Jumaat, 30 September 2022

Semasa Melanggani Insurans

Semasa Melanggani Insurans

1. Pilih Ejen Yang Boleh Dipercayai

Pekara terawal yang perlu dilakukan adalah dengan mencari ejen takaful yang boleh dipercayai untuk memberi penerangan serta penjelasan yang diperlukan dalam memilih produk takaful yang bersesuaian. Berdasarkan bajet dan jenis perlindungan yang diperlukan.

Penting untuk mendapatkan nasihat yang baik terutama dalam memilih produk takaful. Maklumlah kita inginkan perlindungan dalam tempoh masa yang panjang.

Bagaimana hendak mencari serta mengenalpasti ejen yang baik?
Saya serahkan kepada anda untuk menentukannya.


2. Pilih Produk Takaful Yang Bersesuaian

Terdapat pelbagai jenis produk takaful dipasaran pada masa kini. Memilih produk yang bersesuai dengan matlamat yang diingini bukan pekara yang mudah. Terutama dengan bajet yang terhad.

Itu pentingnya bantuan dari ejen takaful bagi mengenalpasti produk yang bersesuaian dengan bajet yang ada. Memahami setiap syarat serta kelebihan yang diperolehi apabila melanggani produk tertentu.

3. Pilih Syarikat Yang Dipercayai

Reputasi sesebuah syarikat (pengendali takaful) itu penting bagi memastikan memiliki kemampuan untuk menunaikan janji seperti yang telah dipersetujui. Demi kepentingan diri sendiri atau waris yang ditinggalkan.

Pilih syarikat yang telah lama bertapak dalam industri serta memiliki laporan kewangan tahunan yang baik (setelah diaudit) adalah contoh bagaimana kita boleh membuat menilai  sesebuah syarikat insurans secara umum.

Entri Berkaitan:
Sebelum Melanggani Insurans


Ke semua tips dan panduan yang dikongsi ini tidak disusun mengikut keutamaan. Hanya setiap kategori sangat penting dan saling berkaitan antara satu sama lain.
 
Yang menulis,
 

Mohd Faiz bin Abdul Manan
Ejen Etiqa Family Takaful


Tiada ulasan:

Catat Ulasan