Lokasi:
Atria Shopping Gallery
Alamat:
Jalan SS 22/23,
Damansara Jaya,
47400 Petaling Jaya, Selangor.
Waktu Operasi:
10.30 pagi - 10.30 malam (Setiap Hari)
Alamat Sesawang:
http://www.atria.com.my
Tarikh Lawatan:
06 Oktober 2017 (Kali Ke-1)
08 Oktober 2017 (Kali Ke-2)
Perjalanan hari ini sekadar ingin mengambil beg larian
(race kit collection) untuk larian Atria Makan Fun Run 2017 yang akan
dijalankan pada 8 Oktober 2017. Alang-alang dah berada disini, saya pun mengambil
kesempatan bersiar-siar sebelum pulang.
Untuk lawatan kali kedua, Selepas menyertai larian
Atria Makan Fun Run 2017 pada sebelah pagi, Atria Shopping Gallery menjadi
lokasi persinggahan di sebelah petang untuk sesi menebus kupon makanan yang
diperolehi secara percuma selepas tamat larian.




