Khamis, 31 Mac 2022

Illusion 3D Art Museum

Illusion 3D Art Museum

Lokasi:
Illusion 3D Art Museum
 
Alamat:
Lot 4.01-4.03, Second Floor Central Market Annexe,
Jalan Hang Kasturi, City Centre,
50050 Kuala Lumpur.
 
Masa Lawatan:
10.00 pagi - 6.00 petang (Setiap Hari)
 
Harga Tiket:
20% Diskaun (Staf Kerajaan)
Lebih 10 Pelajar (RM 12 Seorang)
 
Warganegara:
RM 34 (Dewasa)
RM 17 (Kanak-Kanak)
RM 10 (OKU)
 
Bukan Warganegara:
RM 50 (Dewasa)
RM 25 (Kanak-Kanak)
 
Tarikh Lawatan:
30 Mac 2022
 
Illusion 3D Art Museum menjadi lokasi terakhir yang sempat dikunjungi selepas Art House Gallery @ Museum Of Ethnic Arts yang terletak di tingkat dua. Kedatangan kali ini hanya sekadar ingin melihat harga tiket.
 
Tempat macam ini tak sesuai nak datang secara solo. Perlu berteman. Kalau tidak macam mana nak ambil gambar.

Art House Gallery @ Museum Of Ethnic Arts

Art House Gallery @ Museum Of Ethnic Arts

Lokasi:
Art House Gallery @ Museum Of Ethnic Arts
 
Alamat:
Lot 3.04 & 3.05, Level 2, Annexe Building,
Central Market, 10, Jalan Hang Kasturi,
50050 Kuala Lumpur.
 
Masa Lawatan:
10.30 pagi - 6.00 petang (Setiap Hari)
 
Harga Tiket:
Percuma
 
Tarikh Lawatan:
30 Mac 2022
 
Art House Gallery @ Museum Of Ethnic Arts yang terletak berdekatan dengan Pasar Seni menjadi destinasi seterusnya yang dikunjungi.

Pasar Seni

Pintu Hadapan Pasar Seni

Lokasi:
Pasar Seni
 
Alamat:
Jalan Tun Sambanthan,
Central Market,
50050 Kuala Lumpur.
 
Masa Lawatan:
8.00 pagi - 8.00 petang (Setiap Hari)
 
Tarikh Lawatan:
30 Mac 2022
 
Pasar Seni menjadi lokasi pertama yang dikunjungi pada petang ini. Sudah lama tidak datang ke sini. Bertahun jugalah. Tengok apa perubahan yang berlaku disini.

Memorial Tun Hussein Onn

Memorial Tun Hussein Onn

Lokasi:
Memorial Tun Hussein Onn
 
Alamat:
Jalan Dato Onn,
50480 Kuala Lumpur.
 
Masa Lawatan:
10.00 pagi - 5.30 petang (Selasa - Ahad)
10.00 pagi - 12 tengah hari & 3.00 petang - 5.30 petang (Jumaat)
Tutup (Isnin: Kecuali Cuti Umum)
 
Alamat Sesawang:
www.arkib.gov.my
 
Harga Tiket:
Percuma
 
Tarikh Lawatan:
29 Mac 2022
 
Memorial Tun Hussein Onn menjadi lokasi terakhir yang dilawati selepas Memorial Negarawan. Jom lihat perubahan yang berlaku pada bahan pameran yang ada disini. Maklumlah bangunan baru. 

Rabu, 30 Mac 2022

Memorial Negarawan

Memorial Negarawan

Lokasi:
Memorial Negarawan
 
Alamat:
Jalan Dato Onn,
50480 Kuala Lumpur.
 
Masa Lawatan:
10.00 pagi - 5.30 petang (Selasa - Ahad)
10.00 pagi - 12 tengah hari & 3.00 petang - 5.30 petang (Jumaat)
Tutup (Isnin: Kecuali Cuti Umum)
 
Alamat Sesawang:
http://www.jmm.gov.my/ms/content/memorial-negarawan
 
Harga Tiket:
Percuma
 
Tarikh Lawatan:
29 Mac 2022
 
Memorial Negarawan menjadi lokasi pertama yang dikunjungi pada hari ini. Dah lama hendak melawat memorial ini tetapi asyik terlupa sahaja. Maklumlah dah lama memorial ini ditutup bagi memberi peluang naiktaraf kemudahan dan bahan pameran yang ada.
 
Terdapat tujuh tokoh negarawan yang dipamerkan disini. Boleh lihat kisah hidup mereka sebagai seorang pemimpin pada masa dahulu. Semuanya berpangkat Tun.