Isnin, 30 Disember 2019

Red Planet Hotels

Red Planet Hotels

Lokasi:
Red Planet Hotels

Alamat:
152-156 Niphat Uthit 2 Road,
Hat Yai District,
Songkhla 90110, Thailand.

Waktu Operasi:
Tiada Had Masa Yang Ditentukan

Harga Sebilik:
RM 125

Alamat Sesawang
https://www.redplanethotels.com/

Tarikh Lawatan:
21-22 Disember 2019

Red Planet Hotels menjadi hotel penginapan rasmi bagi percutian kali ini. Harganya amat berpatutan dengan keluasan bilik yang diberi. Hanya yang tak menariknya tiada peti ais disediakan.

Daftar masuk hotel hotel pada jam 4.00 petang (21 Disember 2019) selepas mengunjungi Samila Beach. Daftar keluar selepas jam 6.30 pagi (22 Disember 2019). Sekejap sahaja dapat duduk dalam hotel, dah kena gerak.

Asean Night Baazar @ Hatyai

Asean Night Baazar @ Hatyai

Lokasi:
Asean Night Baazar @ Hatyai

Alamat:
Thonon Chotevittayakul 5, Tambon Hat Yai,
Hat Yai District,
Songkhla 90110, Thailand.

Waktu Operasi:
3.00 petang - 10.30 malam (Jumaat-Rabu)
5.00 petang - 10.30 malam (Khamis)

Tarikh Lawatan:
21 Disember 2019

Asean Night Baazar @ Hatyai menjadi lokasi persinggahan terakhir yang sempat dikunjungi pada hari ini selepas bersiar-siar di Samila Beach pada sebelah petang. Mari kita tengok apa yang menarik di sini.

Samila Beach

Samila Beach

Lokasi:
Samila Beach

Alamat:
Songkhla 90000,
Thailand

Waktu Operasi:
Tiada Had Masa Yang Ditentukan

Harga Tiket:
200 Baht (Menunggang Kuda)
50 Baht (Ambil Gambar Atas Kuda)

Tarikh Lawatan:
21 Disember 2019

Samila Beach menjadi destinasi yang dilawati seterusnya selepas selesai sesi bergambar di Dragon Sculpture @ Chalatat Beach. Tumpuan kali ini adalah untuk mengambil gambar dengan mercu tanda pantai Samila iaitu Ikan Duyung Emas.

Di sini juga saya mengambil kesempatan membeli buah tangan untuk dihadiahkan kepada kenalan. Maklumlah tempat ini yang paling murah boleh diperolehi di sekitar Songkhla.

Dragon Sculpture @ Chalatat Beach

Dragon Sculpture @ Chalatat Beach

Lokasi:
Dragon Sculpture @ Chalatat Beach

Alamat:
Chalatat Beach,
Songkhla 90000,
Thailand

Waktu Operasi:
Tiada Had Masa Yang Ditentukan

Harga Tiket:
Percuma

Tarikh Lawatan:
21 Disember 2019


Dragon Sculpture @ Chalatat Beach menjadi lokasi persinggahan seterusnya selepas mengunjungi Tang Kuan Hill. Kelihatan mercu tanda ini sedang dalam proses pembaikian. Oleh itu tiada air pancutan akan keluar dari mulut naga ini.

Tang Kuan Hill

Tang Kuan Hill

Lokasi:
Tang Kuan Hill

Alamat:
Bo Yang, Mueang Songkhla District
Songkhla 90000
Thailand

Waktu Operasi:
10.00 pagi - 7.00 petang (Isnin-Jumaat)
8.00 pagi - 7.00 petang (Sabtu & Ahad)

Harga Tiket:
30 Baht (Dewasa)
20 Baht (Kanak-Kanak)
Percuma (Kanak-Kanak Bawah 120cm)

Tarikh Lawatan:
21 Disember 2019

Tang Kuan Hill menjadi lokasi persinggahan pertama bagi lawatan ke Songkhla. Mengikut rancangan asal, lokasi ini hanya dilawati pada hari kedua lawatan. Disebabkan kekangan masa, perancangan asal terpaksa diubah. Lokasi yang jauh dilawati terlebih dahulu.

Terdapat dua cara untuk naik ke puncak iaitu melalui lif atau tangga. Kali ini kita ikut lif. Tak larat nak panjat tangga hari ini