Isnin, 6 September 2021

Kenapa Memiliki Takaful Itu Penting

Bayangan Keluarga

Secara umumnya takaful berfungsi menyediakan perlindungan kepada waris atau diri sendiri dalam bentuk wang tunai sebagai pampasan. Setiap peserta yang menyertai plan yang sama bersetuju membantu (dalam bentuk wang tunai) sekiranya salah satu peserta ditimpa musibah.

Untuk memudahkan kefahaman, berikut adalah contoh mudah untuk memahami isu ini dengan jelas.
 
Contoh 1: Kes Kematian
 
Ali mula bekerja seawal umur 20 tahun dan dijangka bersara wajib pada umur 60 tahun. Ini bererti Ali ada tempoh 40 tahun untuk bekerja. Secara puratanya, pendapatan yang diperolehi Ali adalah sebanyak RM 3,000 sepanjang tempoh 40 tahun.
 
Katakanlah Ali meninggal pada usia 40 tahun. Ini bererti potensi pendapatan pada masa hadapan berjumlah RM 720,000 (20 tahun) hilang disebabkan kematian Ali. Disini letaknya fungsi Takaful. Menggantikan potensi pendapatan yang hilang sama ada melebihi, secukupnya atau kurang bergantung caruman yang dibuat.
 
Contoh 2: Perubatan
 
Amir disahkan menghidap jangkitan kuman dalam paru-paru dan perlu dimasukkan ke wad hospital untuk rawatan lanjut. Dengan plan perubatan (kad perubatan) yang dilanggani, Amir boleh memilih untuk mendapatkan rawatan di hospital swasta tanpa perlu membayar bil hospital. Bagaikan menginap di hotel 5 bintang sambil mendapatkan rawatan.
 
Ini dapat melindungi simpanan yang sedia ada dari terpaksa digunakan untuk tujuan rawatan atau menghadapi masalah untuk membayar bil rawatan yang dikenakan.  
 
Mari kita tengok risiko apakah yang sepatutnya diambil semasa memilih plan takaful yang ada.
 
Risiko Utama Yang Wajib Dilindungi:
 
Perlindungan Asas
1. Kematian
2. Kecacatan Kekal (HUMK)
 
Perlindungan Tambahan (Rider)
3. Penyakit Kritikal
4. Rawatan Kesihatan (Kad Perubatan)
 
Entri Berkaitan:
Perlindungan Asas Dalam Takaful
 
Apa-apa perlindungan selain dari yang disenaraikan di atas hanya sebagai pilihan sahaja. Boleh sahaja ambil sekiranya wang bukannya satu isu.
 
Entri Berkaitan:
Takaful Rider @ Etiqa
 
Utamakan yang perlu diutamakan terutama dalam memilih plan takaful kerana sumber yang kita ada amatlah terhad.
 
Berbelanja dengan bijak. Berbelanja dengan ilmu.
 
 
Yang menulis,
 
Mohd Faiz bin Abdul Manan
Ejen Etiqa Family Takaful


2 ulasan:

  1. membazir je, masuk takafur ni, baik simpan duit kat ASB, main saham lagi untung dan berfaedah.Aku simpan ASB sekarang ni pun dah cecah RM190,000.

    BalasPadam
  2. Setiap alat kewangan ada fungsinya yang tersendiri. Fungsi takaful bukan untuk buat untung tapi untuk menguruskan risiko. Kaya itu penting, tetapi tidak jatuh miskin lagi penting.

    BalasPadam