Rabu, 20 September 2017

Bukit Wawasan Trail


Lokasi:
Bukit Wawasan

Aktiviti:
Mendaki

Alamat:
Persiaran Bukit,
Taman Wawasan,
47100 Puchong, Selangor.

Waktu Operasi:
Tiada had masa yang ditetapkan

Taraf Kesukaran:
Sederhana ke Susah

Tarikh Lawatan:
19 November 2016

Kembara minggu ini dimulai dengan mendaki Bukit Wawasan yang terletak di Puchong, Selangor. Pendaki kali ini antara pendakian yang mencabar terutama semasa menuruni bukit. Laluan yang licin (laluan masih basah kerana hujan turun malam sebelumnya) ditambah dengan kebanyakkan laluan trek terdiri dari tanah menyebabkan saya merasai pengalaman kali pertama tergelincir semasa menuruni bukit.

19/11/2016: Tak Sanggup Nak Lalu Ikut Laluan Ini
19/11/2016: Sayang Ada Pokok Menghalang Permandangan
19/11/2016: Permulaan Laluan Yang Santai
19/11/2016: Kawasan Lapang Sesuai Untuk Sesi Bergambar
19/11/2016: Nampak Bandar Puchong Dari Sini
19/11/2016: Laluan Masuk Ke Dalam Hutan
19/11/2016: Pancaran Suria Di Pagi Hari
19/11/2016: Papan Tanda Amaran
19/11/2016: Laluan Santai
19/11/2016: Mencabar Juga Laluan Ini
19/11/2016: Letih Sungguh Nak Mendakinya
19/11/2016: Akhirnya Sampai Juga Di Puncak
19/11/2016: Tak Dapat Nak Melawat Air Terjun
19/11/2016: Jauh Lagi Perjalanan, Tak Sampai Setengah Pusingan Pun
19/11/2016: Laluan Ke Air Terjun, Kawasan Larangan Masuk
19/11/2016: Dilindungi Oleh Pokok Yang Tebal

19/11/2016: Perjalanan Diteruskan
19/11/2016: Melalui Titi Menyeberangi Sungai Selepas Menuruni Bukit

19/11/2016: Nasib Baik Turun, Kalau Naik…
19/11/2016: Jalannya Sungguh Licin
19/11/2016: Jumpa Tokong, Dah Dekat Dengan Pintu Keluar
19/11/2016: Laluan Terakhir Sebelum Sampai Ke Pintu Keluar


Pendakian di Bukit Wawasan, Puchong adalah pendakian kali ke empat secara persendirian (solo) selepas Hutan Pendidikan Bukit Gasing, Bukit Saga dan Taman Eko Rimba Kuala Lumpur. Mendakian ini mengambil masa lebih kurang 3 jam untuk melengkapkan satu pusingan. Terdapat dua laluan yang berbeza menuju ke puncak iaitu laluan A dan B. Perjalanan kali ini mengikuti laluan A, keluar ke laluan B.


Mohd Faiz bin Abdul Manan
Catatan Seorang Kembara