Ahad, 12 Februari 2023

3 Sebab Utama Melanggani Takaful

3 Sebab Utama Melanggani Takaful

Entri kali ini saya kongsikan tiga sebab utama mengapa penting melanggani takaful. Kesemua sebab ini tidak disusun mengikut keutamaan dan tidak terikat hanya pada satu sebab sahaja (kombinasi antara satu atau lebih).
 

1. Perlindungan
Untuk memastikan waris menerima wang pampasan bagi meneruskan kehidupan selepas ketiadaan kita atau semasa kita tidak mampu lagi untuk bekerja (jatuh sakit atau cacat kekal).

Pampasan yang diterima serta kekayaan yang diwarisi itu diharap cukup untuk menanggung kos sara hidup waris bagi satu tempoh masa yang munasabah.

Ini juga memberi kita ketenangan dalam proses mengumpul kekayaan. Ambil masa lama nak kumpul kekayaan ini. Kita tidak mahu proses ini terganggu disebabkan terpaksa menanggung kos rawatan sekiranya kesihatan terjejas. Bukan sahaja rugi dari segi wang sahaja, bahkan dari segi masa juga. Terpaksa bermula dari awal balik untuk ganti wang yang telah diguna.

Entri Berkaitan:
Kenapa Memiliki Takaful Itu Penting

 
2. Simpanan
Salah satu kaedah untuk menyimpan secara paksa rela serta konsisten adalah dengan melanggani produk takaful yang memberi fokus kepada simpanan. Perlindungan hanya sebagai sampingan sahaja. Jumlah perlindungan bagi polisi takaful jenis ini jauh lebih rendah dari polisi takaful yang memberi tumpuan pada perlindungan. Semua simpanan (termasuk dividen) akan diperolehi sekaligus selepas polisi mencapai tarikh matang (tamat). Sekiranya pemegang polisi masih sihat dan hidup.

Pemegang polisi juga diberi pilihan untuk mengeluarkan sebahagian simpanan sekali dalam tempoh setahun sepanjang polisi aktif. Tertakluk pada syarat dan terma. Waris akan memperolehi semua simpanan yang ada berserta pampasan sekiranya pemegang polisi ditimpa kecelakaan (bergantung jenis perlindungan yang diambil).

Polisi takaful ini biasanya disertai dengan bonus yang diberi secara konsisten mengikut tempoh masa yang ditetapkan. Ini menggalakkan pemegang polisi untuk tidak mengeluarkan wang yang ada dalam simpanan (cash value). Pada masa yang sama menggalakkan pemegang polisi meneruskan caruman sehingga tarikh matang.

3. Pewarisan
Salah satu kaedah untuk mewariskan sebahagian harta kepada sesiapa yang dikehendaki dengan kos yang rendah adalah dengan mencarum dalam takaful. Digalakkan memilih takaful yang berkaitan dengan pelaburan. Antara kelebihan takaful jenis ini (pelaburan) adalah memiliki tempoh masa matang (tamat) yang panjang sehingga mencecah seratus tahun.

Manfaat yang disertakan sekali pun jauh lebih menarik dari biasa. Jumlah perlindungan yang diberikan juga jauh lebih tinggi dengan polisi takaful biasa.

Polisi ini sesuai diambil sekiranya jumlah caruman yang perlu dibayar tidak menjadi satu isu. Mencarum takaful sehingga akhir hayat bagi memastikan waris mendapat pampasan seperti yang kita harapkan.

Entri Berkaitan:
Kenapa Terasa Rugi Melanggani Takaful?

 
Takaful ini bukan sekadar satu perlindungan. Ia juga satu alat kewangan untuk tujuan simpanan dan juga pewarisan.
 
Takaful bukan segala-galanya. Tetapi perlu ada bagi setiap orang. Sebagai salah satu kaedah menguruskan risko dalam hidup ini.
 
 
Yang menulis,
 
Mohd Faiz bin Abdul Manan
Ejen Etiqa Family Takaful


Tiada ulasan:

Catat Ulasan