Jumaat, 24 November 2017

Taman Persekutuan Bukit Kiara

Taman Persekutuan Bukit Kiara

Lokasi:
Taman Persekutuan Bukit Kiara

Alamat:
Jalan Abang Haji Openg
Taman Tun Dr Ismail
60000 Kuala Lumpur

Waktu Operasi:
5.30 pagi – 7.00 petang (Isnin-Ahad)

Tarikh Lawatan:
22 Januari 2017 (Kali Ke-1)
21 Oktober 2018 (Kali Ke-2)

Taman Persekutuan Bukit Kiara yang terletak di kawasan Taman Tun Dr. Ismail menjadi tempat persinggahan kedua selepas melawati Mutiara Damansara Recreational Park.

Terdapat pertandingan larian merentasi laluan trek hutan yang dijalankan disini yang dinamakan sebagai Conquer the Trails@Kiara Trail Run 2017. Jarak trek yang dilalui oleh peserta adalah sejauh 13 km. Amat berharap memiliki keupayaan untuk menyertai larian begini suatu hari nanti.

Taman Persekutuan Bukit Kiara menjadi lokasi terakhir yang dilawati selepas Planetarium Negara (Lawatan kali kedua).

Khamis, 23 November 2017

Mutiara Damansara Recreational Park

Mutiara Damansara Recreational Park

Lokasi:
Mutiara Damansara Recreational Park

Alamat:
Mutiara Damansara,
47820 Petaling Jaya,
Selangor.

Waktu Operasi:
Tiada had masa yang ditetapkan

Tarikh Lawatan:
22 Januari 2017

Lokasi tumpuan kembara hari ini yang bermula dari Mutiara Damansara sehingga ke Subang. Fokus perjalanan kali ini adalah untuk melawat semua taman yang ada disekitar Damansara.

Mutiara Damansara Recreational Park menjadi tempat persinggahan pertama untuk hari ini. Masa yang diambil adalah kira-kira 30 minit berjalan kaki mengeliling tasik.

Taman Jaya

Taman Jaya

Lokasi:
Taman Jaya

Alamat:
1, Jalan 10/7, Taman Jaya,
46000 Petaling Jaya,
Selangor

Waktu Operasi:
Tiada had masa yang ditetapkan

Tarikh Lawatan:
21 Januari 2017

Taman Jaya menjadi lokasi kedua kembara hari ini selepas Bukit Komanwel. Disini juga terletak Muzium Petaling Jaya yang hanya dibuka pada hari biasa sahaja.

Kali pertama saya menjejak kaki disini adalah pada tahun 2010 bagi menyiapkan video pendek bertemakan Perkhidmat Pelanggan. Pada masa itu saya menghadiri kursus selama sebulan di PKNS Petaling Jaya anjuran Kementerian Pendidikan Malaysia.

Bandar Sunway

Bandar Sunway

Lokasi:
Bandar Sunway

Tarikh Lawatan:
21 Januari 2017 (Kali Ke-1)
19 Februari 2017 (Kali Ke-2)

Bandar Sunway menjadi lokasi terakhir lawatan pada hari ini. Lokasi yang ingin dikunjungi disini adalah Sunway Piramid dan Sunway Lagoon. Disebabkan masa tidak mengizinkan, lawatan ditangguh pada waktu lain.

Disini saya kongsi beberapa gambar yang sempat diambil sebelum berangkat pulang untuk tontonan para pembaca.

Rabu, 22 November 2017

Bukit Komanwel

Bukit Komanwel

Lokasi:
Bukit Komanwel

Alamat:
Bukit Jalil,
57000 Kuala Lumpur.

Waktu Operasi:
Tiada had masa yang ditetapkan

Tarikh Lawatan:
21 Januari 2017

Terletak berdekatan dengan Stadium Bukit Jalil, Bukit Komanwel menjadi lokasi pertama perjalananku pada hari ini. Mari kita tinjau apa yang menarik disini. Selanjutnya biar gambar berbicara.