Selasa, 31 Ogos 2021

Pelan Perlindungan Jangka Masa Panjang Mawaddah II @ Etiqa

Mawaddah II
Sumber: FB Etiqa

Tawaran Istimewa Khas Untuk Anda:
 
Miliki emas Public Gold bernilai RM 100 dengan menyertai plan perlindungan Mawaddah II atau 0.5 Gram emas Public Gold apabila bersetuju membayar bagi tempoh setahun (bagi tahun pertama).
 
Jangan Lepaskan Peluang Ini. Tawaran berakhir 31 Disember 2021.


MAWADDAH II

Pengenalan
 
Mawaddah II ialah pelan takaful yang menyediakan pampasan tunai apabila berlaku kematian dan kecacatan kekal (HUMK) berserta beberapa perlindungan tambahan (rider) dalam satu pakej khas untuk anda demi kepentingan keluarga tercinta.

 
Ciri-Ciri Utama
 
Siapa Layak Menyertai?
Warganegara Malaysia
Penduduk Tetap
Bukan Warganegara Malaysia*

*Nota:
Terbuka kepada warganegara Brunei dan Singapura yang menetap di Malaysia (Memiliki alamat rumah yang sah di Malaysia)
 
Umur Kelayakan
 
Akaun Persendirian
30 Tahun sehingga 70 Tahun
 
Akaun Perkongsian (Join Account)
 
Pemilik Sijil (Peserta)
1. Pasangan (Suami @ Isteri)
30 Tahun sehingga 70 Tahun
2. Pekerja
30 Tahun sehingga 70 Tahun
 
Pembayar:
1. Pasangan (Suami @ Isteri)
30 Tahun sehingga 70 Tahun
2. Majikan
17 Tahun atau Lebih (Tempoh Masa Syarikat Ditubuhkan)
 
Tempoh Matang
Sehingga berumur 80 tahun
 
Jumlah Yang Dilindungi
(Kenaikan Setiap RM 1,000.00)
 
Minimum: RM 100,000.00
Maksimum: RM 300,000.00
 
Jenis Takaful
Stand Alone
(Tanpa simpanan & tidak perlu diambil bersekali dengan pelan Etiqa yang lain)
 
Jumlah Caruman:
Serendah RM 40 sebulan atau RM 480 setahun
 
Kaedah Pembayaran
Bulanan. Suku Tahun, Setengah Tahun atau Tahunan
 
Syarat Tambahan:
Terhad kepada 5,500 sijil sahaja setiap tahun. Tidak dibuka sepanjang masa. Bergantung pada syarat dan terma yang ditetapkan oleh Etiqa.
.
Manfaat Utama
 
Manfaat Kematian
Sekiranya berlaku kematian terhadap pemegang sijil (selain kemalangan) sebelum berumur 80 tahun. Jumlah Pampasan @ Jumlah Caruman (mana lebih tinggi), Manfaat Ihsan dan Lebihan Pelaburan akan dibayar terus ke waris sekaligus.
 
Contoh:
Nama: Malik bin Abu
Umur: 30 tahun (Mengikut tarikh lahir akan datang)
Jantina: Lelaki
Jenis Akaun: Persendirian
Waris: Aisyah bin Kamaruddin
Jumlah Caruman: RM 23,734.00 (15 Tahun)
Jumlah Perlindungan: RM 100,000.00
 
Malik meninggal pada umur 45 tahun. Aisyah sebagai waris akan memperolehi:
 
Pekara
Pulangan (RM)
Jumlah Perlindungan
100,000.00
Manfaat Ihsan
    3,000.00
Lebihan Pelaburan
    1,000.00*
JUMLAH
101,000.00
 
Nota:
*Tiada Jaminan Akan Memperolehinya

Nota:
1. Kiraan yang ditunjukkan hanya sebagai panduan sahaja (anggaran).
2. Plan perlindungan ini dilindungi oleh akta takaful dan dikategori sebagai hibah bersyarat. Waris berhak memperolehi keseluruhan duit yang ada tanpa perlu melalui proses pembahagian harta. Waris juga tidak terikat atas tanggungjawab membayar hutang si mati.
3. Pemegang sijil boleh menamakan sesiapa sahaja untuk menjadi waris dan boleh menentukan jumlah waris yang layak menerimanya. Pemegang sijil tidak perlu kebenaran waris untuk menerima duit ini.
4. Pemegang sijil boleh menukar waris pada bila-bila masa tanpa bersetujuan waris yang dipilih sebelum itu.
5. Pihak takaful tidak mengenakan sebarang caj tambahan (percuma) bagi proses meletakkan nama pewaris.
6. Sekiranya kematian berlaku dalam tempoh 2 tahun sijil aktif, Hanya jumlah caruman yang telah dibuat sahaja dipulangkan.

Kematian Akibat Bunuh Diri
 
Status
Kurang 2 Tahun
Selepas 2 Tahun
Tidak
Gila
Pemulangan keseluruhan Jumlah Caruman yang telah dibuat
Pampasan @ Jumlah Caruman yang mana lebih tinggi serta Lebihan Pelaburan sekiranya ada
Gila
Pampasan @ Jumlah Caruman yang mana lebih tinggi serta Lebihan Pelaburan sekiranya ada
Pampasan @ Jumlah Caruman yang mana lebih tinggi serta Lebihan Pelaburan sekiranya ada


Manfaat Hilang Upaya Menyeluruh Dan Kekal (HUMK)

Sekiranya HUMK berlaku kematian terhadap pemegang sijil sebelum berusia 70 tahun. Jumlah Pampasan @ Jumlah Caruman (mana lebih tinggi), Manfaat Ihsan serta Lebihan Pelaburan sekiranya ada.
 
Contoh:
Nama: Malik bin Abu
Umur: 30 tahun (Mengikut tarikh lahir akan datang)
Jantina: Lelaki
Jenis Akaun: Persendirian
Jumlah Caruman: RM 23,734.00 (15 Tahun)
Jumlah Perlindungan: RM 100,000.00
 
Malik disahkan cacat kekal (HUMK) pada umur 45 tahun. Jumlah pampasan yang diterima oleh Malik adalah:

 
Pekara
Pulangan (RM)
Jumlah Perlindungan
100,000.00
Manfaat Ihsan
    3,000.00
Lebihan Pelaburan
    1,000.00*
JUMLAH
104,000.00
 
Nota:
*Tiada Jaminan Akan Memperolehinya
 
Manfaat Kematian Akibat Kemalangan
 
Sekiranya berlaku kematian terhadap pemegang sijil akibat kemalangan sebelum berusia 80 tahun. Jumlah Pampasan @ Jumlah Caruman (mana lebih tinggi), Gandaan Jumlah Pampasan, Manfaat Ihsan dan Lebihan Pelaburan akan dibayar terus ke waris sekaligus.
 
Gandaan Jumlah Caruman
 
Dalam Malaysia
Luar Negara*
Tambahan 200% Dari Jumlah Pampasan
Tambahan 300% Dari Jumlah Pampasan
 
Nota:
1. Hanya melindungi selama 60 hari berturut-turut mengikut satu perjalanan. Sekiranya kemalangan berlaku selepas 60 hari, tambahan sehingga 200% dari jumlah caruman sahaja diberi.
2. Terhad sehingga RM 1,000,000.00 sahaja bagi kes kematian akibat kemalangan.
3. Sekiranya kematian akibat kemalangan berlaku dalam tempoh 2 tahun sijil aktif, Hanya jumlah caruman yang telah dibuat sahaja dipulangkan.
 
Contoh:
Nama: Malik bin Abu
Umur: 30 tahun (Mengikut tarikh lahir akan datang)
Jantina: Lelaki
Jenis Akaun: Persendirian
Jumlah Caruman: RM 23,734.00 (15 Tahun)
Jumlah Perlindungan: RM 100,000.00
Waris: Aisyah binti Malik
 
Malik terlibat dalam kemalangan dan meninggal dunia di Australia ketika menyertai percutian keluarga pada umur 45 tahun. Jumlah pampasan yang diterima oleh Aisyah adalah:
 
Pekara
Pulangan (RM)
Jumlah Perlindungan
100,000.00
Gandaan Jumlah Pampasan
300,000.00
Manfaat Ihsan
    3,000.00
Lebihan Pelaburan
    1,000.00*
JUMLAH
404,000.00
 
Nota:
*Tiada Jaminan Akan Memperolehinya
 
Manfaat Ihsan
 
Sekiranya berlaku kematian (sebelum berusia 80 tahun) atau cacat kekal (sebelum berusia 70 tahun) terhadap pemegang sijil. Manfaat Ihsan sebanyak RM 3,000 diberi dengan syarat sijil telah mencapai tahun kedua aktif.
 
 
Maklumat Lain
 
1. Sekiranya kematian dan cacat kekal (HUMK) berlaku dalam tempoh 2 tahun sijil aktif, Hanya jumlah caruman yang telah dibuat sahaja dipulangkan.
2. Hanya satu soalan sahaja yang ditanya kepada bakal peserta sebelum permohonan diluluskan.
 

Adakah anda pernah mengalami atau merawat penyakit seperti kanser, jantung, saluran jantung (coronary artery), buah pinggang, strok, diabetes atau cerebrovascular?

 
3. Caruman tidak termasuk duti setem sebanyak RM 10 yang perlu dibayar (sekali sahaja) semasa mengambil pelan ini.
 
 
Kadar Caruman
 
Berikut adalah kadar caruman (gandaan) tahunan yang perlu dibayar mengikut usia dan jantina.
 
UMUR
LELAKI
WANITA
30-35
7.44
4.80
36-40
7.87
4.80
41-45
8.67
5.48
46-50
11.18
6.73
51-55
18.90
9.62
56-60
30.46
15.66
61-65
46.98
26.57
66-70
77.01
40.61
71-75
129.60
80.79
76-80
200.45
143.64
 
Formula Pengiraan Caruman:
 
Tahunan:
Caruman = Gandaan x 100 (Jumlah Perlindungan)
 
Bulanan:
Caruman = Gandaan x 100 (Jumlah Perlindungan) / 12
 
Nota:
Gandaan: Mengikut jadual di atas (Jantina dan Umur)
Jumlah Perlindungan:
Dari RM 100,000 sehingga RM 300,000. Mengikut gandaan kenaikan per RM 1,000. 100 unit pertama mewakili pampasan sebanyak RM 100,000. Setiap kenaikkan 1 unit mewakili pampasan sebanyak RM 1000.
 
Contoh:
Nama: Aila
Jantina: Wanita
Umur: 35 Tahun (Hari Lahir Seterusnya)
Jumlah Perlindungan: RM 100,000
 
Caruman: 4.80 x 100 = RM 480 (RM 40 Sebulan)
 
Nota:
Caruman tidak termasuk duti setem sebanyak RM 10 yang perlu dibayar (sekali sahaja) semasa mengambil pelan ini.
 
Sebarang pertanyaan lanjut atau untuk set temujanji untuk berjumpa, boleh hubungi saya melalui maklumat seperti di bawah. Saya sentiasa bersedia membantu anda.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan