menjadi lebih sukar. Lagi cepat untung, lagi tinggi cabarannya.
 
Menjadi Dealer Public Gold dapat membantu Ali menjimatkan lagi kos pembelian emas jenama Public Gold.
 
Ali agak terkejut mengetahui bahawa status dealership Public Gold adalah percuma. Hanya perlu memenuhi syarat yang ditetapkan oleh Public Gold dalam promosi semasa.
 
Secara umumnya, terdapat tiga jenis promosi iaitu:
1. Promosi Harian
2. Promosi Bulanan
3. Promosi Tahunan
 
Setiap promosi terbahagi kepada dua tahap iaitu:
1. Normal Dealer
2. Priority Dealer
 
Hanya promosi tahunan sahaja yang meliputi tahap ke tiga iaitu:
3. Master Dealer
 
Entri Berkaitan:
3 Saluran Untuk Menjadi Dealer Public Gold
 
Oleh kerana Ali tidak mempunyai modal yang banyak untuk membeli emas mengikut jumlah yang ditetapkan. Ali memilih menjadi Normal Dealer mengikut promosi tahunan.
 
Terdapat dua cara menjadi Normal Dealer iaitu:
 
Cara Pertama:
Beli mengikut jumlah yang ditetapkan dalam promosi.

Cara Kedua:
Daftar seramai 50 orang pelanggan dalan tempoh 3 bulan pertama saat menerima PG Kod.
 
Ali memilih cara kedua disebabkan ia tak melibatkan modal langsung. Apa yang Ali perlu lakukan adalah mencari 50 orang pelanggan dalam tempoh masa tersebut. Pastikan semua pelanggan mendaftar menggunakan pautan Ali.
 
Katakan Ali gagal memenuhi syarat tersebut. Pilihan seterusnya adalah dengan memilih cara pertama. Ali mendapati jumlah pembelian emas terendah untuk melayakkan diri menjadi Dealer Public Gold adalah melalui promosi harian yang diadakan dalam seminar Public Gold.
 
Ali pun mengambil peluang menjadi Dealer Public Gold di seminar Public Gold yang dijalankan setiap hari jam 8.30 malam di FB Page Public Gold International (isnin hingga jumaat).
 
Ali kini seorang usahawan emas. Ini hanyalah suatu permulaan. Perjalanan masih jauh untuk menjadi seorang Dealer Public Gold yang berjaya.
 
Berakhirlah kisah Ali.
 
 
Yang menulis,
 
Mohd Faiz bin Abdul Manan
Dealer Public Gold

Tiada ulasan:

Catat Komen