Khamis, 5 Ogos 2021

Sejarah Ringkas Berkaitan Insurans & Takaful

Sejarah Ringkas Berkaitan Insurans & Takaful

Tentang Insurans
 
Tahukah Anda?
 
Insurans bermula sebagai pelindung untuk kelasi kapal.
 
Pada zaman dahulu, perdagangan kapal laut walaupun menguntungkan tetapi amat berbahaya. Walaupun banyak kapal yang selamat pulang ke pelabuhan, ada yang gagal berbuat demikian.
 
Oleh itu, mereka yang terlibat dalam perdagangan ini memutuskan untuk mengagihkan kerugian dalam kalangan mereka. Dengan kata lain, mereka yang berjaya memberikan sumbangan kepada segelintir yang malang.
 
Maka tertubuhlah Insurans Marin.
 
Insurans yang kedua diperkenalkan ialah Insurans Hayat. Pada mulanya, hanya polisi jangka masa pendek sahaja dijual kerana tiada siapa yang mengetahui cara mengira kadar kematian.
 
Sehinggalah seorang ahli falak bernama Edmund Halley mencipta jadual hayat pada tahun 1693. Jadual diperbaiki pada tahun 1762. Kadar premium paras tetap mengikut aturan moden dijual untuk pertama kalinya oleh The Equitable Society di England.
 
Kini, anda boleh membeli apa-apa perlindungan terhadap bencana yang diketahui oleh manusia.
 
Menarikkan kisahnya
 
 
Tentang Takaful
 
Bagaimana Pula Dengan Takaful?
 
Takaful ialah hasil daripada hasrat kerajaan untuk menubuhkan sistem kewangan berlandaskan islam di Malaysia. Takaful adalah berasaskan sistem operasi berpandukan hukum Syariah.
 
Takaful adalah suatu kaedah jaminan bersama dalam kalangan sekumpulan orang (peserta) dalam sesuatu skema untuk berkongsi beban kerugian yang mungkin menimpa salah seorang daripada mereka.
 
Terdapat dua perbezaan asas di antara Takaful dengan insurans konventional. Pertama ialah pelan Takaful berlandaskan hukum Syariah. Kedua, pengendali Takaful tidak menanggung risiko. Sebaliknya, kumpulan peserta rancangan Takaful yang secara bersama menjamin kerugian atau kerosakan yang mungkin menimpa mana-mana ahli kumpulan mereka. Pengendali Takaful hanya bertindak sebagai pengurus aset dan pengagih keuntungan atau kerugian bagi pihak peserta.
 
Sumber Rujukan: Jutawan Dari Planet Jupiter - Azizi Ali
 
 
Yang menulis,
 
Mohd Faiz bin Abdul Manan
Ejen Etiqa Family Takaful

Tiada ulasan:

Catat Ulasan