Jumaat, 26 Januari 2018

7 Peringkat Dalam Pengurusan Kewangan (6. Penyucian)

7 Peringkat Dalam Pengurusan Kewangan (6. Penyucian)
Sumber: Yahoo Image
Penyucian harta adalah proses memulangkan kembali sedikit pendapatan yang diperolehi untuk kepentingan awam mengikut syarat-syarat yang ditetapkan.

Terdapat 2 kategori dalam proses penyucian iaitu yang Wajib dan Sunat. 


  1. Wajib
Pengeluaran harta secara paksa yang diwajibkan keatas setiap individu yang telah memenuhi syarat kelayakkan. Jumlah yang perlu dikeluarkan dari harta yang ada telah ditetapkan.

            Ia terbahagi kepada dua bahagian iaitu: 

(a)    Zakat (Khas Untuk Orang Islam Sahaja)
-        Bermaksud mengeluarkan harta tertentu diberikan kepada asnaf-asnaf yang berhak menerimanya setelah memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan oleh syarak.
-        Terdapat 10 kategori zakat iaitu Zakat Fitrah, Zakat Pendapatan, Zakat Simpanan, Zakat Perniagaan, Zakat KWSP, Zakat Saham, Zakat Emas dan Perak, Zakat Pertanian, Zakat Penternakan dan Zakat Takaful.

(b)   Cukai (Semua Warganegara)
-        Bermaksud biaya yang dibayar oleh individu atau syarikat kepada pemerintah atas pendapatan yang diperolehi.
-        Terdapat pelbagai jenis cukai. Antaranya Cukai Pendapatan, Cukai Korporat@Syarikat, Cukai Barang & Perkhidmatan (GST), Cukai Pintu dan sebagainya.

  1. Sunat
Bermaksud pengeluaran harta secara sukarela bagi membantu insan yang memerlukan. Tiada jumlah minimum yang ditetapkan, Ia bergantung kepada individu itu sendiri.

Ia terbahagi kepada dua bahagian iaitu: 

(a)    Derma/ Sedekah
-          Sumbangan ikhlas daripada seseorang untuk diberikan kepada seseorang yang lain.

(b)   Wakaf

-         Apa-apa harta yang ditahan hak pewakaf ke atas harta tersebut daripada sebarang urusan jual beli, pewarisan, hibah dan wasiat di samping mengekalkan sumber fizikalnya, untuk kebajikan dengan niat untuk mendekatkan diri pewakaf kepada Allah s.w.t.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan