Jumaat, 19 Februari 2021

Soalan Pelik Berkaitan Emas

Kemaskini pada 06/07/2022

Soalan Pelik Berkaitan Emas

Secara jujurnya, soalan yang saya ingin kongsikan kali ini bukanlah pelik sangat terutama bagi sesetengah orang.
 
Hanya Ia menjadi pelik bagi saya kerana tidak pernah terlintas dalam minda untuk bertanya soalan demikian semasa mula-mula mempelajari ilmu emas dahulu.
 
Ini mengingatkan saya bahawa bukan semua yang kita tahu, orang lain tahu. Begitu juga sebaliknya.
 
Berikut saya kongsikan antara soalan yang pelik yang pernah diterima terima setakat ini.

 
Soalan 1: Beli Emas Ini Boleh Mohon Pengurangan Cukai?
 
Jawapan:
Beli emas bukan cara untuk dapatkan pengurangan cukai. Tetapi ia bukan bererti anda tidak boleh tuntut pengurangan bayaran cukai dengan emas.
 
Caranya mudah sahaja. Beli dan simpan emas sebanyak 85 gram melebihi setahun. Kemudian, bayar zakat. Dengan pembayaran zakat, anda boleh pengurangan bayaran cukai. Kaedah ini hanya sesuai untuk orang islam sahaja.
 
Mudah sahaja kan.
 
 
Soalan 2: Public Gold Ini Hanya Untuk Pasaran Malaysia Ke Atau Pasaran Dunia?
 
Jawapan:
Public Gold ke arah menuju ke pasaran dunia dari pasaran Malaysia. Bermula dari pasaran ASEAN seperti Singapura, Indonesia dan Brunei.
 
 
Soalan 3: Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) Tahu Tak Kita Simpan Emas Dalam Akaun GAP?
 
Jawapan:
Berita baik kepada anda. LHDN tidak akan tahu berapa banyak emas yang anda simpan dalam akaun GAP. Lagi-lagi apabila anda menyimpan emas sendiri.
 
Emas antara salah satu alat kewangan yang tiada dalam sistem kewangan. Tiada siapa tahu berapa banyak emas yang anda miliki kecuali anda sendiri maklum. Oleh itu, jangan risau lembaga kejar anda apabila menyimpan emas.
 
 
Soalan 4: Beli Emas Ini Kena Cukai Tak?
 
Jawapan:
Untuk pengetahuan anda, semua pelaburan di Malaysia dikecualikan cukai keuntungan kecuali hartanah.
 
 
Simpanlah emas dengan ilmu. Simpanlah emas dengan senyuman.
 
 
Yang menulis,
 
Mohd Faiz bin Abdul Manan
Dealer Public Gold


Tiada ulasan:

Catat Ulasan