Rabu, 7 Mac 2018

S'Corner Central Market

S'Corner Central Market

Lokasi:
S’Corner Central Market

Alamat:
Strawberry Point,
39000 Brinchang,
Pahang.

Waktu Operasi:
9.00 pagi - 6.00 petang (Setiap Hari)

Tarikh Lawatan:
23 April 2017

S’Corner Central Market yang mendapat nama atas sebab terletak di laluan bersudut S menjadi lokasi persinggahan selepas melawat Lavender Garden. Oleh sebab kekangan masa dan tiada benda yang ingin dibeli disini, persinggahan kali ini hanya sekadar untuk mengambil gambar permandangan sekitar kawasan ini sahaja.

Lavender Garden

Lavender Garden

Lokasi:
Lavender Garden

Alamat:
39100 Tringkap,
Cameron Highlands,
Pahang.

Waktu Operasi:
9.00 pagi - 6.00 petang (Isnin - Jumaat)
9.00 pagi - 7.00 petang (Sabtu & Ahad)

Harga Tiket:
RM 10 (Dewasa)
RM 7 (Kanak-Kanak)

Alamat Sesawang:
http://cameronlavender.com/

Tarikh Lawatan:
23 April 2017

Lavender Garden menjadi tempat persinggahan seterusnya selepas Al-Mashoor Strawberries. Cuaca yang mendung memberi peluang kepada saya bagi meneruskan lawatan disini disebabkan perlu meletak motor kawasan terbuka. Ini akan menyukarkan saya sekiranya hari masih hujan.  

Al-Mashoor Strawberries

Al-Mashoor Strawberries

Lokasi:
Al-Mashoor Strawberries

Alamat:
Jalan 59,
39000 Kuala Terla,
Pahang.

Waktu Operasi:
8.30 pagi - 5.00 petang (Setiap Hari)

Tarikh Lawatan:
23 April 2017

Al-Mashoor Strawberries menjadi tempat persinggahan seterusnya selepas Cameron Valley Tea House KT. Disini saya berehat sebentar sambil menjamu selera dengan aiskrim strawberry.

Cameron Valley Tea House Kuala Terla

Cameron Valley Tea House KT

Lokasi:
Cameron Valley Tea House Kuala Terla

Alamat:
49th Mile Kuala Terla,  
39000 Tanah Rata,
Cameron Highlands, Pahang.

Waktu Operasi:
8.30 pagi - 6.00 petang (Setiap Hari)

Alamat Sesawang:
http://www.bharattea.com.my/

Tarikh Lawatan:
23 April 2017

Cameron Valley Tea House Kuala Terla menjadi lokasi persinggahan seterusnya selepas Green View Garden. Walaupun hujan masih turun ketika sampai disini, ia bukan menjadi penghalang bagi saya menerokai ladang teh disini.

Green View Garden

Green View Garden

Lokasi:
Green View Garden

Alamat:
11, Taman Matahari Cerah,
Kampung Raja,
39000 Tanah Rata, Pahang.

Waktu Operasi:
9.00 pagi - 6.30 petang (Setiap Hari)

Alamat Sesawang:
http://www.greenviewgarden.com/

Tarikh Lawatan:
23 April 2017 (Kali Ke-1)
15 Julai 2018 (Kali Ke-2)

Green View Garden menjadi lokasi persinggahan yang pertama selepas menjejaki Cameron Highlands selepas melawat laluan Jejak Warisan Ipoh.

Nasib tidak menyebelahi saya apabila hujan mula turun selepas memasuki sempadan antara negeri Perak dengan Pahang. Ini menyebabkan kebatasan untuk melawat secara lebih terperinci setiap tempat yang ada di Cameron Highlands. Hanya singgah sekejap di bahagian hadapan Green View Garden untuk sesi mengambil gambar.

Bagi lawatan kali kedua, Green View Garden menjadi lokasi yang dilawati seterusnya selepas Last Stop Strawbery Centre.