Khamis, 14 September 2017

Bukit Saga

Bukit Saga

Lokasi:
Bukit Saga

Aktiviti:
Mendaki

Alamat:
Jalan Saga 28, Taman Saga,
68000 Ampang Jaya,
Kuala Lumpur

Waktu Operasi:
Tiada had masa yang ditetapkan

Taraf Kesukaran:
Sederhana ke Susah

Tarikh Lawatan:
12 November 2016

Kembara hari ini bermula dengan mendaki Bukit Saga secara solo yang terletak dalam kawasan Hutan Simpan Hulu Langat. Bukit Saga adalah lokasi kedua pendakianku selepas Hutan Pendidikan Bukit Gasing.

12/11/2106: Apartment Taman Saga
12/11/2016: Menyusuri Kawasan Pembinaan Yang Terbiar Untuk Ke Bukit Bukit Saga
12/11/2016: Bermulanya Di Sini
12/11/2016: Titisan Air Di Celah-Celah Batu


12/11/2016: Tingginya
12/11/2016: ‘Check Point’ Pertama
12/11/2016: Khemah Untuk Para Pendaki Berehat Sebentar
12/11/2016: Tali Sebagai Penunjuk Arah
12/11/2016: Akhirnya Sampai Juga Di Puncak Bukit Saga
Selepas berehat selama kira-kira 30 minit, perjalanan pun diteruskan menuju ke air terjun Bukit Saga bersama 2 orang kenalan baru yang baru dijumpai ketika berehat di puncak. Ini adalah pengalaman pertama saya mendaki bersama orang lain. Perjalanan menuju ke air terjun mengambil masa kira-kira sejam bergantung kepada kelajuan pendakian.

12/11/2016: Ikut Sini
12/11/2016: Menyeberangi Anak Sungai
12/11/2016: Melintasi Batu Besar
Air Terjun Bukit Saga
12/11/2016: Ambil Gambar Sikit Untuk Kenangan
Selepas meluangkan masa kira-kira 30 minit menikmati keindahan air terjun sambil beristirehat melepaskan lelah, tiba masa untuk pulang. Terdapat dua laluan berbeza yang boleh diambil untuk kembali ke puncak Bukit Saga. Kami mengambil keputusan untuk mengikuti laluan yang sama semasa menuju ke air terjun kerana ia lebih mudah dan selamat. Cabaran sebenar dalam pendakian di Bukit Saga adalah semasa hendak pulang dari air terjun ke puncak sebelum menuruni kaki bukit untuk pulang.  

12/11/2016: Mendaki Semula Untuk Pulang
12/11/2016: Sungguh Mencabar Sekali Laluannya
12/11/2016: Saga Beirut



Keseluruhan masa yang diambil untuk pendakian kali ini mengambil masa kira-kira 3 jam bagi pendakian berbentuk santai. Terdapat laluan yang menghubungkan Bukit Saga dengan Ah Pek Hill Trailyang terletak berdekatan.


Mohd Faiz bin Abdul Manan
Catatan Seorang Kembara