Rabu, 28 September 2022

Lotus's Puncak Alam

Lotus's Puncak Alam

Lokasi:
Lotus's Puncak Alam
 
Alamat:
No. 1, Jalan Niaga Bestari 9,
Puncak Bestari,
42300 Bandar Puncak Alam, Selangor
 
Waktu Operasi:
8.00 pagi - 10.00 malam (Setiap Hari)
 
Tarikh Lawatan:
27 September 2022
 
Lotus's Puncak Alam menjadi lokasi persinggahan tunggal untuk hari ini selepas menyerahkan hadiah kepada pelanggan. Sambil itu carilah kudapan untuk dimakan.

Selasa, 27 September 2022

Paris Cozy @ i-City Shah Alam

Paris Cozy @ i-City Shah Alam

Lokasi:
Paris Cozy @ i-City Shah Alam
 
Alamat:
Parisien Tower, I-city,
40000 Shah Alam,
Selangor.

Waktu Operasi:
Tiada had masa yang ditetapkan
 
Kadar Sewa:
RM 65.67
RM 40 (Caj Pembersihan)
RM 100 (Deposit)
 
Tarikh Lawatan:
25-26 September 2022 (Ahad-Isnin)
 
Paris Cozy @ i-City Shah Alam menjadi lokasi penginapan untuk hari ini sempena majlis ADAP 2022 yang berlangsung di DoubleTree by Hilton Shah Alam. Ini paling murah yang boleh diperolehi. Nak duduk sehari sahaja pun. Studio pun dah mencukupi.

Agensi Dinner & Award Presentation (ADAP) 2021

Agensi Dinner & Award Presentation (ADAP) 2021

Lokasi:
DoubleTree by Hilton
 
Alamat:
Finance Avenue, I-City,
40000 Shah Alam,
Selangor.

Tema:
Superheroes
 
Waktu:
8.00 - 12.00 malam (Ahad)
 
Harga Tiket:
Percuma (Atas Jemputan)
 
Tarikh:
25 September 2022
 
Agency Dinner & Award Presentation (ADAP) 2021 merupakan majlis makan malam sambil meraikan kejayaan Ejen dan Agensi yang berkhidmat bersama Etiqa Family Berhad sepanjang tahun 2021 mengikut pencapaian yang ditetapkan.
 
Ini adalah kali pertama saya menghadiri majlis Etiqa in secara fizikal. Bukan semua ejen dapat menghadiri majlis ini, hanya yang terpilih sahaja berdasarkan pencapaian yang ditetapkan.
 
Kedatangan kali ini hanya sebagai pengganti kepada ejen yang layak tetapi tidak dapat hadir untuk majlis makan malam kali ini. Ada cabutan bertuah malam ini tetapi tidak bertuah untuk memenangi sebarang hadiah.
 
Berikut adalah senarai anugerah yang dimenangi oleh ejen dan agensi Etiqa pada malam ini. Sebahagian anugerah dimenangi oleh ejen manakala sebahagian lagi untuk agensi.

Ahad, 25 September 2022

Taman Tasik Puncak Bestari

Taman Tasik Puncak Bestari
Lokasi:
Taman Tasik Puncak Bestari
 
Alamat:
Persiaran Puncak Alam 6,
42300 Puncak Alam,
Selangor

Waktu Operasi:
Tiada had masa yang ditetapkan
 
Tarikh:
22 September 2022
 
Taman Tasik Puncak Bestari menjadi lokasi persinggahan tunggal hari ini selepas selesai urusan menghantaran sijil takaful kepada kenalan yang duduk di Puncak Alam.

Rabu, 21 September 2022

Campbell Shopping Complex

Campbell Shopping Complex

Lokasi:
Campbell Shopping Complex
 
Alamat:
Jalan Dang Wangi,
50100 Kuala Lumpur.
 
Waktu Operasi:
10.00 pagi - 10.00 malam (Setiap Hari)
 
Tarikh Lawatan:
21 September 2022
 
Campbell Shopping Complex menjadi lokasi tunggal yang dikunjungi pada hari ini. Sudah lama teringin lawat pusat membeli-belah ini tetapi asyik tertangguh sahaja sehingga kini. Antara pusat membeli-belah yang tertua di Kuala Lumpur.