Rabu, 27 September 2017

Mid Valley Megamall

Midvalley Megamall
Sumber: Yahoo Image

Lokasi:
Mid Valley Megamall

Alamat:
Mid Valley City,
Lingkaran Syed Putra,
59200 Kuala Lumpur.

Waktu Operasi:
10.00 pagi - 10.00 malam (Setiap Hari)
 
Alamat Sesawang:
http://www.midvalley.com.my/
 
Tarikh Lawatan:
03 Disember 2016 (Kali Ke-1)
29 Julai 2017 (Kali Ke-2)
31 Ogos 2020 (Kali Ke-3)
 
Mid Valley Megamall, hypermarket pertama yang dikunjungi dalam pengembaraan solo ini.
 
Antara aktiviti yang dilakukan disini adalah:
1. Bermain Boling
2. Melawat Pameran Perabot
3. Berjalan-Jalan
4. Makan Tengah Hari Di ‘Foodcourt’
5. Menonton Wayang
6. Merasai Aiskrim Di Kedai Magnum
 
Bagi lawatan kali kedua, Mid Valley Megamall dipilih untuk makan tengah hari disebabkan ia berdekatan dengan stesen komuter selepas memanjat dinding Taman Cabaran Putrajaya.
 
Mid Valley Megamall menjadi lokasi persinggahan seterusnya (bagi lawatan kali ketiga) selepas mengunjungi Tugu Peringatan Negara Malaysia (Tugu Negara).


03/12/2016: Bangunan Apakah Ini?
03/12/2016: Stesen Komuter

03/12/2016: Permandangan Di Salah Satu Pintu Masuk Mid Valley Megamall

03/12/2016: Musim Manyambut Hari Natal
03/12/2016: Kali Kedua Merasa Makan Ais Krim Magnum Di Kedai Magnum



31/08/2020: Sudah Lama Tidak Kunjungi Pusat Membeli-belah Ini

31/08/2020: Promosi Punya Pasal. Termakan Kek Di Secret Recipe

Mid Valley Megamall adalah antara pusat membeli-belah yang terbesar dilembah klang. Perjalanan kali ini mengambil masa selama 7 jam bermula dari pukul 1 petang hingga 8 malam.
 
Selepas menjamu selera bersama teman (lawatan keli kedua), perjalanan diteruskan bersendiri menuju ke Bangi Gateway.
 
Mid Valley Megamall menjadi lokasi terakhir yang dikunjungi pada hari ini. Tiba masa untuk pulang. Asalnya hendak pulang menaiki komuter tetapi disebabkan perlu menunggu sehingga sejam. Maka keputusan diambil untuk menaiki LRT. Kena lalui The Gardens Mall pula. Jauh juga hendak berjalan ini.
 
 
 
Mohd Faiz bin Abdul Manan
Catatan Seorang Kembara

Tiada ulasan:

Catat Komen