Jumaat, 29 Julai 2022

Cara Mudah Kenal Pasti Perlu Ada Takaful Ke Tidak

Cara Mudah Kenal Pasti Perlu Ada Takaful Ke Tidak

Senang sahaja caranya hendak kenal pasti adakah anda memerlukan takaful hayat. Cuba jawab soalan mudah ini dengan jujur dan ikhlas.

 
Soalan 1:
Adakah anda akan menghadapi masalah kewangan yang serius sekiranya perlu menanggung bil perubatan hospital sekiranya kos rawatan mencecah ribuan atau puluh ribu ringgit?
 
Ya @ Tidak
 
Sekiranya Ya, ini bererti anda memerlukan Kad Perubatan (Takaful) bagi membantu menanggung bil rawatan yang tinggi ini sekiranya perlu (minta dijauhkanlah).

Soalan 2:
Adakah anda mampu menanggung diri dan keluarga atau sekurang-kurangnya dapat mengekalkan gaya hidup sekarang (bagi tempoh masa tertentu) walaupun setelah tidak mampu lagi bekerja atas sebab kesihatan seperti menghidap penyakit kritikal?
 
Ya @ Tidak
 
Sekiranya Tidak, ini bererti anda memerlukan Takaful untuk menanggung kos hidup seharian selepas tidak lagi mampu lagi untuk bekerja kerana menghidap penyakit kritikal.

Soalan 3:
Adakah kehidupan orang disekeliling anda terjejas selepas ketiadaan anda dikemudian hari atau ketika anda tidak mampu lagi untuk bekerja selepas ditimpa kemalangan (kecacatan kekal)?
 
Ya @ Tidak
 
Sekiranya Ya, ini bererti anda memerlukan Takaful bagi menanggung hidup orang keluarga
selepas ketiadaan anda atau ketika perlu menjaga anda yang tengah sakit (lumpuh kekal).
 
 
Bagaimana pula dengan anak anda? Mari kita jawab soalan di bawah ini.
 
Soalan 1:
Adakah anda akan menghadapi masalah kewangan yang serius bagi menanggung bil perubatan hospital anak anda sekiranya kos rawatan mencecah ribuan atau puluh ribu?
 
Ya @ Tidak
 
Sekiranya Ya, ini bererti anak anda memerlukan Kad Perubatan (Takaful) bagi menanggung kos rawatan yang tinggi ini sekiranya perlu (minta dijauhkanlah).
 
Soalan 2:
Adakah anda mampu menyediakan sejumlah wang yang mencukupi bagi membantu anak anda melanjutkan pendidikan ke peringkat universiti terutama sekiranya umur anda tidak panjang?
 
Ya @ Tidak
 
Sekiranya Tidak, ini bererti anak anda memerlukan Takaful Pendidikan bagi memastikan anak anda memiliki Dana Pendidikan yang mencukupi tidak kira anda masih hidup atau tidak pada ketika itu.
 
 
Bagaimana pula dengan pasangan anda (sekiranya sudah berkahwin)? Mari kita jawab soalan di bawah ini.
 
Soalan 1:
Adakah anda akan menghadapi masalah kewangan yang serius bagi menanggung bil perubatan hospital pasangan anda sekiranya kos rawatan mencecah ribuan atau puluh ribu?
 
Ya @ Tidak
 
Sekiranya Ya, ini bererti anak anda memerlukan Kad Perubatan (Takaful) bagi menanggung kos rawatan yang tinggi ini sekiranya perlu (minta dijauhkanlah).
 
 
Soalan 2:
Adakah anda mampu menanggung segala hutang yang pasangan anda tinggalkan (sekiranya ada) selepas ditimpa kecelakaan seperti kematian dan cacat kekal?
 
Ya @ Tidak
 
Sekiranya Tidak, ini bererti pasangan anda memerlukan Takaful bagi memastikan semua hutang yang ada dapat dilangsaikan selepas pemergian pasangan anda.
 
 
Mudahkan cara nak kenal pasti perlu ada takaful ke tidak. Selamat beramal. Hidup ini penuh dengan risiko. Takaful adalah salah satu cara untuk menguruskan risiko yang ada dalam hidup ini terutama melibatnya tubuh badan.
 
Takaful Tidak Dirasai Begitu Penting Bagi Orang Sihat, Tetapi Dirasai Amat Penting Bagi Orang Sakit Atau Waris Yang Ditinggalkan
 
 
Yang menulis,
 
Mohd Faiz bin Abdul Manan
Ejen Etiqa Family Takaful

Tiada ulasan:

Catat Ulasan