Jumaat, 17 Februari 2023

Tik Tok Basic Class 2023

Tik Tok Basic Class 2023

Lokasi:
Dewan Seri Melaka

Alamat:
Akademik Etiqa
Level 15B, 23, Jalan Melaka, City Centre,
50100 Kuala Lumpur
 
Waktu:
9.00 pagi - 5.00 petang
 
Tarikh:
16 Februari 2023 (Khamis)
 
Tik Tok Basic Class 2023 menjadi kelas pertama yang dihadiri pada tahun 2023. Kembali belajar dari asas tentang Tik Tok. Hendak belajar sendiri malas, jadi masuk kelaslah supaya boleh belajar secara terus. Terutama kelas percuma ini.

Berikut secara ringkas apa yang dipelajari pada hari ini:
 
1. Penerangan secara terperinci kepentingan belajar Tiktok pada masa sekarang terutama untuk pemasaran. (Statistik, Trending, Algoritm dan Connect)
2. Belajar secara terperinci berkaitan kemudahan yang tersedia dalam Tiktok seperti Challenge, Stitch (Cantumkan video orang lain dengan video sendiri), Duet (Gabungan antara dua video) dan Song (pemilihan lagu yang bersesuaian).
3. Belajar tentang pengalaman Tiktok yang merangkumi (1) TikTok Interface & Function, (2) Quick Guide for Beginner, (3) Cretae 1st TikTok Video dan (4) Connect to other Social Media platform.
4. Tips dan panduan membina cangkuk (Hook) yang berkesan untuk menarik penonton menonton video kita iaitu (1) Ambil perhatian penonton dalam tempoh masa 3 saat, (2) Menggunakan suara yang kuat, (3) Guna soalan, (4) Guna nombor, (5) Guna perkataan percuma dan (6) Guna perkataan rahsia.

16/02/2023: Sementara Menunggu Kelas Bermula

16/02/2023: Kelas Pun Bermula. Lewat 30 Minit Dari Waktu Asal

16/02/2023: Tenaga Pengajar Hari Ini

16/02/2023: Kali Pertama Masuk Kelas Media Sosial

16/02/2023: Perspektif Terhadap Medial Sosial Terpilih

16/02/2023: Isi Kandungan 

16/02/2023: Minum Pagi

16/02/2023: Cepat Masa Berlalu. Dah Tengah Hari

16/02/2023: Makanan Tengah Hari

16/02/2023: Tips Dan Panduan Membina Video Yang Menarik

16/02/2023: Membina Cangkuk (Hook) Yang Berkesan

16/02/2023: Sebelum Pulang

16/02/2023: Rakan Semeja


Secara keseluruhan menarik juga kelas pada hari ini. Kadang-kadang kita perlu bermula dari asas untuk membina tapak yang kukuh. Kena rajin buat video Tiktok ini.
 
 
Yang menulis, 
 
Mohd Faiz bin Abdul Manan
Assistant Sale Manager @ Eddie Consultancy Group
Etiqa Family Berhad

Tiada ulasan:

Catat Ulasan