Khamis, 27 Januari 2022

Caruman Takaful: Ke Mana Ia Pergi?

Caruman Takaful: Ke Mana Ia Pergi?

Tahukah Anda?
 
Setiap kali sumbangan (caruman) dibuat oleh pemegang sijil. Fi Wakalah (caj pengurusan) akan ditolak (mengikut peratusan yang ditetapkan) dari sumbangan kasar dari setiap plan. Baki caruman akan diletakkan di dalam Dana Risiko Peserta (DRP) dan Dana Pelaburan Peserta (DPP).

Jadual Fi Wakalah mengikut jenis perlindungan:

Jadual 1: Perlindungan Asas

Jadual 2: Rider

Nota:
1. Jadual di atas mungkin berbeza bergantung plan serta pengendali takaful. Rujuk polisi untuk penerangan lanjut dan rasmi.
2. Jadual di atas adalah sebagai makluman sahaja dan boleh berubah mengikut keadaan bergantung dengan polisi terkini pengendali takaful serta kelulusan Bank Negara Malaysia.
 
 
Dana Risiko Peserta (DRP)
 
Sebahagian dari sumbangan yang dibayar dimasukkan ke dalam DRP. Pampasan yang dibayar kepada peserta atau waris diambil dari dana ini. Sekiranya terdapat lebihan dihujung tahun kewangan (peruntukan dalam dana tidak digunakan sepenuhnya). 50% dari lebihan tersebut akan diambil oleh Pengendali Takaful sebagai fi insentif (caj prestasi). Baki 50% akan dipulangkan kepada peserta melalui pelaburan semula ke dalam dana DPP.
 
Dana Pelaburan Peserta (DPP)
 
Bahagian selebihnya dari sumbangan tersebut akan dimasukkan ke dalam dana DPP. Pada setiap penghujung tahun kewangan, 85% dari jumlah keuntungan pelaburan bersih selepas cukai akan dilaburkan semula ke dalam DPP. Baki 15% keuntungan pelaburan tersebut akan diberikan kepada pengendali Takaful sebagai fi insentif (caj prestasi) kerana menguruskan dana ini. Dana ini akan dikumpulkan dan dibayar kepada anda pada akhir sijil atau setelah penamatan sijil.
 
Bagi polisi takaful yang tiada bahagian simpanan (Tabung DPP). Semua caruman diletak dalam dana DRP. Ini bermaksud, sekiranya tiada tuntutan yang dibuat. Semua caruman yang dibuat sebelum ini dikira hangus. Anggaplah caruman yang anda lakukan sebagai sedekah. Membantu orang yang memerlukan.
 
 
Fahamkan struktur pembahagian caruman (sumbangan) dalam takaful. Penerangan yang diberi ini hanya melibatkan plan Etiqa sahaja. Kemungkinan terdapat perbezaan antara jenis plan atau pengendali operasi dalam pengagihan caruman.
 
Ini juga sebabnya kenapa takaful bukan tempat sesuai untuk pelaburan. Bukan semua sumbangan kita dilaburkan. Tujuan utama Takaful adalah untuk menghadapi masa depan yang tak pasti.
 
Sebagai kaedah segera menyediakan wang pampasan (dalam jumlah yang banyak) untuk diri atau waris ketika diri (pemegang sijil) ditimpa kecelakaan.
 

Sebarang pertanyaan lanjut atau untuk set temujanji untuk berjumpa, boleh hubungi saya melalui maklumat seperti di bawah. Saya sentiasa bersedia membantu anda.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan