Jumaat, 27 Ogos 2021

New Dealer Orientation (NDO) 2021

Peserta NDO

Lokasi:
Zoom Meeting

Masa Seminar:
9.00 pagi - 1.00 petang (Sabtu)
 
Yuran Pendaftaran:
RM 10
 
Tarikh Seminar:
Sepanjang Tahun 2021 (Sabtu Minggu Kedua Setiap Bulan)
 
Anjuran:
G100 Network
 
New Dealer Orientation (NDO) 2021 yang dibuat secara maya (zoom meeting) oleh G100 Network menggantikan perjumpaan melalui fizikal di cawangan Public Gold. Maklumlah dalam musim pendemik ini tiada pilihan yang ada kecuali membuat melalui atas talian.
NDO adalah seminar khas bagi mendedahkan Dealer Public pelbagai ilmu asas dan teknikal yang perlu diketahui oleh setiap Dealer Public Gold. Terutama yang masih baru.
 
Secara umumnya, seminar NDO terbahagi kepada 3 bahagian iaitu:
 
Bahagian 1:
Pengenalan tentang syarikat Public Gold secara umum merangkumi visi, misi, sejarah dan sebagainya. Tak kenal maka tak cintakan.
 
Bahagian 2:
Ilmu teknikal tentang cara menggunakan alamat sesawang Public Gold bagi urusan bisnes merangkumi jual, beli, aduan dan sebagainya. Dengan kata lain SOP bagi setiap urusan yang berkaitan. Ini hanya satu pendedahan secara umum.
 
Bahagian 3:
Pengenalan tentang potensi pendapatan dalam bisnes Public Gold yang merangkumi komisen, bonus dan sebagainya.
 
Dan pendedahan tentang PG Mall merangkumi kelebihan serta potensi pendapatan dan sebagainya. Seminar berakhir dengan sesi soal dan jawap berkaitan pelbagai isu yang berbangkit.

14/08/2021: Sesi Pembukaan Majlis Oleh Naib Pengerusi I G100 Network 

14/08/2021: Visi G100 Network

14/08/2021: Struktur G100

14/08/2021: Ini Yang Penting

14/08/2021: Penceramah Pada Seminar Kali Ini

14/08/2021: Sesi Soal Jawap

14/08/2021: Duduk Menghadap Laptop Sahaja 


New Dealer Orientation (NDO) 2021 akan diteruskan secara atas talian menggunakan Zoom Meeting selagi pandemik ini tidak berakhir. Berharap suatu hari nanti dapat menghadiri secara fizikal seperti waktu dulukala.
 
 
Mohd Faiz bin Abdul Manan
Catatan Seorang Kembara


Tiada ulasan:

Catat Ulasan