Khamis, 7 September 2017

Taman Botani Negara Shah Alam


Lokasi:
Taman Botani Negara Shah Alam

Alamat:
Bukit Cahaya Seri Alam,
40000 Shah Alam, 

Selangor.

Waktu Operasi:
7.30 pagi - 5.00 petang (Selasa - Ahad)
Tutup: Isnin (Kecuali Cuti Umum)

Harga Tiket:

Tiket Masuk:
RM 3 (Dewasa dari 12 tahun hingga 54 tahun)
RM 1 (Warga Emas dari 55 tahun ke atas)
RM 1 (Kanak-Kanak dari 6 hingga 11 tahun)
Percuma (OKU/Rumah Anak Yatim/Kanak-Kanak Bawah 6 tahun)


Caj Tempat Letak Kenderaan:
RM 3 (Kereta/Van)
RM 1 (Motosikal
RM 5 (Bas/Lori)

Alamat Sesawang:
http://tbnsa.gov.my/en/web/guest/home


Tarikh Lawatan:
16 Oktober 2016 (Kali Ke-1)
06 November 2016 (Kali Ke-2)
31 December 2017 - 1 Januari 2018 (Kali Ke-3) 

Lokasi Persinggahan:
Empangan Air Kuning
Kampung Idaman
Ladang Buah Buahan Tropika
Laman Konservasi Herba & Tanaman Ubatan
Rumah Iklim Sederhana Empat Musim
Taman Haiwan
Taman Hiasan
Taman Kaktus
Taman Padi
Taman Rempah Ratus & Minuman

Aktiviti Rekreasi
ATV Adventure Ride Park
Glow Night Run & Camp 2017

Lokasi lawatan hari ini bermula dengan melawat Taman Botani Shah Alam dengan berjalan kaki. Kawasan yang diterokai meliputi dari pintu masuk ke Empangan Air Kuning. Perjalanan mengambil masa lebih 2 jam bermula dari pintu masuk menuju ke empangan dan kembali semula ke pintu masuk. Perjalanan amat mencabar disebabkan struktur jalan yang berbukit bukau ditambah dengan cuaca yang panas.

Lawatan kali kedua (06/11/2016) pula meliputi laluan ke taman buah-buahan. Kali ini mod perjalanan menggunakan basikal bagi memudahkan perjalanan. Hanya perlu bayar RM 15 untuk sewa basikal selama sejam dan caj tambahan dikenakan mengikut jam. Oleh kerana laluan berbukit bukau, kebanyakkan masa hanya menolak basikal semasa naik. Hanya mengayuh ketika jalan mendatar dan turun bukit.

Disini juga menjadi lokasi larian Glow Night Run & Camp 2017 yang diadakah sempena sambutan tahun baru 2018. Pada keesokkannya aktiviti diteruskan dengan melawat Rumah Iklim Sederhana Empat Musim, menunggang kenderaan ATV di ATV Adventure Ride Park, singgah sebentar di Empangan Air Kuning dan Taman Kaktus sebelum berangkat pulang.

16/10/2017: Panduan Untuk Pelawat
06/11/2017: Basikal Yang Disewa Untuk Memudahkan Pergerakan

06/11/2017: Hanya Mampu Sampai Disini (Laluan Ke Puncak Bukit Sapu)


31/12/2017: Di Pintu Utama


01/01/2018: Taman Kaktus

Secara keseluruhan, perjalanan ini amat meletihkan disebabkan jarak antara lokasi tumpuan adalah jauh terutama sekiranya ingin melawat ke hujung jalan dengan hanya berjalan kaki. Perjalanan ini diteruskan menuju ke Taman Lembah Bukit SUK Shah Alam.

Bagi lawatan kali kedua, lokasi seterusnya adalah Laman Seni 7 Shah Alam.

Mohd Faiz bin Abdul Manan
Catatan Seorang Kembara